Blogger-Blogger Femes

Friday, April 27, 2012

Foto - Akim "Daddy" Kepada Anak Stacy

Views
KAK NAM- Kita semua tahu bahawa Akim dan juga Stacy adalah pasangan kekasih yang cukup bahagia. Akim yang popular dengan lagu "Janji" kini menjadi daddy kepada anak angkat perempuan  Stacy. Seperti dalam lagu "Janji", Akim janji dengan Stacy yang dia kan menjaga bayi angkat mereka yang diberi nama Bella bersama-sama. Disetiap foto Bella dalam twitter Akim, dia memberi gelaran dirinya "daddy". Kak Nam akan paparkan pada anda semua foto tersebut serta status dibawahnya..enjoit!!!

Bapa Nadia AF6 Meninggal Dunia

Views
KAK NAM-  Bapa kepada bintang Akademi Fantasia 6 (AF6), Nadia telah kembali ke rahmatullah.Nadia atau nama sebenarnya Nadia Haswani Hasnan mengesahkan ayahnya yang bernama Hasnan Yusoff menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 12 tengah malam tadi.


Lisdawati Imbas Kembali Pergaduhan Dengan Rita Rudaini Dalam Bilik 7

Views

KAK NAM- Pelakon yang terkenal Lisdawati dan juga isteri kepada Fauzi Nawawi, Kerana berstatuskan selebriti, yang baik mahupun yang buruk semuanya terdedah kepada tatapan umum. Saat ditanya pada Lisdawati tentang label 'artis kontroversi', tegasnya dia tidak mahu di gelar artis kontroversi. Sebaliknya, orang yang mencipta kontroversi untuknya.


Nabil Dan Nazirah Tidak Sabar Tunggu Kelahiran Anak

Views
KAK NAM- "Gembira sangat. Lebih gembira daripada dapat motosikal baharu!," luah Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil, 29, bila ditanya mengenai perasaannya bakal bergelar bapa. Nabil dan juga isterinya Nazirah mengharapkan agar anaknya sihat didalam kandungan dan tidak mengalami apa-apa masalah.


Joe Flizzow Hanya Anggap Ila Damia Seperti Adik

Views
`KAK NAM- Joe Flizzow menegaskan hubungan akrabnya dengan penyanyi bertudung Ila Damia belum sampai ke tahap bercinta sebaliknya menganggap hubungan itu seperti seorang abang dan juga adik. Kedua-dua mereka mula akrab selepas Ila menjadi protegenya dalam program Mentor dua tahun lalu.


Haiza Kini Hamil Empat Bulan Selepas Lima Tahun Berkahwin

Views
KAK NAM- Tahniah diucapkan kepada penyanyi dangdut terkenal Haiza yang kini sudah berbadan dua setelah 5 tahun mendirikan rumahtangga. Kini kandungannya sudah masuk 4 bulan. Setiap pasangan suami isteri memang menantikan saat-saat bahagia seperti ini apabila datangnya orang baru dalam rumahtangga sebagai penyeri. 


Scha Takut Lepas Kahwin Tak Dapat Job

Views
KAK NAM- Scha Al-yahya berasa sangat risau jika selepas dia bergelar isteri orang, tawaran berlakon yang diterima semakin kurang. Scha akan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang pelakon dan juga pengacara terkenal Awal, 31 pada mei ini. Scha berkata, perasaan itu mula wujud ketika dia sibuk membuat persiapan perkahwinannya namun percaya bahawa rezeki itu akan berada di mana-mana sekiranya seseorang itu berusaha.


Thursday, April 26, 2012

Foto Pra Perkahwinan Scha Dan Awal

Views
KAK NAM- Tidak lama lagi pasangan kekasih yang sangat popular, Scha dan juga Awal Ashaari akan bergelar suami isteri. Oleh itu, satu sumber telah kongsikan pada kita semua foto pra perkahwinan Scha dan juga Awal. Fotografi tersebut telah dihasilkan oleh jari-jemari seorang jurugambar yang terkenal iaitu Saiful Nang.

Foto Zarina Anjoulie Dicium Seorang Lelaki

Views
KAK NAM- Belum pun reda isu kontroversinya dengan Lufya, kini timbul pula kontroversi tentang gambar Zarina sedang dicium oleh seorang lelaki. Fotonya itu kini sudah tersebar luas di internet. Mungkin juga foto tu disebar sendiri oleh tuan badan. Yelah..nak jadi popular. 

Zahida Rafik Jelaskan Hubungannya

Views
KAK NAM- Zahida Rafik yang kian disebut-sebut namanya setelah kontroversi dengan seorang menteri . Dia telah membuat kenyataan ringkas ketika ditemui sewaktu dia menghadiri satu majlis amal anjuran Persatuan Kebajikan Ikatan Ukhuwah di sini, semalam Bagaimanapun, dia yang popular menerusi lakonan dalam filem Kuliah Cinta dan Anak Mami The Movie enggan menghuraikan lebih lanjut mengenai pelbagai khabar angin yang wujud mengenai kononnya dia ada hubungan dengan Shafie.

Wednesday, April 25, 2012

Foto Pija Mentor 1 Bertunang Dengan Portege Adam KJ

Views
KAK NAM- Norafizah Mohd Yasin, atau Pija yang lahir daripada rancangan realiti Mentor musim 2007 ini. Sayang sekali, gelaran juara yang diraihnya tidak menjulang namanya di persada hiburan tempatan berbanding juara Mentor yang lain seperti Black.  Sumber tertentu telah menerima kiriman foto eksklusif yang memaparkan suasana majlis pertunangan Pija Mentor musim 1 ini. Tiada sebarang detail yang boleh dikongsikan, namun foto-foto ini sekaligus menjawab persoalan mengenai status Pija yang terkini.

Foto Kekasih Shahrizal Yang Terbaru

Views
KAK NAM- Pelakon lelaki yang hangat dengan gosip dan dikatakan seorang playboy, Shahrizal bekas kekasih kepada Miera kini sudah mempunyai kekasih yang baru. Orang kalau mukanya kacak sekelip mata je boleh mencari ganti. Beberapa keping foto Shahrizal yang mesra dengan kekasih barunya itu kini sudah tersebar di blog-blog hiburan..jom kita lihat.

Shila Amzah Jawab Isu Over Acting dengan Sharnaaz

Views
KAK NAM- Kelakuan Shila Amzah yang dikatakan berkelakuan agak menjengkelkan dengan kekasihnya, Sharnaaz Ahmad, Lagi-lagi kelakuan yang super gedik itu dilakukan dihadapan ibu shila sendiri.. Malah menurut sumber lagi, kelakuan Shila Amzah beraksi mesra dengan sharnaaz seolah-olah direstui oleh ibunya..

Nora Danish Pergi Umrah Pada Majlis Kahwin Jejai & Fasha

Views
KAK NAM- Menurut sumber, Nora Danish membuat pengesahan bahawa beliau tidak akan hadir pada majlis perkahwinan bekas suaminya, Jejai dengan pelakon, Fasha Sandha yang bakal berlangsung pada 27 April ini. Menurut pelakon yang cantik ini, dia tidak menerima kad jemputan, beliau juga memberitahu bahawa  tidak ada di tanah air masa hari langsung perkahwinan Jejai dan Fasha kerana dia pergi mengerjakan umrah.

Adira nafi ambil suntikan

Views
KAK NAM- Siti Adira Suhaimi, 21, mengakui kecantikan yang dimilikinya kini tidak ada sebarang kaitan dengan penggunaan suntikan tertentu malah dengan yakin dia mengatakan apa yang ada pada dirinya itu adalah semula jadi. Kini perubahan kecantikan paras rupanya turut menjadi buah mulut daripada pelbagai pihak.

Jimmy Shanley Nafi Sindir Ibu Mertua Dalam 'Tanah Kubur'

Views
KAK NAM- Jimmy Shanley seorang pengacara yang semakin meningkat naik namanya setelah kontroversi antara dia dan juga bekas isterinya dimana dia telah  menampar isterinya semasa pergi bercuti. Kini timbul pula gosip kononnya  dia cuba menyindir ibu mertuanya yang juga usahawan Datin Muniroh Kassim dalam episod terbaru drama bersiri Tanah Kubur yang ditayangkan di Astro Oasis pada Jumaat lalu.

Tuesday, April 24, 2012

Siti Nurhaliza Berduet Dengan Rockstar Islam, Sami Yusuf

Views
KAK NAM- Sami Yusuf bakal mengadakan konsert sulungnya di Malaysia pada 14 Julai depan. Mempunyai kelompok peminat sebanyak 2 billion, Sami Yusuf bakal menggegarkan Stadium Malawati, Shah Alam bersempena dengan ‘Konsert Salaam Sami Yusuf’ yang dianjurkan oleh Offshore Entertainment Production Sdn Bhd.

Sari Yanti Mahu Timang 3 Orang Anak Lagi

Views
KAK NAM- Pelakon yang popular dalam drama BFF, Sari Yanti kelihatan sangat cantik dan comel sekali walaupun sudah bergelar ibu. Dia yang masih aktif berlakon berharap mempunyai 5 orang cahaya mata dalam rumahtangganya. Sari Yanti berkata anak-anak merupakan penyeri dalam keluarganya selepas seronok melihat kedua-dua cahaya matanya ,Bar Al Aliy, 2, dan Basit Al Haq yang kini berusia lima bulan membesar dengan cergas.

Rohana Jalil Akui Bertekak Dengan Kilafairy

Views
KAK NAM- Penyanyi popular era 80-an, Rohana Jalil sering bertekak dengan pelakon dan penyanyi, Kilafairy kerana kurang senang dengan sikap sambil lewa anaknya itu terhadap bidang seni. Kilafairy yang baru berusia 18 tahun itu masih mentah dan ada masanya dia akan cepat bosan dengan apa yang dilakukannya.

Akaun Twitter Zahida Rafik 'Panas' Dengan Sindiran

Views
KAK NAM- Aktres Zahida Rafik menjadi semakin popular selepas tersebar dakwaan dia menerima sejumlah wang daripada seorang menteri kanan sehingga mengundang pelbagai reaksi panas menerusi laman sembang Twitter milik pelakon itu. Mari kita lihat status dalam twitternya..

Monday, April 23, 2012

Kongsikan Dengan Kak Nam!!

Views

Suka-suka je..
Kak Nam cuma ingin tukar pendapat dan sebarang cerita dari anda.
Jika anda ada kontroversi, toturial, cerita-cerita yang agak hebat
untuk dikongsikan pada Kak Nam, bolehlah tinggalkan
komen anda dalam kotak komen Kak Nam dekat bawah tu.
Jangan segan silu follow blog Kak Nam sekali ok!!
Confirm Kak Nam akan follow anda balik.
Peace!!!










Fida Dan juga Mamat Sepah Kini Rapat Kembali

Views
KAK NAM- Pelakon wanita Fida, 26 akui bahawa dia akan menerima bekas kekasihnya Mamat Sepah, 27 jika ditakdirkan jodoh mereka bersama. Menurut sumber, hubungan mereka kembali rapat semula sejak mereka ditemukan dalam satu rancangan di televisyen. Mari kita lihat komen dan juga luahan hati Fida.

Foto - Aksi Zizan Dan Siti Saleha Dalam KL Zombie

Views
KAK NAM- Tidak lama lagi filem terbaru iaitu KL Zombie akan ditayangkan dipawagam. Pelakon utama yang akan menggegarkan filem ini adalah pelawak terkenal Zizan dan juga pelakon wanita yang cantik Siti Saleha. Oleh itu, portul blog Rotikaya sempat ke tempat pengambaran dan mengambil beberapa foto pelakon hebat tersebut. Kak Nam ucapkan terima kasih kepada portal blog tersebut kerana sudi kongsikan foto ini kepada kita semua.

Jamal Abdillah Kesal Pernah Abaikan Ibu Sendiri

Views
KAK NAM- Jamal Abdillah seorang penyayi terkenal telah membuat mengakuan di dalam mStar bahawa dia berasa kesal kerana pernah mengabaikan ibunya untuk mengejar populariti. Jamal berkata ia berpunca kerana kesibukannya sebagai artis selain banyak memenuhi undangan pertunjukan pentas.

Ikhwan (hot Fm) Dipeluk Wanita Seksi Dalam Kelab

Views
KAK NAM- Jarang sekali kita dengar cerita dan gosip tentang  Ikhwan DJ Hot Fm ini. Baru-baru ini keluar pula kontroversi tentang dirinya dimana seorang wanita yang seksi memeluknya di sebuah kelab malam. Menurut sumber, wanita tersebut adalah salah seorang peminat Ikhwan. Kalau anda nak tahu betul ke tidak..jom kita lihat komen Ikhwan.

Maya karin Bersedia untuk Jatuh Cinta

Views
KAK NAM- Maya Karin pelakon heroin yang semakin meningkat naik namanya setelah berjaya melakonkan watak dalam filem Ombak Rindu. Menurut kenyataan dalam satu portal, dia kini sudah bersedia untuk bercinta lagi. Sudah 2 tahun Maya Karin bercerai dengan bekas suaminya dan baru kini hatinya terbuka untuk menerima orang yang istimewa  dan mencintainya. 

Sunday, April 22, 2012

Foto Seksi Zarina Anjoulie Yang Terbaru!!

Views
KAK NAM- Satu persatu kontroversi yang dibawa oleh pelakon seksi Zarina Anjoulie. Baru-baru ini kontroversi yang hangat diperkatakan ialah isu perang antaranya dengan Lufya dalam twitter. Mungkin Zarina lebih sesuai dengan kontroversi-kontroversi begini untuk menaikkan namanya. Kak Nam rasa tidak perlu berbuat demikian kalau diri anda memang berbakat. Dengan bakat seni hebat yang ada dalam diri seseorang itu pasti dia popular dan mempunyai ramai peminat. Mari kita lihat foto terbaru Zarina yang semakin menjadi-jadi keseksiannya telah di upload dalam twitter Zarina Anjoulie sendiri.

Fazura Tanpa Make up

Views
KAK NAM- Tidak dinafikan lagi pelakon wanita popular Fazura sememangnya mempunyai kecantikan yang asli walaupun tanpa make up. Bukan senang nak jumpa artis wanita yang cantik tanpa make up.. Oleh itu Kak Nam nak kongsikan pada anda semua foto Fazura yang cantik tanpa make up.

Foto Dato Siti Nurhaliza Tidur Kepenatan

Views
Kak Nam - Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi tersohor Malaysia, Dato Siti Nurhaliza yang kini semakin murah rezekinya dengan produk SimplySiti. Dato Siti pun macam orang biasa juga..tiada beza antara kita dan juga dia. Cuma yang bezanya dia dikenali orang ramai sebab suaranya yang merdu. Kalau peminat-peminat Dato Siti nak tahu, dia sebenarnya seorang yang sangat mengambil berat tentang keluarga dan juga anak buahnya. Baru-baru ini dato Siti membawa anak buah kesayangannya berjalan-jalan di ibu kota..

Foto Lucu Nabila Huda

Views
KAK NAM- Nabila Huda seorang pelakon wanita yang cukup popular dengan lakonannya yang mantap dengan pelbagai watak yang di bawa. Kak Nam rasa semua peminat Nabila Huda tahu bahawa dia seorang yang slumber dan juga happy. Apa kata Kak Nam paparkan pada anda semua dan kongsi foto lucu Nabila Huda semasa bergambar.. Bila lihat memang  kelakar dengan sikap Nabila yang agak gila-gila.

update - Bob Kuman Masih Hidup!!!

Views
KAK NAM- Terkejut dengan berita yang cukup menggemparkan apabila ada satu pihak yang tidak bertanggungjawab mengatakan pelawak terkenal Bob Kuman telah meninggal dunia semalam. Berita palsu tersebut dipercayai mula disebarkan melalui pesanan Blackberry Messenger (BBM) sehingga berlarutan ke laman Twitter sekitar pagi tadi..

Ally Iskandar Terlalu Rindukan Isteri

Views
KAK NAM- Pasangan suami isteri yang boleh dikatakan baru berkahwin pada 20 januari lalu, Ally Iskandar kini mengatakan bahawa dia terlalu rindukan isterinya Farah Lee. Menurut sumber, Ally Iskandar terpaksa berjauhan dengan isterinya yang berada di Korea Selatan untuk belajar. Kak Nam dengar Ally Iskandar selalu menghubungi isterinya melalui Skype selama berjam-jam sehingga tertidur di depan laptopnya. Mari kita lihat komen Ally..

Saturday, April 21, 2012

Shila Amzah & Shaanaz Bergaduh??

Views
KAK NAM- Siapa yang tidak kenal dengan pasangan kekasih  yang tangkap cintan habis ni. Kalau pergi kemana-mana pasti berkepit. Tapi baru-baru ini, satu sumber  dilayangkan pula dengan berita mengenai pertelingkahan mereka berdua yang terjadi belakang set program Mania.Ada beberapa pasang mata yang telah melihat pertelingkahan dua kekasih itu, walaupun mungkin ianya boleh diselesaikan di tempat lain.

Lufya Jawab Isu Zarina, Ketiak Basah Dan Diraba

Views
KAK NAM- Mengenai isu perang Zarina di dalam twitter tentang Lufya betul-betul membuatkan Lufya tercabar dan juga menjatuhkan maruahnya. Oleh itu, portal hiburan dari murai telah menghubungi sendiri Lufya dan mendapatkan komen darinya tentang isu tersebut. Mungkin ini dapat memberi jawapan kepada anda yang tertanya-tanya tentang kontroversi ini.

Update - Zarina Anjoulie Gadoh Dengan Lufya Dalam Twetter

Views
KAK NAM- Lepas satu persatu kontroversi yang keluar terhadap pelakon wanita yang tidak berapa popular, Zarina Anjoulie. Tak puas-puas dia hendak membuat kontroversi tentang gosip-gosip yang tidak elok dalam twetter. Ini timbul pula isu tentang dia perang dengan Lufya bekas pelajar AF dengan memalukan Lufya tentang isu ketiak Lufya yang basah semasa konsert AF dulu. 

Foto Neelofa Macam Pelakon Korea

Views
KAK NAM- Foto dibawah ini adalah shoting semasa pengambaran Nona. Lihat macam Neelofa buat shot di Korea, tapi sebenarnya foto ini di Paris. Memang Neelofa kelihatan sangat cantik sekali hasil kerja jurugambar AnnasEaskey. Cantik kan..Neelofa seolah-olah seperti pelakon dari Korea. 

Friday, April 20, 2012

Jom Menang Tiket Filem NONGKRONG!!

Views
KAK NAM- Pasti ramai kaki wayang kat kuar sana tidak sabar-sabar ingin menonton filem yang terbaru.. Sekarang akan keluar di pawagam anda ialah Nongkrong. So, apa kata anda pergi tonton dengan tiket free. Nak tahu bagaimana untuk dapatkan tiket free?? Senang sahaja..

Foto- Aaron & Zizan Bergaya Dengan Kereta Baru

Views
KAK NAM- Pelakon hero dan pelawak terkenal Aaron dan juga Zizan sedang hangat bergaya dengan kereta baru masing-masing. Memang bertuah mereka kerana berjaya memiliki kereta yang menjadi idaman semua orang. Bukan murah harga kereta GTR 35 dan EVO 10 ni... namun atas usaha keras sebagai pelakon, Aaron dan Zizan mampu mencapai impian mereka.

Lisa Surihani Dengan Gaya Rambut Baru

Views
KAK NAM- Mungkin ramai peminat Lisa Surihani terkejut dengan penampilan gaya terbaru rambut Lisa. Ada yang kata sesuai dan tidak sesuai. Memang tidak dinafikan, bagi Kak Nam rambut yang sebelum ni lebih sesuai dengan wajah Lisa. Tapi kita tidak boleh halang kehendak Lisa sendiri. Mungkin Yusry suka dengan gaya rambut Lisa sekarang ni. Mari kita lihat foto tersebut.

Cantiknya Bali..

Views
KAK NAM- Pasti ramai diantara anda semua suka pergi bercuti di tempat-tempat yang menarik. Bukan sahaja di dalam Malaysia malah di luar negara juga boleh mendapat tempat yang menarik untuk kita lawati. Tapi yang pasti anda hendaklah lawati tanah air sendiri dulu untuk lihat keindahan tanah air kita. Ada satu tempat yang anda boleh lawati di luar negara iaitu Bali. Di sana anda boleh lihat pelbagai penginapan yang cantik dan selesa.

Erra Fazira Sambut Birthday Anak - Tak manjakan Engku Aleesya

Views
KAK NAM- Sejak bergelar isteri dan ibu kepada Engku Aleesya, pelakon terkenal Erra Fazira mengakui dia memang memperlahankan aktiviti seni untuk memberi fokus pada rumah tangganya dengan suami. Malah, pemilik nama sebenar, Fazira Wan Chek, 36, ini mengakui karier seninya juga jatuh nombor dua apabila sudah berumahtangga. Baru-baru ini Erra telah menyambut hari lahir anaknya Engku Aleesya secara kecil-kecilan serta dihadiri anggota keluarga dan teman rapat serta rakan artis bersama anak masing-masing iaitu sahabat baiknya, Datin Paduka Umie Aida dan Wan Khatijah.

Gosip Hangat - Pelakon Kanak-kanak Pandai Merokok

Views
KAK NAM- Menurut sumber yang Kak Nam perolehi, pelakon ini umurnya baru setahun jagung tapi berani mati dan yakin yang dia sudah cukup besar. Isu ni terbongkar apabila satu sumber telah menghadiri majlis pelancaran projek dari sekolah artis tersebut dan majlis tersebut dibuat dalam hotel mewah.

Foto Terbaru Anak Shuib Dan Siti Sarah

Views
KAK NAM- Rasanya sudah lama kita tak dengar cerita pasal Siti Sarah dan juga Shuib Sepah selepas mereka dikurniakan anak. Mungkin mereka sedang sibuk dengan kerjaya ataupun sibuk melayan karenah anaknya. Hari ini Kak Nam nak paparkan pada anda semua foto anak Shuib yang terbaru..anda nilai sendirilah muka baby tu macam Shib atau Sarah ok..

Foto- Justin Bieber Cium Selena Gomez Dalam Cam Kiss

Views
KAK NAM- Pasangan kekasih remaja yang terkenal di Barat iaitu Justin Bieber dan Selena Gomez telah menghadiri satu rancangan yang popular di barat. Aksi ciuman remaja pop pasangan Justin Bieber dan Selena Gomez itu telah ditangkap secara senyap oleh Cam Kiss pada permainan Lakers Spurs malam Selasa lalu. Pasangan tersebut duduk di hadapan gelanggang, memberi galakan kepada permainan rancangan tersebut  apabila Cam Kiss yang tersenbunyi membawa mereka sepenuhnya dalam kejutan! Mari kita saksikan foto tersebut..

Artis Tempatan Mirip Artis Barat

Views
KAK NAM- Kita sema tahu bahawa setiap orang mempunyai 7 orang muka yang sama. Cuma kita sahaja tidak tahu dimanakah orang yang mirip dengan kita tu berada. Mungkin dia satu negara dengan kita dan luar negara. Samalah yang Kak Nam ingin paparkan kepada anda semua wajah artis tempatan kita seiras dengan artis barat. Mari sama-sama saksikan..

Thursday, April 19, 2012

Zizan Terima Kejutan Pada Hari Lahirnya

Views
KAK NAM- Selamat hari lahir Kak Nam ucapkan kepada pelawak terkenal Zizan pada 15 April 2012 lalu yang ke 28. Sempena ulang tahun kelahirannya itu, Zizan telah menerima kejutan daripada pengurusnya Marina Juki dan ahli kelab peminat Zizan FC. Pada majlis yang ringkas ini juga, kedua ibu bapa Zizan Puan Anai Ibrahim dan Encik Abdul Razak dan juga tetamu yang dijemput khas dari Rumah Anak Yatim Syifa, Gombak.

Sertai - Jom! Jadi Pemenang Blog Popular

Views
KAK NAM- Hari ini Kak Nam nak buat segmen untuk anda semua..Kak nam tahu ramai blogger-blogger terkenal dan popular membuat pelbagai segmen untuk blog masing-masing. Oleh itu, Kak Nam pun tidak melepaskan peluang ini. Mungkin ramai blogger yang tidak kenal dengan blog Kak Nam Kepoh!! sebab blog ini ramai dari golongan yang tidak mempunyai blog yang baik hati tidak jemu-jemu singgah dan melihat gosip-gosip terbaru. Terima kasih Kak Nam ucapkan..ok, kita terus ke segmen yang dijanjikan.

Zaibo Terasa Hati Dengan Nak Tiri

Views
KAK NAM- Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd Hamid, 56, berkata, kadang-kala perasaan terguris dengan sikap anak-anak yang masih belum matang itu wujud tetapi ia harus dibuang agar seorang bapa itu tidak berperangai seperti budak-budak. Zaibo baru mendirikan rumahtangga selama dua tahun dan mempunyai 9 orang nak tiri. 

Aida (Gadis Melayu) Tidak Anggap Penyakit Jantung Anak Sebagai Beban

Views
KAK NAM- Aida atau nama sebenarnya Khairul Noormaaidah Zali berkata, tekanan itu menjadi semakin kurang apabila dia menganggap perkara itu adalah ujian daripada Tuhan selain bersyukur anaknya semakin pulih sejak menjalani pembedahan pada tahun lalu.

Nur Afifah Pelakon Tentang Bulan - " Saya Tahu Batas Agama "

Views
KAK NAM- Mungkin ramai yang tidak kenal dengan nama pelakon remaja Fatin Nur Afifah. Dulu dia popular dengan lakonan kanak-kanak dalam filem Tentang Bulan bersama pelakon Erin Malek. Selapas gosip liar tentang Erin Malek tersebar di semua blog-blog dan juga internet, kini timbul pula isu tentang Fatin Nur Afifah. Menurut beberapa keping gambar di internet, terdapat foto-foto liar antara Fatin Nur Afifah dengan seorang pengkid yang begitu mesra sekali. Memang tidak dinafikan lagi yang Fatin Nur Afifah berkasih dengan kaum sejenis. Anda boleh nilai sendiri apabila melihat foto yang Kak Nam paparkan di bawah..

Wednesday, April 18, 2012

Video - Filem Jidin Sengal (Full)

Views
KAK NAM- Mungkin ramai yang sudah menonton Filem terbaru Jidin Sengal yang hangat ditayangkan disemua pawagam-pawagam. Cerita ini memang boleh mencuit hati ramai penonton dan Kak Nam percaya filem ini akan membuatkan anda semua tidak kering gusi. Oleh itu, Kak Nam nak kongsikan pada anda semua Full Video Jidin Sengal. Bagi yang belum menonton anda boleh lihat sendiri..anda juga boleh menonton pelbagai  filem-filem terbaru di sini. Selamat menonton...

Tahniah! Kini Isteri Nabil Hamil 5 Minggu

Views
KAK NAM- Tahniah Kak Nam ucapkan kepada pelawak terkenal Nabil dan juga isterinya Zira kerana bakal bergelar bapa dan ibu. Mari kita sama-sama lihat komen isteri Nabil yang dipetik dari mediamalaya.

Pelakon Lelaki Kahwin di Sempadan Thailand

Views
KAK NAM- Menurut sumber yang Kak Nam perolehi, gosip ni melibatkan seorang pelakon lelaki yang cukup popular. Perkahwinan di Thailand sudah menjadi kebiasaan bagi artis-artis tanah air kita setelah banyak kita dengar tentang perkahwinan yang diluar pengetahuan media dan juga peminat. Lebih mengejutkan apabila gosip ini melibatkan pelakon lelaki yang popular dengan sifatnya adalah ciri-ciri seorang yang baik dan tidak berpikiran singkat.

Update - ZARINA ANJOULIE NIKAHI JEJAKA INDONESIA?

Views
KAK NAM- Siapa yang tidak kenal dengan Zarina Anjoulie pelakon wanita yang penuh dengan kontroversi murahan dengan digosipkan dengan pelbagai isu yang agak menjatuhkan maruah sendiri. Kini Kak Nam perolehi satu lagi kontroversi dari sumber tertentu bahawa Zarina sedang hangat bercinta dengan seorang jejaka Indonesia. Entah benar entahkan tidak apabila gosip panas kembali menyelubungi artis hangat Zarina Anjoulie. Dakwa satu sumber, Zarina kini telahpun berkahwin dengan seorang jejaka Indonesia bernama David Tamara.

Bayi Dipijak Hancur Kepala

Views
KAK NAM- Sangat menyayat hati Kak Nam dan mungkin juga pada anda semua apabila membaca  tajuk utama dikeratan akhbar metro hari ini. Seorang bayi yang berusia 2 minggu telah meninggalkan dunia akibat dipijak oleh bapanya sendiri sehingga tengkorak kepalanya pecah. Adakah hati bapa mangsa ni seperti binatang sehingga sanggup membuat demikian terhadap bayi yang baru mengenal dunia. Kak Nam paparkan keratan akhbar tentang isu tersebut untuk anda sendiri menilainya...

Tuesday, April 17, 2012

Bob Kuman Perlukan Bantuan Kerana Sakit Teruk

Views
KAK NAM- Rasa terusik hati Kak Nam bila lihat keadaan seorang pelawak terkenal Bob Kuman yang kini terlantar di hospital akibat sakit teruk. Menurut sumber, Bob sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Mari kita lihat luahan hati Bob yang perlukan bantuan dari anda semua..

Felix Agus (AF3) Dapat Bayi Lelaki

Views
KAK NAM- Terlebih dahulu Kak Nam nak ucapkan tahniah kepada bekas pelajar Akademi Fantasia 3 kerana dikurniakan anak lelaki. Felix Agus, 30, yang berkahwin bersama Lydia Larius Gojih baru saja menimang cahaya mata pertama pada tanggal 13 April lalu yang mana ia jatuh pada hari Jumaat.

Amy (Search) Terima Johan Asaari Sebagai Menantu

Views
KAK NAM- Vokalis kepada kumpulan Search, Amy akan menerima Johan Asaari menjadi menantunya jika jodoh anaknya Nabila Huda dengan pelakon itu. Dia tidak menghalang dengan sesiapapun anaknya iaitu Nabila Huda mahu berkawan asalkan individu tersebut dapat membahagiakan dirinya.

Cinta Dari Bangku Sekolah Natasha

Views
KAK NAM- Tepat pukul 11.50 pagi kelmarin, pasangan Natasha Liana Hudson, 30, dan Mohd. Khalid Mohd. Kamal, 33, selamat diijabkabulkan dengan hanya sekali lafaz. Berwalikan hakim dan dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Shahirman Ahmad di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur, Natasha Hudson dan penyanyi kumpulan hip hop Phlowtron dan juga peneraju syarikat penerbitan media Phuture Phlow, Carleed Khaza kini sudah sah bergelar pasangan suami isteri.

Lisa Surihani & Yusry Jadi Cikgu Sekolah

Views
KAK NAM- Lisa Surihani dan juga suaminya, penyanyi dan pengarah filem Yusry Abdul Halim merupakan antara selebriti yang dipilih untuk menjayakan program 'Teach For Malaysia (TFM) Week' di mana mereka memainkan peranan sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendamaran Jaya di sini, Isnin.

Khairul Fahmi Elak Jadi Artis Walaupun Dapat Tawaran Berlakon

Views
KAK NAM- Khairul Fahmi Che Mat 23, penjaga gol kebangsaan telah membuat perjanjian pada dirinya sendiri bahawa dia tidak mahu menceburi bidang hiburan dalam lakonan dan juga mengacara walaupun dia menerima pelbagai tawaran. Apek,23, berkata, dia tidak berminat untuk mendalami bidang tersebut namun tidak kisah seandainya diberi tawaran untuk menjadi model iklan.

Farahdhiya - 2012 tahun kebangkitan semula

Views
KAK NAM- Sudah lama kita tidak dengar cerita tentang penyanyi wanita yang cukup cantik dengan wajahnya yang ala-ala mix gitu. Kini, Farahdhiya Mohd Amin, 26, bagaimanapun kembali menjadi bualan apabila gosip mengenai dirinya bakal menjadi isteri kedua seorang ahli perniagaan tersebar. Mari kita lihat apakah komen Farahdhiya sendiri tentang gosip terbarunya itu..

Friday, April 13, 2012

Awie Dikafankan Untuk Buang Penyakit Misteri

Views
KAK NAM- Seorang demi seorang kita dengar artis tanah air kita terkena penyakit misteri ataupun buatan orang. Adakah disebabkan industri kita sekarang ramai artis luar membuatkan artis yang lain cemburu dan susah untuk menaikkan nama mereka. Kak Nam harap perkara sebegini dapat dielakkan.

Video - Mania Konsert 1

Views
KAK NAM- Pasti ramai peminat rancangan Mania yang telah disiarkan di astro ria setiap hari sabtu tidak sabar menyaksikan artis pilihan mereka untuk membuat persembahan. Rancangan ini lebih kurang seperti rancangan Akademi Fantasia dimana setiap orang dikehendaki membuat persembahan nyanyian dan pemenang adalah mengikut undian terbanyak. Pengacaranya pula ialah Aznil Hj Nawawi yang sentiasa membuat gimik dan aksi yang ceria di atas pentas. Hari ini Kak Nam nak paparkan video konsert pertama Mania kepada anda semua..mungkin ramai yang sudah menonton. Tapi bagi yang belum, anda boleh saksikan...

Elfira Loy Dikatakan Suka Menunjuk-nunjuk

Views
KAK NAM- Elfira Loy 18, seorang pelakon remaja yang kini semakin meningkat naik popular  setelah bakatnya dulu dicungkil dalam rancangan kanak-kanak Tom-Tom Bak ketika umurnya berusia 11 tahun. Elfira Loy yang ditemui pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) Ahad lalu, nyata bergaya sakan dengan persalinan daripada Rizman Ruzaini bersama sepatu Yves Saint Laurent dan tas kepit Dior menyerlahkan aura seorang selebriti dalam dirinya. Mari kita lihat komen Elfira dan juga foto semasa ABPBH 2011 yang Kak Nam petik dari twitternya.

Rita Rudaini - "Terima Kasih Atas Segalanya"

Views
KAK NAM- Kemelut yang berlaku dalam rumah tangga pelakon jelita, Rita Rudaini Mokhtar, 36, dan suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 25 kini berakhir dengan penceraian. Pergolakan dalam rumah tangga mereka sudah pun menemui noktahnya apabila Aidil memfailkan perceraian ke atas Rita dan memaklumkan tindakan itu kepadanya menerusi SMS, baru-baru ini. Mari kita lihat luahan hati Rita Rudaini yang di petik dari akhbar metro. 

Thursday, April 12, 2012

Hebat Tak Saya!!

Views
KAK NAM- Bayi perempuan yang bernama Adelia Marissa berumur 8 bulan sudah pandai melakukan exercise  seperti orang dewasa. Pada minggu lepas Kak Nam pergi ke satu pusat shopping mall dan di situ ada pamerkan alat-alat untuk melakukan exercise. Kak Nam lihat baby ni pandai menggunakan salah satu alat di situ lalu Kak Nam tertarik untuk merakam video aksinya. Jom sama-sama kita lihat..

Dira Tidak Sembunyikan Diri

Views
KAK NAM- Pengacara dalam rancangan gosip popular Dira Abu Zahar kini sedang hangat dengan kontroversi yang melandanya dengan isu memijak seorang wanita di sebuah kelab malam. Belum lagi kita ketahui dengan tepat siapakah pengacara wanita yang dimaksudkan. Adakah benar Dira orangnya, Kak Nam tidak mahu berikan jawapan. Tapi Kak Nam rasa anda semua bijak dan tahu siapa orang yang dimaksudkan tersebut setelah umur dan juga status pengacara tersebut telah diberitahu oleh media. 

Zafuan Nafi Tak Jenguk Anak

Views
KAK NAM- Pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 25, sudah memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya yang juga pelakon terkenal, Rita Rudaini Mokhtar, 36, melalui peguamnya di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, kelmarin. Tindakan itu terpaksa dilakukannya sebagai jalan penyelesaian terhadap kemelut rumah tangganya yang berlaku sekian lama sehingga menjadi perhatian ramai walaupun mengakui ia bukan keinginannya.

Aru (Koffin Kanser) Cuci Rambut Guna Vakum

Views
KAK NAM- Pasti ada di luar sana berminat dengan gaya rambut dredlock. Begitu juga vokalis kumpulan Kroffin Kanser, Aru yang mempunyai rambut style dredlock atau simpul mati membuka rahsia bahawa dia menggunakan vakum untuk membersihkan rambutnya itu.
Apa yang Kak Nam tahu, Aru berminat dengan gaya rambut ni sejak umur 18 tahun lagi dan ia amat merumitkn untuk dijaga dan mencucinya.

Farah Asyikin Jadi Guru Sepenuh Masa

Views
KAK NAM- Sejak penyanyi wanita popular ni bertukar imej dengan memakai tudung, Farah Asyikin 32 tahun kini sudah menukar kerjaya pula dalam bidang perguruan. Dia kini menjadi guru sepenuh masa di sekolah antarabangsa Cempaka Damansara di sini, sejak 19 Mac lalu. Dia amat gembira kerana dapat melakukan sesuatu pekerjaan baru dalam mendidik kanak-kanak.

Rita Rudaini Dapat Hak Penjagaan Anak

Views
KAK NAM- Semalam kita sudah digemparkan dengan satu gosip dimana Rita Rudaini 36, telah diceraikan oleh suaminya melalui pesanan ringkas (sms). Oleh itu, Rita akan pastikan hak penjagaan anak berpihak kepadanya.Rita berkata, sejak empat tahun mendirikan rumah tangga, dia sukar mendapat kebahagiaan sebaliknya segala susah dan senang dikongsi bersama anak-anaknya iaituAirit Rayyan Rizqin,3, dan Airit Rafqa Arjuna yang kini berusia sepuluh bulan.



Wednesday, April 11, 2012

Foto - Kekasih Saleha, Penjaga Gol Sabah

Views
KAK NAM- Pelakon wanita Siti Saleha yang cukup popular dengan wataknya dalam drama Nora Elina , kini dikatakan cukup intim dengan seseorang. Lelaki yang berjaya mencuri hati Saleha ialah seorang penjaga gol Sabah  bernama Syed Adney Syed Hussein yang juga merupakan adik kepada pelakon Sharifah Sofea.



Aaron Aziz Sahkan Bakal Terima MyPR

Views
KAK NAM- Siapa yang tiudak kenal dengan Aaron Aziz seorang Bintang Paling Popular. Nak-nak kini isunya sedang hangat tentang pertikaian Zed Zaidi terhadap kemenangan yang diperolehi Aaron. Di dalam mStar online hari ini, menyatakan Aaron Aziz mengesahkan bahawa dia bakal menerima MyPR dan menjadi rakyat Malaysia.


Rita Rudaini Terima SMS Cerai Daripada Suami

Views
KAK NAM- Terkejut juga Kak Nam apabila keluar di blog mStar mengatakan pelakon wanita popular Rita Rudaini telah bercerai dengan suaminya. Pelakon Rita Rudaini menjelaskan telah menerima berita sahih bahawa suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 25 telah membuat permohonan untuk bercerai dengannya.

Zed Zaidi Tak Sokong Artis Luar

Views
KAK NAM- Menurut apa yang Kak Nam tahu, Zed Zaidi tidak sokong kemenangan yang diperolehi Aaron Aziz dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian baru-baru ini. Adakah disebabkan dia cemburu dengan kemenangan Aaron membuatkan dia pertikaikan perkar tersebut.

Watie (Elite) Mahu Timang Anak Tahun Depan

Views
KAK NAM- Pelakon Norwati Sadali (Watie Elite) dan suaminya, Zulkifli Daud (Joey) merancang untuk menimang cahaya mata pada tahun hadapan.Watie berkata, dia dan Joey buat masa ini ingin memberi tumpuan kepada rumah tangga terlebih dahulu sebelum menerima kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.



Maria Farida Sudah Serik Kongsi Kisah Cinta

Views
KAK NAM- Pelakon Maria Farida enggan mengulangi kesilapan dengan mendedahkan kisah cintanya kepada umum selepas laporan mengenai hubungannya dengan aktor kacak, Shahrizal Jaszle mendapat perhatian umum.Maria, 42, berkata, dia serik untuk berbuat demikian kerana sebelum ini kisah cintanya mendapat liputan meluas selain pelbagai cerita negatif menjadi perbualan masyarakat.



VIP Taja Undian Tasha Shila

Views
KAK NAM- Kita semua sudah tahu siapa yang bergelar Bintang Paling Popular Berita Harian 2011 pada hari ahad lalu. Kalah dan menang dalah adat pertandingan. Bagi yang pertikaikan kemenangan seseorang itu adalah tidak wajar kerana ini adalah tuah masing-masing yang mendapat undian tertinggi daripada peminat mereka. 


Fasha Sandha Nikah 27 April 2012

Views
KAK NAM- Majlis perkahwinan pelakon Fasha Sandha, 28, dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli akan diadakan di sebuah hotel di ibu negara pada 27 April ini, sebagaimana tercatat dalam kad undangan perkahwinannya yang akan mula diedarkan dalam masa terdekat.



Tuesday, April 10, 2012

Foto Izara Aishah Yang Anggun Di ABPBH 2011

Views
KAK NAM- Sudah semestinya pelakon wanita Izara Aishah seorang yang cantik dan manis mukanya. Apatah lagi bila dikenakan dengan gaun yang telah direka khas untuknya menampakkan lagi dirinya bertambah anggun . Jom kita lihat..

Mangsa Di Pijak Pengacara Kunci Mulut, Kasihan Nasib Marsha

Views
KAK NAM- Masih belum terungkai lagi siapakah pengacara yang telah membuatkan isu panas di kelab malam bergaduh dengan seorang wanita. Apatah lagi, sebelum tersebarnya laporan polis itu, Dira pernah menafikan bahawa pengacara yang dimaksudkan itu bukannya dia. Lantas itu, pengacara Propaganza, Marsha pula dituduh pengacara TV yang membuat tindakan jahat itu.



Video - Belakang Tabir ABPBH 2011

Views
KAK NAM- Kita semua sudah tahu bahawa Aaron Aziz telah berjaya bergelar Bintang Paling Popular 2011 beberapa hari lalu semasa ABPBH 2011 yang berlangsung di Genting. Semasa majlis tersebut dijalankan, sempat juga satu video di belakang tabir sempat dirakam. Beberapa orang gelagat artis yang sempat ditemubual..jom sama-sama kita saksikan...


Intan Lydiana Sanggup Tunggu Kamal Adli Melamar

Views
KAK NAM- Pelakon lelaki yang sangat popular dalam drama  Apa Celop Kamal Adli, berasa sangat kagum dengan kekasih hatinya Intan Lydiana kerana sanggup menunggu lamaran daripadanya. Intan Lydiana yang meningkat naik namanya setelah berlakon dalam filem Adhnan Sempit kini menunggu Kamal Adli untuk datang meminang setelah berpa tahun mereka telah menjalinkan hubungan kekasih. Mari kita lihat komen Kamal Adli yang dipetik dari mStar.

Zed Zaidi Tidak Matang Pertikai Kemenangan Aaron Aziz

Views
KAK NAM-  Bintang Paling Popular, Aaron Aziz menegur aktor Zed Zaidi yang mempersoalkan kemenangannya dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) Ahad lalu. Aaron menyatakan bahawa faktor Zed Zaidi itu tidak matang apatah lagi dia adalah seorang Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).



Monday, April 9, 2012

Foto - Artis Yang Sudah Bertudung

Views
KAK NAM - Syukur sangat-sangat kerana seorang demi seorang artis tanah air kita sudah mula membuka hati mereka untuk berhijab aka bertudung. Adakah ini disebabkab trend tudung terkini yang mempunyai pelbagai fesyen menarik membuatkan ramai artis cuba untuk menggayakannya ataupun memang dari sudut hati masing-masing sudah terbuka untuk berubah. Itu Kak Nam tidak boleh membuat andaian. Perkara kepada kebaikkan Kak Nam sokong dari belakang.Teruskanlah niat suci masing-masing..jangan hanya sekerat jalan. Mari kita lihat foto mereka..

Lagi Foto Red Karpet ABPBH 2011

Views
KAK NAM- Pasti ada foto selebriti kegemaran anda yang belum Kak Nam paparkan tadi. Oleh itu, Kak Nam akan paparkan untuk anda semua foto selebriti-selebriti semasa acara Red Carpet yang sangat anggun dan bergaya.

Rozita Che Wan Balik Awal Dari ABPBH 2011 Untuk Ke Milan

Views
KAK NAM- Pada malam gilang gemilang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) semalam, Rozita Che Wan di dapati pulang awal selepas acara  karpet merah. Rozita Che Wan yang sememangnya cukup menawan dengan persalinan kombinasi rona biru dan perak pada malam berkenaan hanya menunjuk muka untuk slot glamor berkenaan bagi memenuhi impian pereka fesyen Rizman Ruzaini yang telah menyiapkan pakaiannya.



Foto - fesyen Yang Menarik Di ABPBH 2011

Views
KAK NAM- Tadi kita sudah lihat fesyen artis kita yang kurang memuaskan. Sekarang Kak Nam nak paparkan pada anda semua fesyen yang boleh dikatakan agak menarik dan juga menjadi perhatian ramai wartwan. 

Foto - Fesyen Yang Kurang Cantik Di ABPBH 2011

Views
KAK NAM- Pasti ramai peminat dan juga wartawan tidak sabar menantikan kemunculan artis di karpet merah. Di situ kita dapat lihat pelbagai jenis rekabentuk pakaian yang dipakai oleh selebriti tanah air kita untuk kelihatan anggun dan bergaya pada malam ABPBH 2011 semalam. Ada rekabentuk pakaian yang sesuai dan ada juga kelihatan agak kurang memuaskan apabila dipadankan dengan badan seseorang artis. Mari kita lihat reka bentuk pakaian  yang kurang cantik bila dipakai...

Dira Masih Berani Muncul Di ABPBH 2011

Views
KAK NAM-  Walaupun Dira sedar yang dia akan diperkatakan oleh orang sekeliling dan juga dipandang serong atas kes pijak wanita, Dira Abu Zahar 28 tetap muncul ke ABPBH 2011 di Genting Highland untuk memeriahkan lagi malam resepsi tersebut.Sebaliknya, ketika berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) di sini semalam, perantara rancangan hiburan dan gosip Melodi itu dengan beraninya telah hadir ke majlis berkenaan tanpa tersimpan sedikitpun perasaan gentar di wajahnya.

Aaron Aziz Dinobatkan Bintang Paling Popular ABPBH 2011

Views
KAK NAM- Tahniah Kak Nam ucapkan hero kepada filem Ombak Rindu, Aaron Aziz kerana telah berjaya merangkumi trofi sebagai Bintang Paling Popular. Kemenangan Aaron sekali gus mengenepikan pemenang tahun lalu juga pelakon Shaheizy Sam serta tiga lagi finalis dengan undian tertinggi, Zizan Razak, Maya Karin dan Najwa Latiff.



Saturday, April 7, 2012

Misha Omar Kini Bertudung

Views
KAK NAM- Bagi peminat-peminat kepada Misha pasti rindukan suara dan lakonan Misha yang memukau. Hari ini Kak Nam nak paparkan pada korang foto terbaru Misha Omar yang kini bertudung. Baguslah kalau begitu, seorang demi seorang artis kita sudah mula membuka hati mereka. Mari kita lihat gambar Misha yang di upload dari twitternya.

Friday, April 6, 2012

Marsha Kecewa Dikaitkan Dengan Isu Pengacara Pijak Wanita

Views
KAK NAM- Selagi belum selesai dan mengetahui siapakah gerangan pengacara yang telah memijak seorang wanita di pusat hiburan, selagi itulah ramai pihak yang berteka-teki. Termasuklah Marsha juga terkena tempiasnya. Marsha juga adalah seorang pengacara dalam satu rancangan gosip di astro dan dia juga dikaitkan. Oleh itu, pihak murai telah menemui  Marsha dan mendapatkan komen dari Marsha sendiri..Mari kita lihat komen Marsha...

Cute - Budak Perempuan Yang Mempunyai Wajah Seperti Patung Barbie

Views
KAK NAM- Subhanallah..terkejut dan terkedu Kak Nam sekejap apabila melihat wajah gadis perempuan berumur dalam lingkungan 15 tahun ini yang mempunyai wajah seperti patung Barbie. Bertapa besarnya kekuasaan Allah S.W.T apabila menjadikan manusia secantik ini. Kak Nam perolehi gambar ini dari blog mediamalaya. Semoga anda semua dapat menikmati kecantikan dan keindahan wajah gadis ini yang dicipta dari Maha Esa.

Abby Abadi - Minta Allah tetapkan hati

Views
KAK NAM- Ramai peminat kepada Abby Abadi yang sudah tahu bahawa Abby baru sahaja balik dari mengerjakan Umrah. Kini dia sudah tampil dengan imej terbaru dengan bertudung. Tidak henti dia mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi yang memudahkan urusannya ke Tanah Sudi dan sepanjang melakukan ibadah di sana. Jom kita lihat komen Abby yang dipetik dari metro hari ini.



Thursday, April 5, 2012

Ika Nabila Jadi Hantu

Views
KAK NAM- Terkejut juga Kak Nam bila dapat tahu yang Ika Nabila dah jadi hantu.. bila Kak Nam lihat mukanya yang menakutkan dengan rambut panjang mengurai buatkan Kak Nam tertanya-tanya bila agaknya Ika Nabila jadi macam ni? Haa...jangan salah sangka..sebenarnya Ika Nabila jadi hantu dalam drama terbarunya hantu susu. Jom kita lihat sama-sam..

Gambar Comel Anak Harith Iskandar Yang Terkini

Views
KAK NAM- Kini pelawak terkenal Harith Iskandar sudah bergelar bapa hasil perkahwinannya dengan Jazamine. Bila Kak Nam lihat foto anak Harith ni, ada iras-iras dengan Harith.  Bagi perpatah melayu mana tidak tumpah kuahnya kalau tak ke nasi ye. Anaknya kini sudah masuk umur sebulan...Jom sama kita lihat foto baby yang comel 

Bekas Kekasih Mamat Sepah Dah Kahwin

Views
Kak Nam- Baru je Kak Nam paparkan isu Mamat Sepah kena penyakit aneh. Ini pula berita terbaru yang Kak Nam perolehi dari blog murai mengatakan yang bekas kekasih Mamat telah pun berkahwin secara senyap. Ahli kumpulan Butterfly , Nur Syuhadda atau Adda akui sengaja menyembunyikan majlis pernikahannya dengan seorang duda, Ridzuan Mohammad pada 30 Mac lalu daripada pengetahuan pihak media.



Mamat Sepah Derita Terkena Sakit Aneh

Views
KAK NAM- Pelawak Mamat Sepah 27 tahun yang dicungkil bakatnya dari satu rancangan realiti tv Rajalawak, kini sedang membuat rawatan kampung setelah mengidap penyakit aneh beberapa bulan yang lalu. Kak Nam turut simpati dengan Mamat walaupun sebelum ni dia telah menimbulkan pelbagai kontrovesi mengenai disiplin dirinya. Mamat sendiri tidak pasti apakah penyakit yang dialaminya. Dia hanya mampu berdoa agar kesihatannya cepat sembuh dan ingin kembali berkerja seperti biasa. 

Dira Abu Zahar Minta Maaf

Views
KAK NAM- Pasti semua tahu tentang kontroversi dimana seorang pengacara rancangan gosip popular telah memijak seorang wanita di pusat hiburan dengan kasut tumit tingginya. Oleh itu, satu blog popular dan sensasi telah membuat andaian bahawa pengacara tersebut adalah Dira Abu Zahar. Atas kesilapan besar yang telah dilakukan oleh blog tersebut sebelum ni, mereka telah bertanya sendiri kepada Dira tetapi Dira menafikannya dan dia mengatakan bahawa dia tiada masa ke tempat sedemikian.


Memey Cuba Jadi Isteri Terbaik

Views
KAK NAM- Jika dilihat semula perjalanan hidup pelakon rupawan ini, ia tidak semudah mata yang memandang. Sekuat kontroversi yang pernah menimpa, ia jelas menterjemahkan kekuatan luar biasa yang ada dalam diri Memey Suhaiza. Dengan bahasa lembut apabila bersuara, tiada siapa dapat menghitung ketabahannya dalam menempuh setiap dugaan.Menyifatkan perkahwinan bersama Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Nurhakim Zaidon memberikan sejuta kebahagiaan, wanita berusia 24 tahun ini tidak henti mengintai ruang untuk menjadi isteri yang terbaik.


Wednesday, April 4, 2012

Foto - Nurul Bakal Kahwin Mat Saleh

Views
KAK NAM- Menurut dari sumber yang kak nam perolehi, dengar kata Nurul bekas isteri kepada kumposer terkenal Ajai akan bernikah dengan lelaki mat saleh yang berasal dari France. Ada pihak yang mengatakan Nurul pergi ke Jabatan Agama Islam untuk mendaftar bakal suaminya itu masuk islam. Bakal suaminya ialah seorang businessman dan namanya adalah Mr. Eric Deep. Kalau korang nak tahu info selanjutnya tentang Eric Deep ni korang tekan sini.

Lagu Bawaku Pergi Nyanyian Zizan & Kaka Diharamkan

Views
KAK NAM- Sejak kebelakangan ini, lagu Bawaku Pergi nyanyian Kaka dan Zizan tiba-tiba hangat diperkatakan, apabila segelintir pihak mendakwa lagu terbabit menggalakkan remaja lari dari rumah.Pengharaman ini adalah jalan putus kerajaan untuk memastikan tiada lagi isu ‘panas’ yang dipersoalkan masyarakat mengenai lirik dan makna lagu yang boleh membawa kepada gejala tidak baik di kalangan remaja.



Gambar Fasha Sandha Di Paris

Views
KAK NAM- Baru-baru ini Fasha Sandha telah pergi ke Paris untuk pengambaran drama terbarunya Seindah Sakura. Apa yang Kak Nam tahu, drama ini akan di siarkan di tv3. Wah ! untunglah Fasha bekerja sambil bercuti di Kota Paris.. Mari kita saksikan aksi Fasha di Paris.

Aliff Selesa Dengan Anne

Views
KAK NAM- Dengan usia yang muda, Aliff Aziz 21 berasal dari Singapura telah menerina pelbagai kontroversi. Tetapi anak muda ini tidak cepat melatah malah dia berjaga-jaga untuk meneruskan bakatnya di sini. Mahu atau tidak, status selebriti yang ada pada Aliff membuatkannya terikat untuk lari daripada kisah peribadi yang dipaparkan secara meluas. Bertanya soal kontroversi mengaitkan dirinya, jelas Aliff, dia bersyukur kerana diberi dugaan secepat ini kerana awal-awal lagi sudah menjadikan semua itu sebagai pengajaran untuk memperbaiki diri.


Gambar Ika Nabila Dalam Hantu Susu

Views
KAK NAM- Ika Nabila, pelakon wanita yang semakin meningkat naik namanya di persada seni setelah bakatnya dicungkil dalam rancangan realiti tv. Kini dia sedang sibuk dengan pengambaran drama "Hantu Susu" yang akan disiarkan tidak lama lagi. Walaupun dilanda pelbagai gosip, dia tidak mudah melatah dan tetap teruskan kerjayanya sebagai seorang anak seni. Kak Nam nak paparkan pada peminat-paminat Ika Nabila foto terbarunya dalam pengambaran drama "Hantu Susu" yang telah diupload oleh Ika Nabila dalam laman twitternya..

Tuesday, April 3, 2012

Nadia Mustafar Disamun RM20,000

Views
KAK NAM- Lagi cerita artis disamun dan dirompak semakin menjadi-jadi sekarang. Adakah disebabkan undang-undang yang tidak setimpal membuatkan peragut dan perompak ini tidak takut untuk melakukan jenayah ini berulang kali. Sebelum ini kita dah dengar pelakon Hantu Kak Limah Balik Rumah disamun, lepas tu rumah Wardinah dirompak, malah rumah Mawi juga dimasuki penyamun. Kini pelakon wanita Nadia Mustafa pula disamun sebanyak RM20,000 di tempat letak kereta. Mari kita lihat cerita selanjutnya dari Mustafa sendiri..

Datuk K Tertekan Spekulasi Kahwin Rozita Che Wan

Views
KAK NAM- Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mendedahkan Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa atau Datuk K agak tertekan selepas timbul gosip kononnya suami beliau itu telah menjalinkan hubungan sulit dengan pelakon popular, Rozita Che Wan.


Lima Wanita Permainkan Cinta Amir (Raja Lawak)

Views
KAK NAM-  Pelawak Amir (Raja Lawak), 23, membuat keputusan untuk tidak mahu bercinta selepas lima kali dipermainkan oleh golongan wanita termasuklah seorang jururawat. Mari kita lihat komen Amir sendiri yang Kak Nam petik dari mStar bila ditanya soal cintanya..


Ada Pihak Mengatakan Dira Adalah Pengacara Yang Dikatakan memijak Seorang Wanita

Views
KAK NAM- Semalam keluar berita hangat dimana pengacara rancangan gosip popular  telah menyerang seorang wanita dan memijak muka wanita tersebut dengan kasut tumit tinggi. Kak Nam rasa pasti ramai yang berteka-teki siapakah artis tersebut. Oleh itu, ada pihak dari satu portul hiburan popular Rotikaya , telah membuat andaian bahawa pengacara tersebut adalah Dira Abu Zahar pengacara Melodi. Jom kita lihat cerita dari Rotikaya sendiri..

Gosip Hangat - Penyanyi Ugut Nak Bunuh

Views
KAK NAM- Menurut sumber yang Kak Nam perolehi dari akhbar metro, seorang kawannya bekerja di satu syarikat rakaman bersama dengan seorang penyanyi muda baru-baru ni. Apa yang membuatkan Kak Nam terkejut, apabila dapat tahu yang penyanyi ni adalah seorang psiko dan juga mempunyai sikap yang menakutkan disebalik mukanya yang selalu tersenyum dan nampak baik budi bahasa...Haa..siapalah agaknya penyanyi yang dimaksudkan tu ye...


Lagi foto Menarik Azza & Azlan

Views
KAK NAM- Hari ini Kak Nam nak paparkan lagi gambar-gambar menarik Azza Elite dan juga suaminya Azlan. Terdapat juga gambar-gambar hantaran dan wang  yang diberi oleh Azlan kepada Azza...jom sama-sama kita lihat. 

Safee Sali Sah Cerai

Views
KAK NAM- Pemain bola negara Safee Sali, pagi ini di metro keluar keterangannya dimana dia telah sah bercerai dengan isterinya. Bekas isterinya pula telah diberi hak untuk penjagaan anak. Kak Nam pun kadang-kadang tak paham dengan manusia sekarang..adakah disebabkan populariti membuatkan rumahtangga menjadi berpecah belah. Setahu Kak Nam, Safee sangat mencintai isterinya. Mungkinkah disebabkan orang ketiga ataupun disebabkan mereka duduk berasingan membuatkan masing-masing tidak sefahaman lagi..jom kita sama-sama lihat keterangan Safee Sali dari akhbar metro hari ini.

Monday, April 2, 2012

Majlis Family Day Kak Nam Setanding Family Day Dato Siti

Views
KAK NAM- Baru-baru ni Kak Nam telah mengadakan satu majlis sukaneka bersama  keluarga aka Family Day 2012 bersama keluarga Kak Nam. Begitu juga dengan penyanyi wanita tersohor negara Dato Siti Nurhaliza telah mengadakan majlis sukaneka bersama peminatnya di Bogor. Pagi tadi Kak Nam ada paparkan foto dimana Dato Siti Buat Family Day Di Bogor dan sekarang Kak Nam nak paparkan pula foto family day Kak Nam yang seakan-akan setanding dengan majlis Dato Siti. Bagus juga buat hari keluarga setahun sekali,kerana ini dapat mengeratkan lagi silatulrahim antara keluarga yang duduk jauh dan jarang kita jumpa. Jom lihat foto kat bawah ni...

Lagi Foto Perkahwinan dan pernikahan Azza Elite

Views
KAK NAM- Sungguh anggun sekali Azza semasa majlis pernikahannya dengan busana berwarna krim, nampakkan lagi keayuan Azza. Suaminya Azlan,sungguh kacak dan  sangat sepadan dengan Azza walaupun umur mereka jauh beza 9 tahun.Tetapi itu semua tidak menghalang mereka untuk berkahwin dan menjadi pasangan suami isteri yang sangat bahagia. Mereka berdua nampak sepadan sekali..

Foto Terbaru Ziana Zain Yang Bergetah

Views
KAK NAM- Keanggunan dirinya selalu mengundang rasa cemburu ramai wanita. Pada usia 40-an malah lebih tepat lagi bakal meraikan ulang tahun hari lahir ke-44 pada tanggal 2 Mei ini, penampilan Siti Roziana Zin@Zain, masih tetap ‘bergetah’! Sememangnya, dia amat menghargai tubuhnya itu sejak zaman remaja lagi namun sesudah bergelar isteri dan ibu kepada empat anak, Ziana (ZZ) melihat tiada alasan baginya untuk terus mengekalkan bentuk tubuh yang cantik.


Pengacara Tv Telah Memijak Seorang Wanita

Views
KAK NAM- Terkejut juga Kak Nam bila baca metro hari ini tentang pengacara rancangan gosip popular telah menyerang seorang wanita semasa menyambut hari lahir kawannya. Kalau menyerang mungkin Kak Nam tak berapa terkehut, ni tidak siap pijak muka wanita tu sekali dengan kasut tumit tinggi. Kalau korang nak tahu cerita selanjutnya..korang boleh baca petikan metro yang kak nam telah copy 100% dari akhbar metro  kat bawah ni...

Dato Siti Nurhaliza Buat Family Day Dengan Peminat Di Bogor

Views
KAK NAM- Dato Siti telah menyambut ulangtahun yg ke 17 bagi perjuangannya dlam industri seni semalam. Majlis tersebut telah diraikan di Indonesia bersama peminat-peminatnya di sana dan juga majlis beramah mesra dengan peminat anjuran Kelab Peminta Siti Nurhaliza di Bogor. Pelbagai acara dan juga sukaneka telah diadakan..jom sama-sama kita lihat foto lkemesraan Dato Siti dan pemintanya di Bogor...

Tahniah! Azza Elite Selamat Bernikah

Views
KAK NAM- Perbezaan 9 tahun umur antara Azza dan juga suaminya Azlan tidak menghalang mereka bercinta dan juga mendirikan rumahtangga. Inilah yang dinamakan jodoh...Pada majlis itu pihak lelaki memberikan sembilan dulang hantaran berbalas sebelas oleh pihak perempuan.Wang hantaran sebanyak RM10 ribu.Azlan yang merupakan pramugara AirAsia menambah selepas diijabkabulkan perasaan berdebarnya hilang dan mula berfikir untuk menjadi suami yang sempurna terhadap Azza.