Blogger-Blogger Femes

Friday, April 13, 2012

Rita Rudaini - "Terima Kasih Atas Segalanya"

Views
KAK NAM- Kemelut yang berlaku dalam rumah tangga pelakon jelita, Rita Rudaini Mokhtar, 36, dan suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 25 kini berakhir dengan penceraian. Pergolakan dalam rumah tangga mereka sudah pun menemui noktahnya apabila Aidil memfailkan perceraian ke atas Rita dan memaklumkan tindakan itu kepadanya menerusi SMS, baru-baru ini. Mari kita lihat luahan hati Rita Rudaini yang di petik dari akhbar metro. 

BAKAT...Rita berlakon untuk menyara anak-anak.

“Saya reda jika ia sudah ditakdirkan dan tertulis dalam hidup saya. Saya tidak takut untuk hidup sendirian tanpa seseorang di sisi kerana selama ini pun saya sudah biasa hidup berdikari bersama anak-anak.

“Saya juga ingin ucapkan terima kasih pada Aidil atas segala-galanya kerana beri saya dua cahaya mata sepanjang hidup bersama dulu. Terus terang sebagai wanita saya dambakan seorang suami yang matang dan mampu menjadi pelindung saya dan anak-anak dan bukannya lelaki yang lemah. Malah, saya berkahwin dulu pun bukan kerana harta dan wang ringgit sebaliknya ingin mencari cinta dan kasih sayang daripada seorang suami.


Foto

“Soal Aidil memfailkan perceraian pula, saya sudah serahkan kepada peguam yang sudah dilantik untuk berbincang lanjut mengenainya termasuk hak penjagaan anak-anak kami selepas ini,” katanya.

“Keluarga saya tidak pernah campur tangan dalam urusan rumah tangga kami, sejak awal lagi. Apa pun keputusan yang saya buat, keluarga tetap menyokong asalkan ia baik untuk saya dan anak-anak.

“Kali pertama rumah tangga kami bermasalah dulu, keluarga saya beri pandangan supaya saya buat yang terbaik demi masa depan anak-anak,” katanya.


Foto

“Sebenarnya, saya susah nak menangis dan tidak akan menangis depan anak-anak kerana saya tidak mahu nampak diri saya lemah. Kalau saya lemah, bagaimana saya akan menjaga mereka dan membesarkan mereka dengan sempurna?

“Kadang-kadang saya terfikir mungkin Allah s.w.t anugerahkan saya dua anak lelaki untuk menjadi pelindung dalam hidup saya kelak,” katanya.



Foto

“Saya memang tidak boleh hidup tanpa anak-anak dan tiada siapa pun yang boleh pisahkan kami bertiga. Saya sanggup ‘shooting’ siang dan malam demi menyara anak-anak. Selama ini pun saya yang mencari rezeki untuk diri sendiri dan anak-anak. Apapun, saya sudah buat persediaan awal termasuk dari segi pendidikan dan masa depan anak-anak supaya terjamin kelak,” katanya.

“Sepanjang kami berkahwin, saya sudah menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dengan baik. Malah, saya hanya terima tawaran berlakon jika dia mengizinkannya.

“Malah, saya sanggup dipulau pihak media ketika kami bernikah di Thailand dulu. Semuanya saya lakukan demi cinta dan kasih sayang yang cukup ikhlas padanya. 

“Justeru, saya pernah bertanya kenapa perkara ini berlaku dalam rumah tangga kami? Namun, saya percaya, Allah beri ujian pada hamba-Nya yang terpilih dan mampu untuk memikulnya,” katanya.


Foto

“Sempena sambutan hari jadi tahun ini, saya berdoa semoga hidup saya dan anak-anak lebih bahagia. Saya harap tiada lagi masalah yang kami hadapi seperti sebelumnya,” katanya.


Bukan saja Rita yang tidak dapat menahan tangisan, anak sulungnya, Rayyan yang ‘melekat’ dalam dukungan ibunya juga meragam dan kerap menangis ketika majlis berlangsung seolah-olah anak kecil itu turut mengerti penderitaan yang ditanggung ibunya.







0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!