Blogger-Blogger Femes

Tuesday, April 24, 2012

Siti Nurhaliza Berduet Dengan Rockstar Islam, Sami Yusuf

Views
KAK NAM- Sami Yusuf bakal mengadakan konsert sulungnya di Malaysia pada 14 Julai depan. Mempunyai kelompok peminat sebanyak 2 billion, Sami Yusuf bakal menggegarkan Stadium Malawati, Shah Alam bersempena dengan ‘Konsert Salaam Sami Yusuf’ yang dianjurkan oleh Offshore Entertainment Production Sdn Bhd.



Siti Nurhaliza Berduet Dengan Rockstar Islam, Sami Yusuf

“Ia satu penghormatan besar buat saya untuk berada di Malaysia kerana sudah lama saya ingin datang ke sini. InsyaAllah, saya akan tampilkan persembahan yang istimewa dan menarik khas untuk anda semua. Konsert dengan 18 buah lagu ini juga mempunyai banyak kejutan di mana saya ingin membuat sesuatu yang akan diingati oleh hadirin yang datang. InsyaAllah, ia akan jadi sebuah konsert yang menakjubkan,” ujar Sami Yusuf 



“Saya rasa berbesar hati dapat berduet dengan Siti kerana dia seorang yang sangat berbakat. Saya juga gembira kerana dapat bekerjasama dengan beliau dalam album terbaru saya ini. Saya memilih beliau kerana selain seorang artis yang terbaik, beliau juga mempunyai vokal yang bagus, indah dan memukau.

“Saya tidak berapa gemar berduet, tapi bila saya lakukannya, saya akan pastikan orang yang berduet dengan saya ini berkongsi nilai dan idea yang sama dengan saya. Saya harap kolaborasi ini dapat membuahkan hasil dan diberkati, InsyaAllah,”ujar Sami yang baru saja selesai menjalani rakaman lagu tersebut bersama Dato’ Siti, Sabtu lalu.



Bagi Dato’ Siti pula, “Saya begitu teruja dapat melaksanakan duet bersama Sami. Mereka telah menawarkan kepada saya sejak beberapa bulan lalu dan saya memang teruja untuk berkolaborasi dengan Sami. Lagu beliau menjadi sumber rohani dan inspirasi buat semua orang dan saya harap, masyarakat Malaysia dapat hadir ke konsert beliau nanti.”









4 25 komen terhebat!!:

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!