Blogger-Blogger Femes

Friday, December 30, 2011

ROZITA CHE WAN BERCUTI BERSAMA ZAIN SAIDIN,NAFIKAN HUBUNGAN CINTA!!

Views




KAK NAM- Ada lagi gosip pasal artis yang belum bernikah pergi bercuti dengan kekasih yek? Semalam Kak Nam paparkan pasal Yuna dan kekasihnya QI. Hari ni ada lagi cerita panas,nak tahu siapa jom sama-sama kita terjah..ceh!Kak Nam dah boleh masuk rancangan melodi ni.

Sebelum ni pun kita dah dengar macam-macam gosip tentang pelakon wanita ni iaitu Rozita Che Wan dengan Shahir. Tup..tup..sekarang ni Kak Nam dapat tahu yang dia dengan artis lelaki yang baru naik juga,aiiii…memang nak cari lelaki muda dan meningkat naik je ke?? Ooopssss!!!! Kali ni gosip terbaru menguatkan lagi bukti bahawa Rozita Che Wan bermadu kasih dengan pelakon yang sedang meningkat naik,Zain Saidin. Amboiii…semua lelaki pilihan Rozita Che Wan gebu-gebu yek! Memang taste dia tinggilah.

Biasalah bila semua dah terbongkar,Rozita Che Wan mestilah menafikan hubungan mereka. Dia memang mengaku yang Zain Saidin menemaninya pergi bercuti ke Genting Higland lagi u all..”klas ko jah”. Hehehehe.. Percutian ini turut disertai oleh anak-anak lelaki Rozita Che Wan iaitu iaitu Ammar Effendy, 15, dan Aniq Ezzra, 12, yang sedang bercuti sekolah.

Alasan Rozita Che Wan,Zain Saidin hanya menemaninya dan keluarga kerana Zain rapat dengan anak-anak lelakinya. Yeke tidak?? Kak Nam pun tak tahulah kan..dah dia kata macam tu,iakan ajalah…kalau dah rapat dengan anak-anak apa lagi kawin jelah ye tak? Amboii..jahat kau mulut Kak Nam…

P/S Kak Nam : Baik-baiklah ye takot kena tangkap basah plak!!



Syabas! Tiada Aksi Panas Yuna Dan Qi Di Eropah

Views

Syabas! Tiada Aksi Panas Yuna Dan Qi Di Eropah

KAK NAM- Baru-baru ni Kak Nam dengar penyanyi terkenal iaitu Yuna pergi holiday dengan kekasihnya Qi betul ke? Pasangan kekasih yang belum bernikah pergi holiday ke luar negara sama-sama. Wahh…panas ni kalau buat gosip. Belum apa-apa lagi Kak Nam dapat tahu ramai yang dah buat fitnah dan salah sangka kat dorang ni.

Sebenarnya Yuna dengan Qi pergi holiday ke Eropah ditemani dengan family doranglah. Nasib baik tak ada foto-foto yang panas dari dorang macam Fida dengan Mamat dulu. Hehehehe…syabaslah pada dorang sebab tahu batasnya. Kat bawah ni Kak Nam ada sediakan gambar dorang kat sana dari izyan.com. Moh le kite tengok….










P/S Kak Nam : Lain kali kalau pergi holiday lagi bawa Kak Nam yek!


Thursday, December 29, 2011

"ELLY SURIATY KEGUGURAN DI LOKASI"

Views


Kesian Kak Nam tengok pelakon yang agak popular Elly Suriaty sebab keguguran masa dia sibuk membuat pengambaran dan mengarah dalam filem sulungnya iaitu “penanggal”. Siapa yang tak kenal kan dengan artis ni. Kalau dia melakonkan watak jahat memang menjadilah. Sampai Kak Nam naik marah le juga..hehehehe. Maknenya lakonan dia memang menjadi.

Suaminya iaitu Azri memang risau sangat dengan keadaan Elly. Yelah mana tidaknya, Elly ni sangat aktif walaupun dia berbadan dua. Mungkin dah tak ada rezeki mereka kan nak buat macam mana. Kak Nam turut sedih dan simpatilah dengan nasib dorang. Macam orang cakap ape, “cubit peha kiri peha kanan terasa”..haaa..macam tulah bunyinya. Tapi kalau dah selalu sangat terasa sakit plak peha Kak Nam nanti.

Apa yang Azri kata perkara ni berlaku kira-kira jam 12 tengahari dan Elly mahu membuang air kecil tibe-tibe berlaku pendarahan. MasyaAllah…Kak Nam plak yang terasa ngilunya. Kalau korang nak tahu apa cerita selanjutnya jom baca komen kat bawah..

“Penggambaran filem habis lewat sehingga pukul enam pagi tadi kerana Elly ingin menyiapkan babak malam untuk filem itu. Dia menyedari dirinya keguguran ketika hendak membuang air kecil dan mendapati berlaku pendarahan. Kami terus ke hospital dan doktor telah mengesahkan dia keguguran,” ujar Azri.

“Buat masa ini, Elly dalam keadaan tertekan dan banyak menangis kerana sedih dengan keguguran itu, jadi saya perlu memberikan sepenuh perhatian kepadanya,” tutur Azri.

“Ia bukan salah sesiapa tetapi ketentuan Allah SWT, saya terima dengan penuh redha,” ujar Azri.


P/S Kak Nam : Diharapkan Elly Suriaty dan suami tabah dan cekal menghadapi dugaan dari-Nya. Mungkin ada hikmah disebalik yang berlaku.


"SAYA BELUM BERSEDIA JADI MENTOR" - FAIZAL TAHIR

Views


Siapa yang tak kenal dengan penyanyi lelaki popular ni kan iaitu Faizal Tahir. Kak Nam memang minat giler la dengan dia. Kalau Kak Nam dapat jumpa dia memang Kak Nam tal lepaskan peluang posing bergambar. Oklah apa yang Kak Nam nak kongsi kat sini tentang tawaran jadi mentor untuk Faizal Tahir dalam rancangan mentor yang akan dating dan bersiar kat kaca TV korang tak lama lagi. Tungguuuu..hehehehe..

Tapi apa yang Kak Nam tahu,Faizal belum bersedia lagi nak terima tawaran tu. La…gitu plak yek..dah ada peluang kenapa nak pikir-pikir lagi sambar jelah,rezeki tu..masyyuukkkk!!! Kalau korang nak tahu apa sebabnya jom sama-sama kita baca apa komen Faizal tahir.

“Sebenarnya saya berada di Sri Pentas pada hari ini adalah untuk membincangkan mengenai Anugerah Juara Lagu (AJL) dan tidak sangka pula selepas itu saya menyertai sidang media ini kerana saya sejujurnya belum membuat keputusan sama ada bersetuju atau tidak menyertai Mentor,” ujar penyanyi Faizal Tahir yang nyata terkejut apabila namanya diumumkan sebagai salah seorang daripada enam mentor bagi program relaiti Mentor musim keenam yang bakal berlangsung tahun depan.

“Tahap keyakinan saya untuk mendidik seseorang agak kurang kerana saya sendiri masih lagi berlatih dalam bidang muzik ini. Saya selalu meletakkan satu tahal yang tinggi untuk diri sendiri setiap kali membuat persembahan, inikan pula mengasah bakat baru. 


“Apa yang saya risaukan ialah bagaimana sekiranya saya tidak dapat mencari protege seperti yang diinginkan. Saya mahu cari seseorang yang lebih dari seorang juara,” ujarnya.


P/S Kak Nam : Kalau Kak Nam la dapat peluang macam tu Kak Nam terima je..janji poket penuh..hehehehe



Wednesday, December 28, 2011

Isu Gesel-Menggesel -(LIENA HANGAT)

Views
Ramai yang dah tahukan pasal kontroversi tentang Liena Hangat. So hari ni Kak Nam nak paparkan gambar-gambar yang dikatakan Liena Hangat mengeselkan anggota badan dengan peminat semasa membuat persembahan pada satu dinner. Jom kita tengok sama- sama yek..jangan ada yang terkejut plak!


Sungguh seksi pakaian Liena Hangat...

          
Aksi Liena Hangat berpelukan dengan seorang pengunjung yang hadir pada malam dinner.

Liena Hangat dengan cara menggoda..

Liena Hangat cuba duduk di atas peha pengunjung..

Berpelukan bersama seorang lelaki..

Liena Hangat menggeselkan punggungnya dengan seorang lelaki..


Kepada artis Malaysia Kak Nam nak berpesan agar jagalah budaya kita. Jangan sampai orang lain memikirkan kita ni seperti orang yang tidak bermoral. kalau nak popular pun ada cara yang lebih manis ok..so pada Liena Hangat berubahlah dan tanam azam baru sempena kita nak masuk Tahun Baru tak lama lagi.

P/S Kak Nam : Duit banyak takkan tak boleh beli kain yang labuh sikit kot??huhuhuhu


Tuesday, December 27, 2011

Bau apa ni???

Views

Assalammualaikum dan salam sejahtera Kak Nam ucapkan pada korang semua. Terima kasihlah sebab korang semua sudi terjah dekat blog Kak Nam ni. Rasa macam dah lama je tangan dan jari-jemari Kak Nam yang lembut dan gebu ni tak update blog kan..kan..kan..hehehehe. Tangan Kak Nam pun dah gatal nak menaip ni. Kak Nam ada satu story nak citer ckit dengan korang ni. Nak tahu apa citer cepat pasang mata besar-besar baca apa yang Kak Nam nak tulis ni.

Dah lumrah manusiakan mesti nak pakai perfeum wangi-wangi. Tak kiralah murah ke mahal ke janji wangi. Macam Kak Nam pun pergi mana-mana mesti stanby perfeum dalam handbag. Yelah bila kita dah berpeluh takut ketiak bau kerbau plak. Apa lagi Kak Nam spray la perfeum ckit..hehehehe. Kang tak pasal-pasal muntah darah plak orang yang bau ketiak Kak Nam.

Nak dijadikan cerita adalah seorang Encik dekat tempat kerja Kak Nam ni. Dia punya bau MasyaAllah!!! Pekung aka busuk betullah. Kak Nam bukan nak mengaib atau nak menjatuhkan maruah dia,tapi Kak Nam dah tak tahan sesangat. Bukan apa,kejap-kejap dia lalu belakang Kak Nam sampai Kak Nam dah naik loya. Kak Nam tak tahu lah bau baju dia atau bau badan dia tu. Sekali bau,peeerggghhhh…menusuk kalbu Kak Nam tahu tak. Boleh gugurlah dedaun hidung Kak Nam ni.

Kak Nam tak tahulah spesies apa dia ni. Memang pengotor kot…lagi satu paling Kak Nam tak tahan bila dia bercakap. Sekali dia buka mulut,makkkoiiiii…bau petai,bangkai tikus,longkang semua adalah. Jahat betul mulut Kak Nam kan? Dah nama pun Kak Nam…macam manalah bila dia bersama dengan isteri dia kan?. Tuuut..korang paham-paham sendiri lah yek. Orang kat dalam ofis ni semua gelarkan dia “Encik Perfeum”. Sampai Kak Nam duduk dua meja jauh dari dia pun boleh bau keharuman tu..hehehehe

Kalau iye pun jimat takkan lah ubat gigi dengan perfeum satu pun tak boleh beli kot?? Kak Nam pun tak tahu nak cakap apalah. Mungkin dah lumrah dia selesa macam tu. Tapi Kak Nam harap sangatlah ada orang yang boleh tegur dia. Kalau lama-lama macam ni Kak Nam boleh kena kanser hidung. Korang pun jangan lupa pakai perfeum yek!!


P/S Kak Nam : Kak Nam ada banyak perfeum..Encik Perfeun nak satu??huhuhu



Friday, December 23, 2011

Ariff Alfian Takut Pulang Ke Malaysia!

Views
Ariff-Alfian Takut Pulang Ke Malaysia


Ariff Alfian Rosli, pelajar Malaysia yang melangsungkan perkahwinan sejenis di Ireland menyatakan ketakutannya untuk pulang ke tanah air.

Dalam kenyataannya kepada akhbar The Irish Times hari ini, Ariff Alfian berkata, dia bimbang dengan keselamatan dirinya jika pulang ke Malaysia

” Saya bimbang dengan keselamatan saya namun ingatan saya masih dengan keluarga dan rakan-rakan di sana. Saya tak pernah mahu perkara ini menjadi berita utama,” katanya kepada akhbar itu.

Dalam pada itu, Ariff Alfian menegaskan yang beliau tidak berhasrat untuk lari daripada tanggungjawabnya dalam melunaskan yuran pengajiannya dengan Petronas.

Katanya, beliau masih berhubung dengan syarikat itu berhubung pembayaran balik yuran berkenaan yang mencecah 200,000 pound.

Petronas sebelum ini mengesahkan Ariff Alfian adalah bekas pelajar tajaannya di bawah skim Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Petronas bermula September 2001 untuk mengikuti kursus A-Level dan seterusnya melanjutkan pengajian peringkat ijazah perubatan di United Kingdom.

Bagaimanapun ia ditamatkan berdasarkan keputusan dan pencapaian akademik tidak memuaskan yang melanggar syarat perjanjian pinjaman.

Namun mereka mendakwa, sepanjang tempoh pengajian di Dublin, Ariff Alfian tidak pernah menghadiri sesi perbincangan berkala dengan Penasihat Pelajar Petronas dan tidak membalas sebarang emel serta panggilan telefon walaupun banyak usaha dibuat untuk berhubung dengan beliau.

” Saya tidak mahu lari dari tanggungjawab tersebut atau melepaskannya dari bahu saya,” ujarnya

Menurut Ariff Alfian, antara perkara yang terkandung dalam kontrak pengajiannya dengan Petronas termasuklah berkhidmat dengan syarikat itu bila tamat pengajian, namun dia tidak yakin dapat berbuat demikian disebabkan penglibatannya dalam hubungan sejenis-


Tuesday, December 20, 2011

Penyanyi Jumpa Siapa Di Hotel??

Views
Hai ape khabar semua...Kak Nam harap korang semua sihat yek. Maklumlah sekarangkan musim hujan so ramai yang demam. Hari ni Kak Nam ade satu gosip nak kongsi dengan korang semua. Pagi tadi Kak Nam bacalah satu keratan akhbar kat paper yang terkenal.. nak taw ape gosip kat artikel tu?? Penyanyi terkenal jumpa seseorang kat hotel tuuu.... Jom kita sama2 baca artikel kat bawah ni....



KATA orang jika banyak duit, macam-macam boleh beli. Malah, hidup orang kaya diibaratkan seperti raja. Mungkin itu tanggapan yang sesuai SS berikan pada seorang penyanyi popular tanah air ini yang khabarnya semakin hidup mewah.

SS tumpang gembira dengan kesenangan penyanyi pujaan ramai ini yang mengecapi kemewahan hasil titik peluh sendiri atas usaha mencari rezeki dalam bidang seni.

Memang tidak kira bidang apa sekalipun, SS percaya rezeki ada di mana-mana asalkan orang itu bekerja keras untuk berjaya dalam hidup. Seperti penyanyi ini, dia beruntung kerana masih ramai peminat setia yang menyokong karier seninya.

Berbalik pada kemewahan yang dikecapi, penyanyi ini rupanya menjadikan hotel lima bintang sebagai tempat beristirahat. Bukan calang-calang artis boleh ikut jejak hidupnya, apatah lagi rezeki penyanyi ini sentiasa tak putus.

Menurut rakan SS, kelibat artis ini di lobi hotel berkenaan menjadi perhatian tetamu lain. SS rasa jika tetamu sendiri perasan, apatah lagi pekerja hotel yang mungkin tidak melepaskan peluang bergambar dengannya. 

Bagi SS, tidak salah artis kita tinggal di hotel tetapi apa yang tidak sedap didengar apabila rakan SS beritahu artis ini sering menerima kunjungan istimewa seseorang. 

Siapakah gerangan individu istimewa itu, tidak perlulah SS dedahkan. Cuma kata rakan SS, individu ini adalah kekasih pada artis ini yang sangat mencintainya. 

Jika artis ini sudah betul-betul kembali berpacaran, SS ucapkan tahniah. Tetapi apabila rakan SS ceritakan siapakah individu terbabit, SS mula tertanya pula apakah maksud kunjungan istimewa? 

Apapun, biarlah hanya artis dan kekasihnya saja yang tahu apa yang berlaku antara mereka. SS tidak mahu serkap jarang dan buat spekulasi yang boleh menjejaskan reputasi penyanyi ini. Pesan SS, jaga perlakuan diri agar tidak terjebak dengan perkara tidak bermoral.



Monday, December 19, 2011

(Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri) ‘Saya harus buktikan kemampuan diri’

Views
ELFIRA...memberanikan diri melakonkan watak bercinta.

ELFIRA...memberanikan diri melakonkan watak bercinta.

MUNGKIN sudah tiba masanya pelakon Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri menyahut cabaran melakonkan watak gadis bercinta. Ditambah usia yang kini di alam remaja, sudah pasti gadis yang mesra dengan pang�gilan Elfira ini perlu mencuba watak baru.


Sehubungan itu, produksi Cube Film Sdn Bhd yang diterajui pengarah berkaliber, Michael Ang nyata tidak gusar dengan kemampuan lakonan Elfira. Barangkali, sudah selalu bekerjasama membuatkan Michael arif apa yang sesuai buat si manis itu.

Justeru, buat pertama kalinya Elfira diberi kepercayaan melakonkan watak yang menuntut dia menjalin cinta menerusi telefilem menarik dan hebat, Biar Mimpi Sampai Ke Bintang untuk siaran Astro Ria (saluran 104) pada Khamis ini, jam 9.30 malam.

Mampukah Elfira menjiwai watak yang pertama kali dilakonkannya itu? Apatah lagi, dia turut digandingkan bersama pelakon sinetron popular Indonesia, Randy Pangalila sebagai hero yang berjaya menawan hatinya. Apakah mereka mampu memupuk keserasian?



Foto
GANDINGAN HEBAT...Michael (kiri) selaku pengarah bersama pelakon Biar Mimpi Sampai Ke Bintang iaitu Didie Alias, Sharifah Shahora dan Elfira.



Sinopsis Biar Mimpi Sampai Ke Bintang
TELEFILEM romantik berkisarkan percintaan remaja ini menceritakan Alya (lakonan Elfira), seorang gadis yang menghabiskan masa dengan membantu ibunya, Peah menjual ayam di pasar borong. Alya juga seorang gadis bijak yang memiliki impian.

Namun ibunya lebih selesa Alya sekadar membantunya di pasar daripada memilih melanjutkan pelajaran. Peah juga lebih mengutamakan pendidikan anak lelaki, Adib yang dianggap lebih penting untuk membantu keluarga mereka pada masa akan datang.

Biarpun hidup miskin, Alya berkawan dengan Kinah yang kaya raya tetapi kurang bijak. Sementara itu, Andy (Randy) pula adalah seorang remaja yang berasal dari Indonesia dan anak jutawan. Bagaimanapun, kehidupannya terlalu bosan dan tak seronok.

Kehadiran ibu tiri, Jenny dan dikelilingi rakan yang hanya berkawan dengannya kerana dia anak orang berada membuatkan Andy kecewa. Justeru, bagi menghilangkan kebosanan itu, dia sering melawat bekas pembantu rumahnya, Mak Yam yang sudah berhenti kerja.

Latar belakang kehidupan Alya dan Andy yang berbeza membuatkan mereka cuba mencari kelainan dengan menyamar diri menjadi ‘orang lain’ di laman sosial facebook (FB) iaitu Alya adalah anak orang kaya dan Andy sebagai pemuda miskin.

Apapun, pertemuan mereka kali pertama sudah membuahkan bibit cinta pandang pertama. Bermula saat itu, pelbagai perkara suka duka berlaku dalam hidup mereka hingga masing-masing semakin rapat dan tidak mampu menafikan perasaan yang hadir.

Andy berterus terang bahawa dia adalah anak kepada jutawan Hardiyanto Rasputra. Begitu juga, penyamaran Alya terbongkar dan itu mengecewakan Andy. Pemuda itu jauh hati dan menganggap Alya sama seperti gadis lain yang pernah dikenalinya.

Adakah cinta Andy dan Alya kembali bertaut? Apakah yang berlaku seterusnya dan bagaimana Andy boleh terluka dengan Alya. Jadi, telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang pastinya ada semua jawapan untuk persoalan yang berlaku.



Foto
MENARIK...babak-babak membabitkan Randy dan Elfira dalam telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang.



PROFIL

NAMA PENUH: Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri
PANGGILAN KOMERSIAL: Elfira Loy
TARIKH LAHIR: 8 Mac 1994
USIA: 17 tahun
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
ADIK-BERADIK: Anak kedua daripada empat beradik
KARIER: Pelakon, model iklan
PENGALAMAN SENI: Sejak 2006
IKLAN: Motosikal Honda, Sunway Lagoon, Mee Sedap, Institut Jantung Negara, Bank RHB dan Mamee Slurrp
TEATER: Ali Baba, Ibu Zain 1 & 2
DRAMA/TELEFILEM: Chinta, Tentang Bulan The Series, Persis. Kak Long, Permata Hati, Qalesya, Persinggahan, Sanggar Cinta, Raudhah, Syurgamu Ramadhan, Waktu Rehat, Cinta Itu Buta, Air Mata Nursalina, Senja Permai, Kum Kum, Hani dan Biar Mimpi Sampai Ke Bintang
PROGRAM TV: Berani Jadi Bos (Astro Ceria), Cuti-Cuti Famili (TV1), Selamat Pagi Putera Puteri musim 1 dan 2 (TV1), Shana & Nina, Kids n Cash (TV3)
ANUGERAH: Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin (ASK)




Thursday, December 8, 2011

Shahir - Semua Kontroversi Adalah Salah Faham

Views
PESONA...biar Shahir dilanda seribu satu kontroversi, peminat sentiasa setia menyokongnya.

Hai sume…terima kasih sebab sudi singgah kat blog Kak Nam ni… Hari ni Kak Nam nak paparkan tentang kisah kontrovesi Shahir. Sape yang tak kenal dengan Shahir ni kan..pasti ramai peminat beliau yang sentiase mengambil berat pasal perkembangan beliau.  Memang dah lame kan Shahir menghilangkan diri? Kak Nam pun hairan juga…

Misteri kehilangannya dan soal cinta memang sangat dengan Shahir. Maklum lah wajaknya pun memang kacak kan…bile wanita tengok mesti sume terpegun. Kak Nam pun terpegun jugak lah…sebab muke Shahir memang manis bile mate memandang. Tapi bile kite tengok pertuturan Shahir  yang lembut dan sopan ni…mesti ramai yang hairan kan bagaimana juara program realiti Akademi Fantasia 8 (AF8) ni boleh dikaitkan dengan pelbagai cerita dan kontrovesi panas!!!

Sebagai selebriti yang dikenali, nak atau tak shahir kena telan juga lah kan..kalau tak jangan jadi artis lah.  Begitupun, jauh di sudut hati anak kelahiran Ipoh, Perak ini tersembunyi rasa kecewa dan kesal ekoran dikaitkan dengan pelbagai cerita yang kurang enak didengar. Ape yang Kak Nam taw..Shahir hilang kan diri sebelum ni bukan sebab nak sorokkan sesuatu apatah lagi tentang hal misteri. Sebaliknye cerita yang kite sume dengar selama ni adelah salah faham rupe nye..


Foto

“Insiden jatuh dalam bilik air pada Jun lalu adalah permulaan segala cerita kerana selepas itu saya diberi cuti dua bulan dan kemudian saya terus sambung cuti sepanjang Ramadan. Tidak sangka pula sepanjang ketiadaan saya selama tempoh tiga tiga bulan itu timbul pelbagai spekulasi bukan-bukan. Sedangkan sepanjang tempoh itu, saya hanya duduk memerap di rumah.

“Bayangkan saya dituduh hilang dan sakit, kemudian dikatakan terbabit dalam kegiatan gerakan Islam. Entah macam mana kisah terbabit boleh timbul pun saya tidak tahu. Saya hanya duduk berehat di rumah kerana tidak boleh meneruskan aktiviti seni memandangkan kesihatan yang tidak stabil ketika itu. Pihak pengurusan sendiri memberikan cuti agar saya dapat berehat dan cepat sembuh.

“Hikmah di sebalik apa yang berlaku, ibu bapa saya semakin faham dengan permainan dunia seni kerana sebelum ini jika ada cerita kurang enak mengenai saya, pastinya mereka tertanya-tanya bagi mendapatkan penjelasan.

“Apabila berada di depan mata mereka sepanjang bercuti dan gosip mengenai diri saya hangat dimainkan di media, mereka sendiri bertindak sebagai pendinding dan cuba menasihati saya agar terus kuat berhadapan dengan ujian ini. Pada waktu sama, tidak dinafikan mereka jadi pelik bagaimana orang boleh membuat spekulasi dan andaian sedangkan saya elok saja berehat di rumah.


“Begitupun, apa yang berlaku tetap saya hargai kerana ia membuatkan saya menjadi lebih kuat untuk terus berhadapan dengan cabaran. Ia kekal menjadi satu pengalaman yang banyak mendidik untuk menjadi insan yang lebih baik,” katanya tersenyum.

Foto


Berbicara lebih lanjut, wajah Shahir sedikit pun tidak menunjukkan riak terkejut apabila dramatis, Rozita Che Wan yang terus dikaitkan dengan namanya akan ditanya. Waktu sama, dia seperti sudah mengagak soalan itu akan diajukan.

Menganggap segala kontroversi dan kisah cinta yang timbul itu hanya sekadar satu gosip dan tiada kebenarannya, Shahir hanya mampu mengharapkan agar suatu hari nanti peminat dapat menilai sendiri kerana tiada guna sekiranya dia terus menafikan dalam usaha untuk membetulkan keadaan.

“Kami masih berkawan dan memang sejak dulu kami berhubungan sebagai kenalan. Tidak lebih daripada itu. Sesiapa juga boleh melihat semula mana-mana artikel atau kenyataan yang dikeluarkan saya, tidak sekali pun saya mengesahkan mengenai gosip cinta antara kami, sebaliknya memang apa yang ada hanyalah hubungan persahabatan.

“Saya akui kami pernah akrab dan ada keserasian, namun semuanya terlalu awal dan saya sendiri masih sibuk mencatur perjalanan kerjaya yang baru hendak bermula. Mana mungkin saya mengalih perhatian untuk berbicara soal cinta sedangkan keluarga dan kerjaya adalah keutamaan. Apa saja kenyataan dan kisah mengenai saya dan Rozita sebelum ini adalah satu salah faham.

“Saya masih lagi sendirian dan tidak pernah menjalin hubungan serius dengan sesiapa sejak menyertai AF. Biarlah masa dan keadaan yang menentukan segala-galanya kerana apa yang penting bagi saya keluarga tahu perkara sebenar. Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan dan melukakan hati sesiapa.

“Laluan saya kini hanya pada kerjaya nyanyian yang masih perlu ruang bagi terus diperkukuhkan,” katanya yang tidak mahu terus mengulas secara terperinci mengenai gosip cintanya.
Sebaik mengubah topik kepada perkembangan kerjaya seni, Shahir terus tampak bersemangat. Lebih-lebih lagi sudah lama dia tidak berkongsi cerita bersama peminat yang sentiasa merinduinya.

Meletak sepenuh fokusnya pada pembikinan album terbarunya yang dijadual berada di pasaran Disember depan, Shahir yang kini sudahpun merakamkan empat lagu dan berbaki dua lagi lagu mengharapkan usahanya ini akan mengubat kerinduan peminat yang tidak henti memberikan sokongan.

“Bintang kelahiran program realiti seperti saya adalah produk yang hidup atas sokongan peminat. Mereka sanggup meletakkan saya di atas. Atas alasan itu, ada tanggungjawab yang perlu saya lakukan iaitu mengembalikan apa yang diinginkan peminat. Saya harus berterima kasih dan memberikan yang terbaik kepada mereka kerana sejak awal lagi merekalah penyokong kerjaya saya selain keluarga.

“Satu magis buat saya apabila sokongan peminat yang langsung tidak berbelah bahagi. Meskipun timbul pelbagai cerita dan spekulasi, mereka terus setia dan sentiasa menunggu kehadiran saya.

“Lantas Disember depan atau selewat-lewatnya awal tahun depan, saya akan muncul dengan album solo yang masih mengangkat muzik Pop Rock dengan sedikit sentuhan melodi romantis.

“Saya ingin memastikan peminat berpuas hati dengan album itu nanti yang semuanya dirakam semula dengan alunan vokal yang menceritakan perasaan saya,” katanya.



PROFIL

NAMA PENUH: Ahmad Shahir Zawani
TARIKH LAHIR: 5 September 1988
UMUR: 23 tahun
TEMPAT LAHIR: Ipoh, Perak
KELUARGA: Anak sulung daripada lima beradik
PENDIDIKAN: Diploma Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
PENCAPAIAN: Juara Akademi Fantasia 8 dan Artis Baru Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011
LAGU: Kebahagiaan Dalam Perpisahan, Tiba (Bersama Faizal Tahir & Faizal Ismail), Dimanakan Ku Cari Ganti (Bersama Stacy, Aizat, Ning Baizura, KRU, Atilia dan Ella), Luar Biasa, Pendam, Cerita Kita, Dia Yang Kau Pilih dan Cintakan Kembali
FILEM: Karak 
PROGRAM TELEVISYEN: Lawaknya Fantasia Raya, Cerciter Cinta, Diariku... Shahir, Lemang, Lebaran, Labuci dan Konsert Reunion AF8
DUTA: Duta Brand’s Generasi Hebat dan Ikon Belia Perak

Wednesday, December 7, 2011

Gambar Anak Shuib Sepah Dan Siti Sarah

Views
Hai ape kabar sume…Kak  Nam muncul lagi yek dengan gosip baru hari ni yang nak kongsi dengan korang sume. Pada yang singgah kat blog Kak Nam yang tak berape cantik dan comot ni, terima kasih lah banyak2 sebab tak jemu2  singgah sini yek. Kak Nam terharu sangat..yelah..Kak Nam ni bukan nye pandai sangat nak hias blog macam korang sume. Korang punye blog sume nye cantik2 dan cute Kak Nam tengok..Taniah ok!

Hari ni Kak Nam nak paparkan gambar anak Shuib sepah dan Siti Sarah. Mungkin ramai yang dah taw pasal artikel ni dan dah tengok pun gambar baby dorang kan? Tapi tak ape Kak Nam saje nak  kongsi untuk sume. Shuib sepah yang berkahwinan dengan Siti Sarah Raisudin telah berkahwin pada 25 Feb 2011 telah pun selamat melahirkan cahayamata lelaki yang sangat cute pada 4 Disember 2011 (10.19 pagi). Tahniah ye Kak Nam ucapkan pada Shuib dan Siti Sarah. Memang cute gilerr baby dorang macam muke Shuib pun ade…hehehehehe..


 
Cute betul anak dorang ni kan...muke macm Shuib pun ade...hehehehe


Kalau korang sume nak taw,baby lelaki dorang ni sudah mempunyai nama pun sejak dalam kandungan lagi. Namanya Uwais Alqarni. Amboiiii…sedap nama tu…sampai Kak Nam nak sebut pun terbelit lah lidah Kak Nam ni…hehehehe…  Ape yang Kak Nam taw Uwais Alqarni bermaksud nama seorang lelaki pada zaman Rasullullah yang hebat,taat dan sangat menghormati ibunya sehingga kan segala doanya termakbul. Memang pandai Shuib dan Siti Sarah pilih nama  yang tepat untuk anak mereka.


 


Kalau tak sebelum ni Shuib telah memilih nama Ahmad Didad untuk anak nye yang bermaksud nama seorang pendebat islam yang sangat hebat dan pintar. Tetapi mereka telah sepakat untuk memilih name Uwais Alqarni untuk anak lelaki mereka. Apa2 pun Kak Nam doakan agar baby mereka sihat dan rumahtangga dorang bahagia hingga akhir hayat…amin…


Kak Nam : Boleh lah berbesan dengan Kak Nam yek…sebab anak Kak Nam perempuan…hehehehehehe…


Jaga-Jaga Kak Nam Datang…

Tuesday, December 6, 2011

Enot Retak Lutut Akibat Tergelincir???

Views
Helo…helo…wazzup…wazzup…cehhh..Kak Nam tibe2 nak buat macam Mila Af plak kan. Ala…lagi pun ape salah nye ya tak? memang sekarang  ni pun ramai yang suke tiru gaya artis kegemaran diorang. Tapi artis kegemaran Kak Nam dah tentu lah Scha Alyahya…hehehehehe… Muke Kak Nam pun ade mirip2 die kn… Sorry Kak Nam terover berangan plak.  Korang sume ape kabar? Kak Nam harap sume nye sihat ok..Sekarang kan musin demam dan hujan so korang jaga kesihatan korang takut nanti korang sakit plak.

Cakap pasal kesihatan ni kan Kak Nam nak kongsi gosip ckitlah. Kak Nam dengar cerita ade berlaku  satu kemalangan  dalam program Maharaja Lawak Mega (MLM). Pada minggu kelima ni plak, Kak Nam dapat taw pelawak wanita Alliza Abdullah atau Enot telah tergelincir dan terjatuh. Mungkin ramai yang dah taw pasal ni kan tapi tak ape Kak Nam just nak kongsi. Pada malam persembahan hari tu,Enot sepatutnye  beraksi mendukung Didie Alias di atas pentas. Bile die dukung Didie tibe2 die tak dapat nak imbangkan badan lalu mengalami keretan lutut. Itu ape yang Kak Nam taw lah kan…

Enot dimasukkan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM),Cheras sabtu lalu. Die juga akan menjalani rawatan sepenuhnye termasuk fisioterapi. Haaa…ape yang Kak Nam marah sangat pasal ni kan, ade mulut2 longkang yang mengatakan Enot ni saje buat2 jatuh sebab nak kan undian meraih simpati!!!!. Ade ke patut mulut yang tak ade insurans ni cakap macam tu. Kesian kat Enot..tak kan die sengaja nak sakitkan diri sendiri plak kan?? Orang yang cakap tu memang tak ade otak…kite patutnye mendoakan yang terbaik untuk Enot bukannye mengata macam2.  Kesian Enot…bukan die nak jadi macam ni pun.




“Tak masuk akal untuk saya sengaja jatuh pada persembahan malam itu. Ia satu kemalangan. Bukan dibuat-buat.

“Hairan juga saya kenapa ada yang kata saya nak raih simpati dengan cara macam tu. Kalau saya buat macam tu, tentu saya akan dikecam sebab menggunakan cara jijik untuk menang bukan? jadi fikirlah sendiri, ” katanya. 


Ermm…sabar jelah Enot. Pedulikan ape dorang sume nak kata. Yang penting dorang yang dapat dosa Enot dapat pahala ye tak??  Dah lumrah kehidupan kan yang sesame manusia ade hasat dengki dan tak boleh tengok orang lebih ckit dari die. Hehehehe.. Kak Nam doakan semoga Enot cepat sembuh ok………. Kak Nam sentiase mendoakan yang terbaik untuk Enot dan sentiase sokong Enot dalam ape pun yang Enot ceburi. Itu saje lah gosip yang Kak Nam nak kongsi..kalau ade cerita baru Kak Nam kongsi kat korang ok!

          
P/S Kak Nam : Lepas ni jangan ade aksi dukung-dukung lagi ye…bahaya!! Kang tangan lak yang retak…hehehehehe..lagi satu jangan suke fikir buruk terhadap orang lain nanti muke kite yang buruk..huhuhuhu



Jaga-Jaga Kak Nam Datang..