Mari kita lihat komen Dira semasa temubual dengan wartawan murai di ABPBH 2011 semalam..
"Saya sudah berada di dalam industri hiburan bukan setahun dua dan saya tak terus menjadi artis, malah pernah juga bergelar wartawan.Jadi saya faham serta menghormati kerja rakan media yang hanya menjalankan tugas mereka.
"Bila perkara kontroversi ini datang kepada saya, apa yang perlu saya lakukan hanya redha dan senyum saja apabila berhadapan dengan sesiapa termasuk juga pihak media.
"Kerana saya tahu siapa saya dan saya tidak akan mudah melatah dengan perkara seperti ini. Lebih-lebih lagi saya tidak pernah menyangka akan dikaitkan dengan perkara yang begitu dahsyat seperti ini.
"Apa yang penting saya boleh menanganinya dan bersyukur kerana ada keluarga serta suami yang sangat memahami," katanya tetap tenang.
"Memang pihak pengurusan sudah merancang untuk melaksanakan perubahan ini.Kerana sekarang bukan saya dengan Zizan saja yang mengacarakan Melodi tetapi Awal Ashari sekali. Jadi jadual kami akan bergilir-gilir.
"Tak ada isu saya direhatkan kerana semua ini urusan pihak pengurusan TV3 dan saya tak ada hak untuk menghalang.
"Bagi saya biarlah kita jadi orang yang tak faham, asalkan jangan salah faham. Tak mengapalah. Mungkin ada hikmah di atas semua kejadian ini," katanya dengan nada merendah diri.
Kredit : murai
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!