Blogger-Blogger Femes

Tuesday, April 3, 2012

Safee Sali Sah Cerai

Views
KAK NAM- Pemain bola negara Safee Sali, pagi ini di metro keluar keterangannya dimana dia telah sah bercerai dengan isterinya. Bekas isterinya pula telah diberi hak untuk penjagaan anak. Kak Nam pun kadang-kadang tak paham dengan manusia sekarang..adakah disebabkan populariti membuatkan rumahtangga menjadi berpecah belah. Setahu Kak Nam, Safee sangat mencintai isterinya. Mungkinkah disebabkan orang ketiga ataupun disebabkan mereka duduk berasingan membuatkan masing-masing tidak sefahaman lagi..jom kita sama-sama lihat keterangan Safee Sali dari akhbar metro hari ini.



Safee lafaz cerai


SHAH ALAM: “Alhamdulillah, semuanya sudah selesai,” kata Sabrina Yusof, bekas isteri penyerang Harimau Malaya, Safee Sali selepas Mahkamah Tinggi Syariah di sini, membenarkan permohonan pasangan itu untuk bercerai secara baik, semalam.

Sabrina, 30, ketika ditemui sejurus selesai prosiding tertutup itu berkata, dia mengharapkan perceraian itu menutup segala spekulasi berhubung kemelut rumah tangganya. 


SELESAI...Safee (kiri) dan Sabrina (kanan) keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, semalam.



“Ini kenyataan pertama daripada (mulut) saya. Saya harap supaya tiada cerita buruk selepas ini,” katanya yang berasal dari Kuching.

Menurutnya, meskipun tidak hidup bersama lagi, dia dan bekas suami sudah berjanji untuk mengutamakan kebajikan anak mereka.

“Hubungan saya dengan Safee akan kekal baik. Lagipun kami memiliki dua anak (Nur Syaza Syaqina, 4, dan Nursyasya Safirna, 2). Kami kena jaga perasaan mereka.









0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!