Blogger-Blogger Femes

Friday, April 13, 2012

Elfira Loy Dikatakan Suka Menunjuk-nunjuk

Views
KAK NAM- Elfira Loy 18, seorang pelakon remaja yang kini semakin meningkat naik popular  setelah bakatnya dulu dicungkil dalam rancangan kanak-kanak Tom-Tom Bak ketika umurnya berusia 11 tahun. Elfira Loy yang ditemui pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) Ahad lalu, nyata bergaya sakan dengan persalinan daripada Rizman Ruzaini bersama sepatu Yves Saint Laurent dan tas kepit Dior menyerlahkan aura seorang selebriti dalam dirinya. Mari kita lihat komen Elfira dan juga foto semasa ABPBH 2011 yang Kak Nam petik dari twitternya.


"Sejujurnya saya tiada niat lain selain memuaskan hati sendiri dan saya lebih selesa menempah persalinan untuk diri saya daripada minta ditaja.

"Bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi saya paham dengan keadaan diri saya yang kecil dan agak sukar bagi pereka untuk menaja saya.







"Lagipun, selepas itu pasti baju yang dibuat khas untuk saya itu susah untuk dijual semula atau dipakai orang lain kerana saiz yang kecil.

"Kerana itulah saya lebih suka menempah dan dalam masa yang sama baju itu menjadi milik saya.



"Negara kita pun ada ramai pereka fesyen yang hebat dan saya suka untuk menyimpan hasil rekaan mereka," ujar Elfira Loy yang gemarkan rekaan daripada Rizman Ruzaini dan Wanpa.



"Sekarang saya mahu merasa memakai benda yang saya suka, lagipun ini adalah hasil titik peluh saya.

"Tidak semua saya habiskan untuk bergaya, cuma saya sudah tetapkan sejumlah wang sebagai rewardkepada diri sendiri," jawab Elfira Loy yang memandang Fazura sebagai idolanya kerana gaya berfesyen pelakon terkenal tersebut.







0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!