Blogger-Blogger Femes

Friday, April 20, 2012

Gosip Hangat - Pelakon Kanak-kanak Pandai Merokok

Views
KAK NAM- Menurut sumber yang Kak Nam perolehi, pelakon ini umurnya baru setahun jagung tapi berani mati dan yakin yang dia sudah cukup besar. Isu ni terbongkar apabila satu sumber telah menghadiri majlis pelancaran projek dari sekolah artis tersebut dan majlis tersebut dibuat dalam hotel mewah.

afro, black and white, blunt, boy, closeup

Sebab terlalu lama menunggu, sumber tersebut pun pergi satu sudut bersama wartawan yang lain ke tempat merokok dan berbual sambil menemani kawannya merokok. Tiba-tiba datang pula seorang budak kecil ini dan meminjam pemetik api tanpa segan silu.

Oleh kerana majlis itu hanya dihadiri teman media dan rakan artis, lantas si sumber beranikan diri bertanya kepadanya apa tujuan dan siapa dia di majlis itu. Rupa-rupanya budak itu adalah bekas peserta sebuah program realiti mencari penyanyi di kalangan budak cilik. Sumber bertanya berapa usianya dan dengan yakin dia menjawab yang dia masih lagi bersekolah di tingkatan empat. Terus si sumber menyergah mengapa dia berani merokok. 

Tanpa bersalah dia menjawab yang dia tidak suka menjadi hipokrit dan menipu semata-mata statusnya sebagai seorang artis. Budak kecil itu pun tanpa bersalah berdiri di situ dan menghabiskan rokok tanpa mengambil kira apa yang disembangkan tadi. Dia meminta agar merahsiakan perangainya yang merokok kerana bimbang ibu bapanya akan bising. - sumber

Kak Nam rasa pelik juga kerana budak zaman sekarang langsung tidak rasa takut dan bersalah bila melakukan kesalahan. Malah mereka ni rasa bangga kerana boleh buat perkara yang kononnya seolah-olah dia sudah dewasa. Apa pandangan anda semua??









0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!