Blogger-Blogger Femes

Friday, April 20, 2012

Erra Fazira Sambut Birthday Anak - Tak manjakan Engku Aleesya

Views
KAK NAM- Sejak bergelar isteri dan ibu kepada Engku Aleesya, pelakon terkenal Erra Fazira mengakui dia memang memperlahankan aktiviti seni untuk memberi fokus pada rumah tangganya dengan suami. Malah, pemilik nama sebenar, Fazira Wan Chek, 36, ini mengakui karier seninya juga jatuh nombor dua apabila sudah berumahtangga. Baru-baru ini Erra telah menyambut hari lahir anaknya Engku Aleesya secara kecil-kecilan serta dihadiri anggota keluarga dan teman rapat serta rakan artis bersama anak masing-masing iaitu sahabat baiknya, Datin Paduka Umie Aida dan Wan Khatijah.




“Saya tidak melihat kenapa kita perlu meraikan hari jadi anak secara besar-besaran kerana dia masih kecil dan tidak ingat pun apa yang berlaku ketika itu.

“Justeru, saya putuskan untuk menyambut majlis hari jadi Aleesya di kelas gimnasiumnya saja kerana selepas habis kelas, dia boleh terus meniup lilin dan memotong kek hari jadinya bersama kanak-kanak lain di situ. 

“Apa yang penting, saya ingin buat Aleesya gembira pada hari jadinya. Senang nak buat kanak-kanak gembira kerana yang penting ada kek hari jadi dan lilin untuk ditiup. Kalau sudah dikelilingi kawan-kawan, kanak-kanak selalunya lupa ibu bapa mereka ada di situ,” katanya sambil ketawa.



“Emran tidak dapat hadir kerana dia terpaksa bertugas pada hari berkenaan. Tapi, Emran sudah meraikan hari jadi Aleesya dengan kawan-kawan di sekolah, sehari sebelumnya. 

“Saya juga tidak memanjakan Aleesya dengan hadiah mahal kerana apabila ada duit lebih, saya akan menabung di bank untuk masa depannya,” katanya. 

“Saya tidak ingin terlepas saat penting dalam hidup Aleesya kerana dia memang cepat besar dan semakin petah bercakap. 

“Saya sudah masukkan Aleesya ke kelas ‘Play Club’ sejak usianya 2 tahun. Apabila usianya hampir 3 tahun, Aleesya belajar di kelas gimnasium supaya dia senang mendengar arahan yang diberikan. 

“Saya percaya semua ibu inginkan yang terbaik untuk anak�nya. Selalunya, memang sudah rutin saya yang akan menidurkan Aleesya tapi apabila saya sibuk, tugas itu diambil alih pembantu rumah pula. 

“Saya akui Aleesya selalu menagih perhatian saya ketika berada di rumah dan baru kembali dari bekerja. Ayat kegemarannya apabila dengan saya di rumah ialah ‘Come, I Show You’. Selain itu, Aleesya juga suka dengar lagu Nursery Rhyme iaitu A,B,C di laman YouTube dan i-Pad. Tapi, Aleesya memang pemalu dengan budak lelaki. Perangainya memang sama ketika saya masih kecil dulu,” katanya. - sumber








2 25 komen terhebat!!:

  1. agak2 anak erra ni dah leh baca surah pendek macam 3 Qul ... doa2 harian yang senang2 tu...nmpk mcm terlalu pentingkan pendidikan duniawi je kak erra..

    ReplyDelete
  2. itu kak nam tak boleh nak komenlah sebab tanggungjawab Erra sebagai ibu memang patut bagi anak ajaran yang lebih penting..kita doa sama-sama agar Erra buat yang terbaik ye..

    ReplyDelete

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!