Blogger-Blogger Femes

Thursday, April 19, 2012

Aida (Gadis Melayu) Tidak Anggap Penyakit Jantung Anak Sebagai Beban

Views
KAK NAM- Aida atau nama sebenarnya Khairul Noormaaidah Zali berkata, tekanan itu menjadi semakin kurang apabila dia menganggap perkara itu adalah ujian daripada Tuhan selain bersyukur anaknya semakin pulih sejak menjalani pembedahan pada tahun lalu.



"Tipulah kalau saya tak rasa sedih dan tertekan, namun saya tidak anggap pun penyakit Eirdeena sebagai satu bebanan. Sebaliknya, saya reda dengan ujian.

"Sepatutnya saya perlu lebih bersyukur sekurang-kurangnya Eirdeena ada potensi untuk sembuh jika nak dibandingkan dengan kes-kes kanak-kanak yang mempunyai penyakit yang tidak dapat diubati langsung.



"Saya dan suami (Mohd, Saiful Nizam Ismail) juga bersyukur kerana kami masih lagi mampu untuk menanggung kos perubatan," katanya 

"Eirdeena mungkin akan dibedah pada masa akan datang bergantung kepada aliran darah ke paru-paru yang menggunakan tisu homograf semasa pembedahan sebelum ini.

"Apa-apa pun, saya akan memastikan dia diberi ubat mengikut masa yang ditetapkan dan saya mengambil langkah mencari maklumat mengenai penyakit anak saya ini, sekiranya berlaku apa-apa kepadanya. Saya dan suami juga mencuba kaedah perubatan tradisional," ujarnya.








kredit : mStar

0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!