KAK NAM- Mungkin ramai yang tidak kenal dengan nama pelakon remaja Fatin Nur Afifah. Dulu dia popular dengan lakonan kanak-kanak dalam filem Tentang Bulan bersama pelakon Erin Malek. Selapas gosip liar tentang Erin Malek tersebar di semua blog-blog dan juga internet, kini timbul pula isu tentang Fatin Nur Afifah. Menurut beberapa keping gambar di internet, terdapat foto-foto liar antara Fatin Nur Afifah dengan seorang pengkid yang begitu mesra sekali. Memang tidak dinafikan lagi yang Fatin Nur Afifah berkasih dengan kaum sejenis. Anda boleh nilai sendiri apabila melihat foto yang Kak Nam paparkan di bawah..
Mari kita lihat komen Fatin Nur Afifah yang Kak Nam petik dari kosmo.
" Mengenai situasi yang sedang berlaku, saya pun terkejut kerana tiba-tiba nama saya disebut-sebut tapi dengan kontroversi yang menyakitkan hati."
" Tidak benar sama sekali! Saya sudah ada teman lelaki dan tidak pernah membuat tatu. Saya masih waras dan tahu pangkal agama saya. Mana mungkin saya melakukan perkara itu (sambil menunjukkan bahagian pinggang yang tidak bertatu). "
" Ini semua fitnah dan mengaibkan saya! Saya tak tahu bagaimana perkara ini tiba-tiba tercetus. Mungkin ada yang iri hati dengan saya. Tapi saya tidak menuduh sesiapa, sama ada kenalan atau teman rapat saya yang buat onar."
" Saya kenal dia dan dia kawan baik saya. Gambar-gambar yang tersebar di Internet diambil bersama kawan-kawan saya yang lain. Cuma yang membuat saya keliru, kenapa pula hanya gambar kami berdua yang disebarkan. Saya berkawan dengan semua orang dan tak pernah memilih kawan. "
" Saya tidak ada blog dan langsung tidak tahu cara untuk menulis blog. Makin keliru apabila saya dituduh menulis blog untuk menceritakan kisah cinta saya. Ketika membaca blog itu saya sekadar ketawa. Sekarang blog itu sudah dibuang dan tiba-tiba pula saya yang dituduh terlibat membuang blog itu sebab malu."
" Mula-mula saya menangis sebab tak tahan. Tuduhan ini melampau! Saya banyak mengadu kepada rakan-rakan baik saya. Selebihnya, keluarga saya yang banyak memberi motivasi untuk saya. Saya harus terima ini sebahagian daripada dunia seorang selebriti. "
" Saya pernah menyesal suatu ketika dahulu. Terlintas pada fikiran untuk berpatah balik tapi sudah terlambat kerana saya sudah masuk ke dalam industri. "
" Saya sudah membuat laporan polis baru-baru ini atas dasar menyebar fitnah dan mengaibkan saya. Saya juga telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia supaya membuang semua gosip yang mengaibkan saya itu. Saya nak buka buku baharu dan tak nak layan gosip murah sebegini. Saya akan fokus kepada dunia lakonan dan nyanyian. "
Anda semua sudah lihat foto-foto tersebut bukan? Mungkin ini semua adalah salah faham tentang foto tersebut.. Bagi anda yang ingin memberi pendapat dan juga pandangan tentang gosip ini, anda boleh tingglkan komen di bawah.
putt when i saw ur pic.. im fallin' for u..
ReplyDelete