Apa yang Kak Nam tahu, Aru berminat dengan gaya rambut ni sejak umur 18 tahun lagi dan ia amat merumitkn untuk dijaga dan mencucinya.
"Berlainan pula dengan saya kerana saya akan mencucinya menggunakan vakum untuk menyedut habuk-habuk yang melekat pada rambut.
"Kemudian saya mencuci menggunakan syampu khas agar rambut tidak busuk. Lagipun, perlu diingat, mahu bergaya macam mana sekalipun rambut itu, sebagai seorang Islam, menjaga kebersihan diri amatlah penting kerana ia dapat menghindarkan kita daripada penyakit.," katanya.
"Mujurlah kerja-kerja saya banyak dihabiskan pada waktu malam kerana tubuh badan akan kurang berpeluh berbanding siang.
"Jujur saya katakan, bukan mudah untuk menjaga rambut dreadlock yang panjang seperti saya," jelasnya.
"Memang saya tak pernah nak mengubah gaya rambut ini kerana selain selesa, imej sebegitu menunjukkan dirinya masih lagi setia memperjuangkan kumpulan Koffin Kanser, muzik Groove Metal dan Reggae," ujarnya ringkas.
kredit : mStar
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!