“Saya bimbang dan gusar kisah-kisah sebegini akan menenggelamkan cerita mengenai perkembangan kerjaya seni dan album yang kini berada di pasaran.
Maklumlah, penghijrahan saya atas restu ibu bapa yang ingin melihat saya berjaya dalam lapangan ini. Itu janji saya dan pastinya saya tidak mahu semua impian itu musnah hanya kerana kisah cinta.
“Saya akui akan perasaan saya. Saya memang ingin mengenali Anne dengan lebih rapat kerana peribadinya yang membuatkan saya selesa. Bayangkan, sejak berpindah ke Kuala Lumpur awal tahun lalu untuk memberikan tumpuan kepada bidang nyanyian, Anne satu-satunya teman rapat yang menemani saya dan membantu saya dalam pelbagai perkara.
“Selain pihak syarikat rakaman, Sony Music yang menjaga hal ehwal saya, Anne adalah insan yang sering menemani saya di kala sunyi dan rindu akan keluarga di Singapura. Kami berkenalan ketika sama-sama berlakon drama Antara Kita pada Januari lalu dan hubungan itu kekal baik hingga kini. Saya menghormati pendirian dan peribadi Anne kerana pada saya, dia adalah wanita paling sabar dan cekal.
“Tidak sekadar berkongsi minat dan cerita, Anne banyak mematangkan saya terutamanya dalam hal membabitkan kerjaya kerana dia jauh lebih berpengalaman.
Saya sendiri kagum dan sentiasa seronok kerana berpeluang mengenali seorang wanita sebaik dirinya,” katanya.
“Kelakarnya, saya boleh menjadi begitu akrab dengan kesemua anak Anne. Itulah yang membuatkan saya tambah seronok kerana hilang juga rasa rindu pada keluarga apabila selalu bersama Anne dan keluarganya di sini,” katanya.
“Drama Antara Kita memang titik permulaan buat saya sebagai pelakon. Tidak langsung saya terfikir akan menjadi seorang pelakon dan tidak sesekali saya rasa ada bakat terpendam. Namun itulah rezeki dan saya bersyukur kerana ada pihak meletak kepercayaan itu kepada saya. Insya-Allah selepas ini saya akan muncul lagi dalam satu lagi drama siri dan masih mempertimbangkan beberapa lagi tawaran lain yang datang.
“Selain itu saya juga ingin kembali menyambung pengajian di peringkat diploma atau ijazah dalam jurusan Kejuruteraan Muzik. Mana tahu ada rezeki saya ingin sekali melebarkan empayar menjadi seorang komposer dan memiliki studio sendiri,” katanya.
“Tidak sekadar berkongsi minat dan cerita, Anne banyak mematangkan saya terutamanya dalam hal membabitkan kerjaya kerana dia jauh lebih berpengalaman.
Saya sendiri kagum dan sentiasa seronok kerana berpeluang mengenali seorang wanita sebaik dirinya,” katanya.
“Drama Antara Kita memang titik permulaan buat saya sebagai pelakon. Tidak langsung saya terfikir akan menjadi seorang pelakon dan tidak sesekali saya rasa ada bakat terpendam. Namun itulah rezeki dan saya bersyukur kerana ada pihak meletak kepercayaan itu kepada saya. Insya-Allah selepas ini saya akan muncul lagi dalam satu lagi drama siri dan masih mempertimbangkan beberapa lagi tawaran lain yang datang.
“Selain itu saya juga ingin kembali menyambung pengajian di peringkat diploma atau ijazah dalam jurusan Kejuruteraan Muzik. Mana tahu ada rezeki saya ingin sekali melebarkan empayar menjadi seorang komposer dan memiliki studio sendiri,” katanya.
Kredit : metro
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!