Blogger-Blogger Femes

Thursday, April 26, 2012

Zahida Rafik Jelaskan Hubungannya

Views
KAK NAM- Zahida Rafik yang kian disebut-sebut namanya setelah kontroversi dengan seorang menteri . Dia telah membuat kenyataan ringkas ketika ditemui sewaktu dia menghadiri satu majlis amal anjuran Persatuan Kebajikan Ikatan Ukhuwah di sini, semalam Bagaimanapun, dia yang popular menerusi lakonan dalam filem Kuliah Cinta dan Anak Mami The Movie enggan menghuraikan lebih lanjut mengenai pelbagai khabar angin yang wujud mengenai kononnya dia ada hubungan dengan Shafie.



‘Semua itu fitnah’

“Saya hanya mengenali menteri itu sebagai seorang pemimpin negara, tidak lebih daripada itu,” kata pelakon, Zahida Rafik mengenai dakwaan dia menjalin hubungan dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.

“Maaf, saya tidak boleh memberi sebarang penjelasan lanjut mengenai isu ini kerana semuanya sudah saya serahkan kepada peguam saya dan mereka menasihatkan supaya berdiam diri sehingga masa yang sesuai,” katanya.

ZAHIDA...enggan ulas hubungan dengan menteri.

“Bukan saya yang tulis surat itu. Semuanya fitnah semata-mata. Saya hairan dan pelik apabila saya dikatakan ada menulis surat terbuka di Internet. Ini semua bertujuan menjejaskan reputasi serta nama baik saya.

“Saya tidak menjangka akan terjerat. Sejujurnya, saya langsung tidak tahu siapa dalang yang memfitnah kononnya saya menulis surat itu. Semua itu fitnah dan saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan,” katanya. - sumber






2 25 komen terhebat!!:

  1. sabar la zahida rafiq..inilah dugaan sbgai artis kan kak nam=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl tu iyk syg..setipa manusia ada dugaan masing2.

      Delete

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!