Blogger-Blogger Femes

Friday, April 6, 2012

Marsha Kecewa Dikaitkan Dengan Isu Pengacara Pijak Wanita

Views
KAK NAM- Selagi belum selesai dan mengetahui siapakah gerangan pengacara yang telah memijak seorang wanita di pusat hiburan, selagi itulah ramai pihak yang berteka-teki. Termasuklah Marsha juga terkena tempiasnya. Marsha juga adalah seorang pengacara dalam satu rancangan gosip di astro dan dia juga dikaitkan. Oleh itu, pihak murai telah menemui  Marsha dan mendapatkan komen dari Marsha sendiri..Mari kita lihat komen Marsha...



"Dari sudut posiitif, jadi orang mula tahu bahawa saya sekarang menjadi pengacara untuk rancangan gosip. Maksudnya kontroversi sebegini sedikit sebanyak membantu, tetapi kalau difikirkan balik kelakar juga.

"Orang ramai tahu umur saya bukan 28 seperti yang didakwa dan saya berani untuk menolak dakwaan tersebuti kerana ketika kejadian itu berlaku saya berada di set penggambaran telemovie Hantu Susu 2 di kawasan sekitar Kampung Baru.

"Untuk pengetahuan ramai, saya sudah lama tidak berkunjung ke kelab malam untuk berparti melainkan jika ada undangan ataupun acara yang memerlukan saya ke tempat sebegitu," jawab Marsha mengenai kontroversi yang mengaitkan namanya.









0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!