Blogger-Blogger Femes

Tuesday, April 10, 2012

Intan Lydiana Sanggup Tunggu Kamal Adli Melamar

Views
KAK NAM- Pelakon lelaki yang sangat popular dalam drama  Apa Celop Kamal Adli, berasa sangat kagum dengan kekasih hatinya Intan Lydiana kerana sanggup menunggu lamaran daripadanya. Intan Lydiana yang meningkat naik namanya setelah berlakon dalam filem Adhnan Sempit kini menunggu Kamal Adli untuk datang meminang setelah berpa tahun mereka telah menjalinkan hubungan kekasih. Mari kita lihat komen Kamal Adli yang dipetik dari mStar.



"Saya hormat pada Intan dan hargai pengorbanannya kerana sabar menunggu saya yang masih lagi membina karier untuk lebih kukuh.

"Malah dia juga tidak kisah dengan persoalan orang di sekeliling yang bertanyakan tentang bilakah tarikh perkahwinan kami," katanya.

"Kita nak jaga anak orang, jadi kalau boleh biarlah kita ada aset sedikit seperti rumah terutamanya, demi keselesaan bakal isteri.

"Saya juga mahu meyakinkan keluarga Intan yang saya boleh menjaganya," ujar Kamal.

"Memang kita tidak boleh nak elak daripada cakap-cakap orang, tetapi Alhamdulillah, kami saling mengenali antara satu sama lain dan faham dengan situasi yang berlaku.

"Harap-harap, jodoh kami panjang, doakan untuk kebahagiaan kami ya," tuturnya.








0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!