Kesian Kak Nam tengok pelakon yang agak popular Elly Suriaty sebab keguguran masa dia sibuk membuat pengambaran dan mengarah dalam filem sulungnya iaitu “penanggal”. Siapa yang tak kenal kan dengan artis ni. Kalau dia melakonkan watak jahat memang menjadilah. Sampai Kak Nam naik marah le juga..hehehehe. Maknenya lakonan dia memang menjadi.
Suaminya iaitu Azri memang risau sangat dengan keadaan Elly. Yelah mana tidaknya, Elly ni sangat aktif walaupun dia berbadan dua. Mungkin dah tak ada rezeki mereka kan nak buat macam mana. Kak Nam turut sedih dan simpatilah dengan nasib dorang. Macam orang cakap ape, “cubit peha kiri peha kanan terasa”..haaa..macam tulah bunyinya. Tapi kalau dah selalu sangat terasa sakit plak peha Kak Nam nanti.
Apa yang Azri kata perkara ni berlaku kira-kira jam 12 tengahari dan Elly mahu membuang air kecil tibe-tibe berlaku pendarahan. MasyaAllah…Kak Nam plak yang terasa ngilunya. Kalau korang nak tahu apa cerita selanjutnya jom baca komen kat bawah..
“Penggambaran filem habis lewat sehingga pukul enam pagi tadi kerana Elly ingin menyiapkan babak malam untuk filem itu. Dia menyedari dirinya keguguran ketika hendak membuang air kecil dan mendapati berlaku pendarahan. Kami terus ke hospital dan doktor telah mengesahkan dia keguguran,” ujar Azri.
“Buat masa ini, Elly dalam keadaan tertekan dan banyak menangis kerana sedih dengan keguguran itu, jadi saya perlu memberikan sepenuh perhatian kepadanya,” tutur Azri.
“Ia bukan salah sesiapa tetapi ketentuan Allah SWT, saya terima dengan penuh redha,” ujar Azri.
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!