Blogger-Blogger Femes

Wednesday, April 11, 2012

Zed Zaidi Tak Sokong Artis Luar

Views
KAK NAM- Menurut apa yang Kak Nam tahu, Zed Zaidi tidak sokong kemenangan yang diperolehi Aaron Aziz dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian baru-baru ini. Adakah disebabkan dia cemburu dengan kemenangan Aaron membuatkan dia pertikaikan perkar tersebut.

Zed Zaidi Tak Sokong Artis Luar

"Saya hanya menyokong pemenang Anugerah Bintang Paling Popular itu jika artis itu adalah rakyat Malaysia dan saya juga tidak takut jika ada yang tidak bersetuju serta mahu menghentam saya dengan kenyataan ini.

"Saya bukan membenci Aaron Aziz, malah saya pernah bekerja dengannya dan saya tahu dia memang seorang pelakon yang hebat.

"Persoalan saya, bagaimana pula artis luar boleh diangkat ke peringkat lebih tinggi di negara ini, lebih-lebih lagi untuk anugerah yang berprestij seperti itu.

"Saya hanya membela nasib artis Malaysia, tetapi jika ianya berlaku sebegini ia seolah-olah telah menafikan hak artis Malaysia sendiri," tegasya 

"Terus-terang dalam luahan tidak puas hati saya itu, saya tidak tujukan kepada sesiapa secara khusus malah lebih kepada isu umum sebagai timbalan presiden Seniman.

"Bahkan ianya lebih tertumpu kepada artis luar dan bukan hanya pada Aaron Aziz dan anugerah tersebut sahaja. Terpulang pada persepsi orang untuk menilainya.

"Sebagai timbalan, saya perlu memperjuangkan serta menyuarakan nasib artis Malaysia supaya kerajaan sendiri mendengarnya.

"Bagi saya, kita perlu menyekat dan mengawal artis luar dari terus menguasai indusrti hiburan tempatan,"jelasnya lagi.

"Sebagai anugerah berprestij seperti itu, saya rasa mereka perlu mengkaji semula kategori atau sayarat kemasukan untuk artis luar negara.

"Jika mereka masih mahukan artis luar menyertainya, setidak-tidaknya adakan satu kategori untuk artis luar negara iaitu Bintang Paling Popular Luar Negara atau sebagainya," luahnya lagi.








kredit : murai

0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!