Blogger-Blogger Femes

Tuesday, April 10, 2012

Mangsa Di Pijak Pengacara Kunci Mulut, Kasihan Nasib Marsha

Views
KAK NAM- Masih belum terungkai lagi siapakah pengacara yang telah membuatkan isu panas di kelab malam bergaduh dengan seorang wanita. Apatah lagi, sebelum tersebarnya laporan polis itu, Dira pernah menafikan bahawa pengacara yang dimaksudkan itu bukannya dia. Lantas itu, pengacara Propaganza, Marsha pula dituduh pengacara TV yang membuat tindakan jahat itu.



Mangsa Pukul Kunci Mulut, Kasihan Nasib Marsha

Bagaimanapun, sumber tertentu mempunyai makluman itu hanya menerima kiriman SMS dari kawan baik mangsa. Menurut SMS yang dikirimkan itu, mangsa setakat ini terpaksa kunci mulut atas nasihat yang telah diberikan oleh pihak guaman mangsa.


Menurutnya, dia akan bertindak dan muncul dalam waktu terdekat untuk memberikan kenyataan. Itu pun, selepas pihak polis dan penguam selesai menjalankan tugas.

Mangsa juga ada meninggalkan pesan dan menafikan pengacara yang dimaksudkan itu adalah Marsha. Malah, mangsa memberitahu amat kasihan dengan Marsha dan meminta agar semua pihak bersabar dan hentikan tuduhan terhadap Marsha.

Dalam pada itu, mangsa turut memberitahu bahawa laporan polis yang dikeluarkan itu memang benar dari pihaknya. Namun, dia merasa pelik bagaimana kenyataan itu boleh sampai ke pihak blogger tersebut.

Dalam erti kata yang lain, laporan asal itu masih lagi ditangannya dan dia langsung tidak memberikan laporan berkenaan kepada blogger itu. Oleh itu, blogger berkenaan hanya mendapat salinan laporan itu dari pihak yang tidak sepatutnya.

Untuk itu, pihak mangsa memberitahu agar semua pihak bersabar dan jangan membuat sebarang spekulasi yang boleh memudaratkan orang lain.







kredit : murai

0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!