KAK NAM-
Semalam kita sudah digemparkan dengan satu gosip dimana Rita Rudaini 36, telah diceraikan oleh suaminya melalui pesanan ringkas (sms). Oleh itu, Rita akan pastikan hak penjagaan anak berpihak kepadanya.Rita berkata, sejak empat tahun mendirikan rumah tangga, dia sukar mendapat kebahagiaan sebaliknya segala susah dan senang dikongsi bersama anak-anaknya iaituAirit Rayyan Rizqin,3, dan Airit Rafqa Arjuna yang kini berusia sepuluh bulan.
Rita sebak ketika dikerumuni para wartawan ketika bercerita kisah hidupnya dengan Aidil Zafuan Abd. Radzak. Foto LOW BOON TAT.
“Saya menanggung susah dan senang bersama anak-anak saya. Mereka lebih memahami penderitaan yang saya tanggung. Saya akan pastikan mereka akan berada di bawah penjagaan saya sekiranya jodoh saya dengan Aidil tak panjang,” ujarnya
Rita ditemui pada sambutan majlis ulang tahun kelahirannya ke 36 tahun yang jatuh pada Rabu.Ia diadakan dengan penuh meriah berkonsepkan warna hitam di Hotel Royale Chulan di sini.
Rita meniup lilin pada kek hari lahirnya yang ke-36 tahun tanpa suami di sisi.
"Saya sudah bertahan terlalu lama dan berita Aidil mahu menceraikan saya sedikit pun tidak mengejutkan. Lagipun dia sudah tidak pulang ke rumah hampir empat bulan.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Aidil kerana berkongsi hidup dengan saya selama ini sehingga kami mendapat dua orang anak," ujarnya.
“Aidil ada bertemu dengan anak-anak baru-baru ini. Kami tidak lari daripadanya tetapi dia yang meninggalkan kami,” katanya.
Rita menambah dia telah berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka sejak hari pertama mendirikan rumah tangga tetapi disebabkan terlalu banyak campur tangan pihak luar, mereka terpaksa menerima hakikat untuk berpisah.
kredit : mStar
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!