KAK NAM-
Sejak penyanyi wanita popular ni bertukar imej dengan memakai tudung, Farah Asyikin 32 tahun kini sudah menukar kerjaya pula dalam bidang perguruan. Dia kini menjadi guru sepenuh masa di sekolah antarabangsa Cempaka Damansara di sini, sejak 19 Mac lalu. Dia amat gembira kerana dapat melakukan sesuatu pekerjaan baru dalam mendidik kanak-kanak.
"Saya pun tak sangka yang kini saya merupakan seorang pendidik. Alhamdulillah sudah sebulan saya mengajar dan anak murid saya semua menyenangi pengajaran yang dibuat," katanya
"Saya faham ada yang berkata wanita Islam tidak dibenarkan menyanyi, saya juga pernah tertanya-tanya tentang hal tersebut. Tetapi selepas mendapatkan penjelasan daripada seorang ustaz, ia dibolehkan, tetapi ada batasnya.
Farah sedang mengajar anak-anak muridnya
"Sebagai contoh, jika dahulu saya sering menyanyi diiringi dengan para penari, kini tidak lagi. Biarlah pentas itu kosong, asalkan ia tidak mencacatkan penghijrahan saya," tegasnya
"Jujur saya katakan, lagu ini mengisahkan pengalaman hidup cinta saya. Harap-harap para peminat akan menyukai lagu ini yang akan dikeluarkan tidak lama lagi," katanya.
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!