"Saya sungguh terkejut dengan pemergian ayah yang akan menyambut ulang tahun yang ke- 50 pada 28 Mei depan.
"Ayah telah lelapkan mata untuk selamanya lebih kurang jam 12 tengah malam semalam. Waktu itu, arwah dan rakannya sedang duduk di kedai seorang temannya di sekitar Ampang Point.
"Tiba-tiba, ayah jatuh dan tidak sedarkan diri. Lalu, arwah terus dihantar ke Hospital Ampang Puteri oleh rakannya. Sejerus selepas itu, ayah telah disahkan meninggal dunia di situ," katanya.
"Selepas disahkan tiada, jenazah terus dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian mengejutnya.
"Ayah saya seorang peniaga dan sebelum ini dia tidak pernah mengalami sebarang penyakit yang kritikal. Malah, dia belum pernah dimasukkan ke hospital kerana sebarang penyakit," ujar Nadia sumber
Kepada sahabat Kak Nam yang mulia, marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada arwah bapa Nadia. Semoga rohnya dicucuri rahmat..amin...
P/S : Anda yang baik hati tolong vote sini ye...terima kasih!!
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!