KAK NAM- Seorang demi seorang kita dengar artis tanah air kita terkena penyakit misteri ataupun buatan orang. Adakah disebabkan industri kita sekarang ramai artis luar membuatkan artis yang lain cemburu dan susah untuk menaikkan nama mereka. Kak Nam harap perkara sebegini dapat dielakkan.
"Namun saya akui ianya merupakan pengalaman yang amat teruk, bila saya terpaksa dikafankan kerana selepas dikafankan saya telah memutahkan sejenis cecair dengan sangat banyak secara tiba-tiba.
"Ini hanya salah satu usaha saya untuk menyembuhkan penyakit yang saya hadapi. Saya hanya mencuba asalkan ianya tidak memudaratkan benar-benar mengikut perubatan Islam,"katanya
"Selepas pemergian arwah ayah, saya mula hilang semangat dan lemah. Disebabkan itu saya diberitahu perkara serta benda tidak elok senang masuk ke dalam tubuh saya.
"Mula-mula saya tak percaya langsung benda-benda santau ini, tapi bila sudah terkena pada diri sendiri baru tahu bagaimana.
"Bayangkan saya batuk sehingga dapat rasakan seperti mata saya bagai hendak terkeluar.
"Selain itu, saya juga pernah mengalami kaki bengkak macam belon sampai bangun pagi tak boleh jalan selain merasakan suatu gelombang yang sangat aneh di rumah. Masa itu saya ingin pergi ke teater Cuci The Musical.
"Selepas mencuba ubat doktor tidak berhasil, saya pergi lakukan perubatan Islam di Tapah dan saya terkejut apabila masa itu keluar sebatang jarum dari kaki dan ia kembali pulih selepas itu," luahnya lagi.
"Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa, tetapi apa yang berlaku ini saya anggap pembalasan Tuhan di dunia yang dibayar cash atas dosa lampau saya.
"Mungkin dosa itu datang daripada perbuatan tidak sengaja saya yang telah melukakan hati ibu bapa saya atau orang-orang tersayang saya yang lain. Namun saya terima dan rehda kepadaNya," tambahnya yang akur.
kredit :murai
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!