Blogger-Blogger Femes

Thursday, April 5, 2012

Mamat Sepah Derita Terkena Sakit Aneh

Views
KAK NAM- Pelawak Mamat Sepah 27 tahun yang dicungkil bakatnya dari satu rancangan realiti tv Rajalawak, kini sedang membuat rawatan kampung setelah mengidap penyakit aneh beberapa bulan yang lalu. Kak Nam turut simpati dengan Mamat walaupun sebelum ni dia telah menimbulkan pelbagai kontrovesi mengenai disiplin dirinya. Mamat sendiri tidak pasti apakah penyakit yang dialaminya. Dia hanya mampu berdoa agar kesihatannya cepat sembuh dan ingin kembali berkerja seperti biasa. 


"Saya sudah mula rasa penyakit aneh ini sejak beberapa bulan lalu. Saya sentiasa akan rasa lemah ketika waktu magrib sehingga ke malam dan telah menyebabkan saya tidak boleh tidur.

"Namun setelah berjumpa dengan doktor, saya hanya diberikan vitamin dan disahkan tidak mempunyai penyakit yang serius.

"Terus-terang, seumur hidup, saya tidak pernah mengalami rasa sakit sebegini sehingga apabila apa jua makanan yang masuk ke mulut saya akan rasa pedih seperti menelan kaca. Saya harap sangat saya dapat kembali sihat seperti biasa," katanya

"Ramai pihak termasuk orang yang mengubati saya di kampung berkata dia melihat saya seperti sudah terkena buatan orang dan orang itu adalah orang yang paling baik dan rapat dengan saya.

"Saya tidak mahu mempercayai sepenuhnya jangkaan mereka kerana saya sendiri tidak dapat bezakan orang disekeliling saya sedang bermusuh dengan saya atau tidak.

"Selama ini, saya bahagia apabila bersama rakan-rakan, cuma saya tidak tahulah jika ada musuh dalam selimut," luahnya lagi.

"Saya terpaksa menolaknya kerana saya takut saya tidak dapat berikan yang terbaik disebabkan gangguan penyakit yang saya alami.

"Saya pun baru sahaja habis dubbing untuk filem animasi Bola Kampung. Itu pun saya mengalami kesukaran untuk melakukannya kerana suara saya seakan-akan hilang dan susah untuk keluar dengan baik.

"Jadi kini lebih baik saya tumpukan pada perubatan saya dahulu dan selepas kembali pulih baru saya dapat meneruskan kerja-kerja lain," jelasnya yang berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru untuk menjalani perubatan tersebut.

"Sejak apa yang berlaku, saya jadi takut untuk keluar dan berjumpa dengan orang awam.

"Saya hanya sentiasa ditemani oleh pembantu peribadi saya sahaja kerana saya takut diancam oleh pihak-pihak yang kurang senang lagi.

"Saya harap sangat kehidupan saya akan kembali normal seperti sebelum ini,"tambahnya,








kredit : murai

0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!