Blogger-Blogger Femes

Saturday, April 21, 2012

Lufya Jawab Isu Zarina, Ketiak Basah Dan Diraba

Views
KAK NAM- Mengenai isu perang Zarina di dalam twitter tentang Lufya betul-betul membuatkan Lufya tercabar dan juga menjatuhkan maruahnya. Oleh itu, portal hiburan dari murai telah menghubungi sendiri Lufya dan mendapatkan komen darinya tentang isu tersebut. Mungkin ini dapat memberi jawapan kepada anda yang tertanya-tanya tentang kontroversi ini.


Lufya Jawab Isu Zarina, Ketiak Basah Dan Diraba

“Saya tidak ada maksud mahu menjatuhkan Zarina tetapi saya hanya mahu orang ramai tahu Lufya dan Zarina adalah dua individu berbeza.

“Saya tidak ada niat untuk mengaibkan mana-mana pihak. Kerana bukan sekali dua saya dimalukan di tempat terbuka dan saya tidak tahu menahu mengenai hal tersebut.

“Seperti kejadian di The Curve, saya diraba dan individu tersebut menyebut nama Anju. Mujurlah ketika itu tidak ada orang yang lalu lalang.

“Hal sebegini membuatkan saya mahu tampil menjelaskan keadaan sebenar tetapi saya tidak menyangka begini pula jadinya,” ujar Lufya yang kecewa niat baiknya disalah ertikan.

“Saya tidak peduli jika dia mahu mengutuk saya atau meletak gambar menunjukkan ketiak yang basah di Internet kerana itu sungguh tidak profesional dan kelakar.

“Hal ini tidak perlu diperbesarkan. Saya tampil dengan kenyataan sebegini bukan untuk mengaibkan dia.

“Tetapi jika dia berfikiran sedemikian, dengan menyalah ertikan maksud dan niat saya terpulanglah. Jika dia mahu mengaibkan saya itu di luar bidang kuasa saya,itu urusan dia dengan Allah.

“Saya cuma berharap dia lebih professional kerana industri hiburan kita bukannya besar mana, balik-balik akan berjumpa bertemu muka juga,” ujarnya lagi. (Murai.com.my)








2 25 komen terhebat!!:

  1. yg pasti lufya lg cun dr zarina pontianak tu.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak nam sokong...yang penting biar perangai yang cantik..

      Delete

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!