Blogger-Blogger Femes

Thursday, April 19, 2012

Zaibo Terasa Hati Dengan Nak Tiri

Views
KAK NAM- Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd Hamid, 56, berkata, kadang-kala perasaan terguris dengan sikap anak-anak yang masih belum matang itu wujud tetapi ia harus dibuang agar seorang bapa itu tidak berperangai seperti budak-budak. Zaibo baru mendirikan rumahtangga selama dua tahun dan mempunyai 9 orang nak tiri. 




“Saya mengaku, di awal perkahwinan, saya agak sukar untuk berhadapan dengan keletah anak-anak tiri yang masih kecil kerana saya tiada pengalaman mempunyai anak sebelum ini. Anak-anak yang dah dewasa tiada masalah kerana mereka pandai membawa diri dan ada pula yang sudah berkahwin

“Tetapi syukurlah saya mempunyai isteri yang banyak membantu serta mengajar saya bagaimana untuk mengendalikan anak-anak berdasarkan kepada pengalaman yang dia lalui,” katanya

“Saya gembira dalam masa empat bulan selepas kahwin, hubungan saya dengan anak-anak tiri saya menjadi rapat terutama sekali empat orang anak yang berusia dari empat hingga 11 tahun,” katanya.

“Suasana selepas berkahwin amat berbeza. Percaya atau tidak, saya dan isteri akan bergilir-gilir buat kerja dapur. Selepas pergi ke pasar, kadang-kadang saya yang masak. Kalau saya penat, dia pula yang sibuk di dapur. Menarik sangat pengalaman kami ini,” katanya. - sumber









2 25 komen terhebat!!:

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!