“Saya belum dan tidak pernah berkahwin. Saya bukanlah seorang gadis yang sangat terdesak untuk menjadi isteri kedua dan saya pun pelik bagaimana gosip sebegini boleh tersebar.
“Mengenali Farahdhiya, saya bukan seorang yang suka berkongsi, biar barang-barang apatah lagi untuk berkongsi suami orang. Saya tidak pernah melihat sebab untuk saya mencari suami orang sebagai jodoh padahal umur saya masih muda. Lainlah kalau saya ini sudah lanjut usia, mungkin adalah juga kemungkinan itu.
Disebabkan hasad dengki, orang sanggup membuat cerita karut mengenai saya dan tidak memikirkan kesannya yang boleh mencalar maruah saya serta keluarga.
“Saya tidak ingin menuduh sesiapa kerana saya faham, berada dalam industri ini, ramai yang akan suka dan lebih ramai juga membenci saya. Namun, saya sedikit pun tidak terguris dengan pihak yang merasakan kononnya lebih banyak tahu mengenai diri saya berbanding diri saya sendiri.
“Saya juga ada perasaan, ada keluarga, mengapa perlu mewujudkan cerita yang tidak benar semata-mata mahu menjatuhkan saya? Tiada sebab untuk saya membuang masa memikirkan perkara sebegini sekarang kerana tidak memberikan apa-apa faedah pun,” bicaranya.
“Sebagai wanita, saya juga mempunyai perasaan malu untuk menghebahkan perkara sebegini dan biarlah ia menjadi hal peribadi saya juga. Jauh di sudut hati, siapa tahu, andai hubungan gagal, bagaimana untuk saya berhadapan dengan kesannya nanti? Lagipun, bukan saya yang pergi meminang lelaki berkenaan, sebaliknya dia yang akan berbuat demikian,” ringkas jawapannya.
kredit : metro
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!