Blogger-Blogger Femes

Wednesday, February 29, 2012

Liyana Jasmay Bakal Bertunang Dengan Jiran

Views
KAK NAM- Menurut sumber yang Kak Nam perolehi daripada mstar, pelakon dan penyanyi yang cukup popular Liyana Jasmay 23 tahun telah membuat pengakuan  akan bertunang dengan jirannya yang juga seorang ahli perniagaan Fathuddin Mazlan pada bulan depan. Menurut sumber,Liyana telah pun menerima cincin daripada lelaki tersebut. Jom kita lihat komen Liyana...

Foto Anak Erra Fazira,Engku Eleeysa Yang Terbaru

Views
KAK NAM- Mungkin ramai ang dah lihat foto terbaru anak Erra yang dah besar. So, bagi siapa yang belum lihat lagi boleh lah lihat sama-sama. Memang comel anak Erra Fazira. Jom kita lihat fotonya yang Kak Nam ambil dari twitter Erra...

Foto Terbaru Nurul Selepas Solo

Views
KAK NAM- Nurul Huda atau dikenali sebagai Nurul kini semakin cantik dan menawan. Bekas isteri kepada penyanyi dan komposer terkenal Ajai kelihatan lebih seksi dari sebelum bergelar solo. Semasa temubual dengan akhbar Nurul kata dia pasang badan bukan untuk pikat lelaki tapi hanya untuk memuaskan hatinya. Yelah,betul juga kata Nurul tu..Kak Nam sutuju sangat. Perempuan mana yang tak nak kelihatan cantik ye tak? oklah jom kita lihat fotonya...

Foto Anak Sharifah Sofia

Views
KAK NAM- Sudah lama kita tidak dengar cerita dan perkembangan pelakon wanita yang jelita dan menawan Sharifah Sofia. Mungkin ramai yang rindukan lakonan beliau..Oleh itu Kak Nam nak kongi pada uolls semua foto Sharifah Sofia dan anak perempuannya yang sangat comel..

Tuesday, February 28, 2012

Jawatan kosong terkini

Views
KAK NAM - Hari ini terdapat lagi jawatan kosong kerajaan..kalau korang nak cuba nasib bolehlah try ok. Selamat berjaya..

Suami Nadia Mustafar kena belasah di Club

Views
KAK NAM- Menurut sumber yang Kak nam perolehi dari Mediamalaya, suami kepada seorang pelakon yang bernama Nadia telah dipukul di pusat hiburan. Nak di jadikan cerita, suami kepada Nadia adalah seorang pengarah. Dengar kata dia pergi ke pusat hiburan adalah untuk berbincang hal filem pada lewat malam. Hazil Izham Ismail, 38, dibelasah 20 orang lelaki bersenjatakan botol kaca dan kayu sehingga patah tulang pipi kanan dan terseliuh bahu kirinya.

Tahniah! Mawi & Ekin Dapat Anak Perempuan

Views
KAK NAM- Syukur dan tahniah Kak Nam ucapkan kepada pasangan yang popular Mawi dan Ekin selamat bergelar papa dan mama. Menurut sumber yang Kak Nam perolehi daripada Gua.com, Ekin telah selamat melahirkan anak perempuan pada pukul 4 pagi tadi di hospital Pakar An-Nur di Bangi. Berat bayi comel mereka ialah 2.8kg masih belum diberi nama yang sesuai. 

Jehan Miskin Rahsiakan Hubungan Cinta

Views
KAK NAM- Menurut Jehan dia bukan nak merahsiakan hubungan cintanya tetapi dia tidak mahu mengembar-gemburkan hal cinta. Melalui pengalaman cintanya yang sebelum ini telah membuatkan dia lebih berhati-hati dalam soal hati dan cinta. Malah pelakon kacak itu turut menyifatkan hubungan tanpa pengetahuan umum lebih mudah dan selesa untuk diri dan pasangannya.

Yana Shamsudin tunggu keputusan

Views
KAK NAM- Pelakon wanita yang kian melonjak namanya dipersada seni,Yana Shamsudin kini rezekinya mencurah-curah selepas bakatnya menonjol di dalam filem Adnan Sempit dan Bini Biniku Gangster. Tetapi satu isu telah melandanya dimana dia dikatakan lakonannya tidak sehebat seperti mula-mula berlakon. Lakonan Yana dikatakan tidak menonjol dalam setiap filem dan drama yang dilakonkan. 

Monday, February 27, 2012

Gaya Selebriti Di Majlis Yusry Dan Lisa

Views
KAK NAM- Sekali lagi Kak Nam nak ucapkan tahniah kepada pasangan sejoli Lisa Dan Yusry kerana selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz. Bila dah majlis besar-besaran selebriti dibuat mesti ramai kawan-kawan seperjuangan dalam bidang seni pun turut hadir. Oleh itu, Kak Nam nak paprkan pada korang semua foto-foto menarik artis yang hadir pada majlis tersebut yang kak nam dapat dari sumber GUA.Com..

Korang mesti tengok Adnan Sempit 2 Kelakar habis.

Views
KAK NAM- Mungkin sekarang ni ramai yang nak pergi tonton filem Adnan Sempit2. Dulu Adnan sempait yang pertama telah mendapat sambutan yang hangat dan kini muncul pula yang ke2. Memang tak dinafikan lagi Adnan Sempit2 juga lagi hebat dan kelakar yang bolehkan korang semua pecah perut dan tak kering gusi melihat lawak yang dibuat. 

Jawatan Kosong Terkini

Views
KAK NAM- Hari ini ada lagi jawatan kosng kerajaan yang Kak nak nak share dengan korang semua. Bagi siapa-siapa yang nak cuba nasib kerja dalam kerajaan boleh lah apply. Manalah tahu rezeki korang kan..Semoga berjaya...

Foto Anak Siti Sarah & Shuib Yang Terbaru

Views
KAK NAM- Sudah lama kita tak dengar cerita pasal Siti Sarah dan anaknya. Kini anaknya sudah berusia 3 bulan. tahniah Kak Nam ucapkan kepada Shuib dan Sarah kerana dikurniakan seorang putera yang sangat comel,Uwais Al Qarni. 

Wardina Kata Dia Lebih Cantik Dari Jenifer Lopez

Views
KAK NAM- Wardina Safiah kini telah menceburkan diri dalam bidang motivasi. Baru-baru ni wardina telah pergi ke Alor Gajah,Melaka untuk memberi motivasi minda kepada orang-orang di sana. Wardina telah mendakwa yang dia lebih cantik dari J.Lo sorang pelakon dan model Hollywood terkenal. Jom kita lihat kenapa dia berkata begitu...

Debaran ABPBH kian Terasa

Views
KAK NAM- DEBARAN Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 semakin terasa dengan bermulanya siri jelajah pertama di kompleks beli-belah SACC Mall, Shah Alam, semalam.

Tasha Masih Pergi Club

Views
KAK NAM- Satu demi satu kontroversi dan gosip yang melanda Tasha Shilla tapi dia hadapi dengan tabah demi kerjayanya dan rezeki yang semakin murah. Sebelum ni keluar pelbagai gsip yang melandanya seperti, dikatakan lesbian,ada sugar dady, sombong dan baru-baru ni isu tarian ghairah plak. Kak Nam tak nak cakap banyak jom kita lihat komen Tasha sendiri..

Sunday, February 26, 2012

Jawatan kosong terkini

Views
KAK NAM- Hari ini Kak Nam ada lagi jawatan kosong yang nak share dengan korang semua. So,kalau korang berminat nak cari kerja boleh lihat kat bawah ni..good luck ok...

Gosip Hangat - Pelakon Lelaki Buaya Darat

Views
KAK NAM- Menurut sumber yang Kak Nam perolehi, seorang pelakon lelaki ni buat perangai tak senonoh. patutlah masa lakonannya yang pertama dalam sebuah filem tak menjadi,rupanya dia seorang buaya! Boleh tahan juga dia menangis bagai nak rak bila ditinggalkan kekasih dalam filem tu. Dengar kata,pelakon buaya ni bersungguh-sungguh pujuk bekas kekasihnya untuk kembali bersama balik dalam laman sosial. Wah! kalau ikhlas nak pujuk bukan kat dalam laman sosial lah En buaya oi...konon nak bagi satu dunia tahu yang dia tu seorang romeo. Meluatlah Kak Nam dengar cerita macam ni. Kak Nam rasa korang mesti tahu siapa yang Kak Nam maksudkan.

Anzalna Kecut Perut

Views
KAK NAM- Pelakon wanita yang semakin meningkat namanya,Anzalna 24 tahun dapat mencuri tumpuan peminat sejak dia masuk ke bidang seni. Anzalna adalah bekas finalis Dewi Remaja bersama Izara Aisha dan Neelofa. Bila orang dah cantik cepat je namanya naik dan dikenali ramai bila pengarah-pengarah tak melepaskan peluang untuk mengambil pelakon dalam filem mereka. Jom kita lihat komen Anzalna kenapa dia kecut perut.

Foto Selebriti Di Karnival Jom Heboh,MITC

Views
KAK NAM- Pada 25 & 26 Feb telah berlangsungnya Karnival Jom Heboh yg ke 10 tahun di MITC,Ayer Keroh Melaka. Mesti ramai oarang-orang melaka yang datang beramai-ramai memeriahkan lagi karnival tersebut. Kak Nam juga tidak ketinggalan ke Jom Heboh untuk merasai kemeriahan selebriti kita berkerja keras untuk memuaskan hati peminat. Sepanjang Kak Nam di sana semalam,Kak Nam sempat mengambil beberapa foto artis terkenal. 

Foto Nikah Ana Raffali Dan Suami

Views
KAK NAM- Tahniah Kak Nam ucapkan kepada penyanyi wanita popular Ana Raffali kerana selamat bergelar isteri. Bakatnya yang dicungkil dari laman youtube telah membuatkan dia popular di persada seni ini. Suaminya Ahmad Aznaim telah terpaut dengan sifat Ana Raffali yang ikhlas dan membuatkan hatinya terbuka mengambil Ana Raffali sebagai teman hidup. Jom kita lihat foto mereka yang Kak Nam ambil dari sumber media malaya..

Saturday, February 25, 2012

Azza Nak Ajak Bakal Suami Buat Umrah

Views
KAK NAM- Setelah 6 tahun Azza hidup solo dengan pelbagai dugaan tapi sekarang dia telah bertemu kebahagian dengan seorang jejaka yang kacak,Azlan. Kak Nam dapat tahu yang Azza akan menamatkan zaman bujangnya pada 28 April dengan jemputan seribu tetamu. Majlis jamuan pula akan ditaja oleh Mydin Mall cawangan di Ipoh. Tahniah Kak Nam ucapkan kepada Azza dan Azlan. 

Pelakon Muda Nak Suntik Punggung & Payudara

Views
KAK NAM- Hairan juga Kak Nam bila dapat tahu dari sumber mangga pasal seorang pelakon muda ni. Menurut dari sumber,pelakon muda ni ada niat nak suntik bagi membesarkan payudara dan punggungnya untuk nampak lebih mantap.Kalau ye pun nak jadi tumpuan pengarah untuk dapat job tak payahlah sampai nak suntik sana sini. 

Gosip Hangat- Pasangan Artis Remaja Yang Over

Views
KAK NAM- Ada sumber yang mengatakan ada sepasang kekasih artis remaja ni terlalu over sampai tak tahu nak hoemat orang yang ada sekeliling. Apa yang Kak Nam tahu pasangan sejoli ni dengan selambat bermadu kasih seperti orang yang dah kahwin di sebuah restoran. Menurut cerita yang Kak Nam perolehi dari sumber,dia betul-betul meluat dan geram lihat pasangan artis tersebut, 

Friday, February 24, 2012

Lagi- Video dan foto nikah Lisa dan Yusry

Views
KAK NAM- Hari ini kak nam rasa mesti penuh di akhbar-akhbar dan juga blog hiburan yang sensasi akan keluar cerita pasal pernikahan Yusry dan Lisa semalam. Kak Nam pun apa lagi tak lepaskan peluang nak update semua cerita pasal dorang ni. Ok, sekarang Kak Nam nak share kat korang foto masa Yusry sarungkan cincin pada Lisa lepas selamat di ijab kabulkan. Kak Nam juga ada paparkan video mereka..jom kita lihat sama-sama. Kak Nam dapat sumber ni dari blog sensasi Izyan...

Foto Lisa & Yusry Semasa Majlis Pernikahan

Views
KAK NAM- Semalam Lisa telah selamat menjadi isteri Yusry dengan sekali lafaz. Lisa dengan berpakaian serba putih kelihatan sungguh anggun sekali. Tahniah Kak Nam ucapkan kepada kedua mempelai ini. Kak Nam doakan agar Lisa dan Yusry hidup bahagia hingga ke akhir hayat. Jom kita lihat foto di majlis pernikahan mereka.

Yusry, Lisa Surihani selamat diijab kabul

Views
KAK NAM- Tahniah Kak Nam ucapkan kepada pasangan yang baru bergelar suami isteri, Yusry Dan Lisa Surihani. Hanya dengan sekali lafaz, pengarah filem terkenal Yusry Abdul Halim, 38, sah menjadi suami kepada pelakon wanita popular, Lisa Surihani Mohamed, 26, dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Marriott, semalam.

Thursday, February 23, 2012

Foto Linda Jasmine Hamil Anak Ke-3

Views
KAK NAM-  Kini Linda Jasmine sedang sarat mengandung anaknya yang ke-3. Kandungannya kini sudah masuk 6 bulan. Ai..diam tak diam nak masuk 3 orang anak LInda dan suami,Que. Apa yang Kak Nam dapat tahu dari sumber Izyan. Linda dan juga suami tidak merancang untuk menambah anak. Tapi dah rezeki Tuhan nak bagi mereka terima dengan tangan terbuka dan bersyukur. Dan mungkin ini adalah anak terakhir kerana mereka ingin tumpukan pada kerjaya.

Wajah Zoey Sekarang Macam Botox

Views
KAK NAM- Memang sekarang ni banyak kita dengar cerita pasal artis cocok sana sini untuk mencantikkan anggota badan. Sebelum ni isu tentang Ziana Zain dimana dia mengaku sendiri yang dia ada cocok tang hidung dan dagu bagi cantik. Tapi tak tahulah botox ke tidak. Bukan saja artis perempuan yang didapati membuat cocok-cocok muka ni, artis lelaki pun ada jah oi..salah satu artis yang Kak Nam lihat nampak ketara perbezaan wajahnya adalah Zoey. Kalau korang tak percaya jom kita lihat fotonya yang Kak Nam ambil dari twitter Zoey.

Jawatan Kosong Terkini

Views
KAK NAM- Hari ni kak nam ada update lagi jawatan kosong kerajaan yang terbaru. Tarikh tutup semuanya dalam 29 feb..so,kalau korang nak try kerja dalam kerajaan boleh apply cepat ok. Ada banyak lagi jawatan kosong kat SINI.

Anak Amir Ukay’s meninggal dunia

Views
KAK NAM- Takziah Kak Nam ucapkan kepada keluarga Amir Ukay's kerana telah kehilangan seorang insan kecil yang bernama Muhammad Imran,15 yang mengidapi masalah jantung sejak kecil. Arwah menghembuskan nafas terakhir waktu magrib semalam semasa perjalanan ke hospital. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah semoga rohnya dicucuri Rahmat. Kita lihat ulasan Amir sendiri...

Shila Dan Sharnaaz Tidak Sembunyikan Sikap Romantik

Views
KAK NAM- Seperti yang kita semua tahu bahawa Shila Amzah dan juga pelakon lelaki yang popular Shanaaz kini hangat dilamun cinta. Apa yang menarik tentang mereka, hubungan percintaan mereka tidak disembunyikan seperti artis-artis lain yang hanya ingin berselindung. Bukan tu je, Shila dan Shanaaz bersikap terbuka bila berkata soal hati masing-masing. Mereka juga sungguh romantik bila bersama dan tidak berselindung di mata umum. Jom kita lihat komen mereka..

Ana Raffali- Bapa Jadi Jurunikah

Views
KAK NAM- Bukan saja Lisa yang menghitung hari menantikan saat bergelar isteri, tetapi perasaan itu turut dikongsi bersama penyanyi yang cukup terkenal menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali. Bakal disatukan dengan pengurus peribadinya, Ahmad Aznaim Abdullah, pemilik nama penuh Ana Nur Hidayah Mohd Raffali ini memilih tarikh 25 Februari iaitu Sabtu ini sebagai hari pernikahan mereka.

Lisa Berdebar Tunggu Majlis Nikah Malam ni

Views
KAK NAM- Malam ini di sebuah hotel di pinggir Putrajaya, Lisa bakal diijabkabulkan dengan Yusry Abdul Halim atau Yusry KRU selepas setahun menjalin hubungan menerusi BBM (Blackberry Messenger).Tanyalah kepada mana-mana wanita, tidak ada saat yang paling indah, selain menantikan ketibaan hari diri bakal bergelar isteri. Begitulah juga perasaan Lisa Surihani apabila saat yang dinantikan itu akan menjelma tidak lama lagi.

Wednesday, February 22, 2012

Lisa Surihani Mandi Bunga & Khatam Al-quran Sebelum Nikah

Views
KAK NAM- Pada zaman moden sekarang pun ada juga artis yang mengamalkan mandi bunga sebelum kahwin. Apa yang Kak Nam tahu mandi bunga ni untk naikkan seri pada wajah. Mungkin Lisa nak wajahnya nampak berseri pada majlis yang gilang gemilangnya 23 Februari nanti. Menurut dari sumber mStar, Lisa Surihani telah mengikut kehendak ibu kesayangannya untuk mandi bunga,malam berinai dan khatam al-quran pada malam perkahwinannya nanti. Jom kita lihat komen Lisa...

Jawapan Sebenar Miera Tentang Hubungannya Dengan Sharizal.

Views
KAK NAM- Isu hubungan antara Miera dan juga Shahrizal nampaknya belum reda lagi. Hari ni di dalam akhbar Berita Harian yang Kak Nam baca memaparkan jawapan Miera yang sebenar tentang hubungan mereka. Pada sidang fotogarafi untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian, wartawan akhbar ini telah menemubual Miera dan iginkan status sebenar hubungan mereka. Jom kita lihat temuramah antara wartawan dan Miera.

Pelakon Veteran Kome Jatuh Di Bilik Air

Views
KAK NAM-  Datuk Yahya Sulong,85 tahun kini dikatakan dalam keadaan koma akibat terjatuh di bilik air rumahnya petang kelmarin. Menurut dari sumber yang Kak Nam perolehi, kejadia berlaku kira-kira pukul 4 petang dan disedari oleh isterinya Datin Alisa Ali,65 dimana terlalu lama suaminya di dalam bilik air. Jom kita lihat apa cerita disebalik kejadian ni..

Ika Rasa Selamat Dengan Wanita Kental

Views
KAK NAM- Ika Nabila,23 yang dulu dicungkil bakatnya dalam program realiti tv Akademi Fantasi 6 kini semakin meningkat naik dengan lakonanya yang mantap. Dalam kerjaya seni tidak sah kalau tiada kontroversi yang melanda. Ika yang akrab dengan wanita kental dikatakan seorang lesbian. Betul ke tidak Kak Nam tak boleh nak bagi penjelasan. Kalau korang nak tahu kisah sebenar baca komen Ika sendiri..

Foto Artis Hodoh Bila Pakai Seksi

Views
KAK NAM- Sekarang dah banyak kita lihat dekat akhbar dan juga majalah artis kita berpakaian terlalu seksi hingga menampak anggota badan yang tidak sepatutnya. Dorang kata kalau tak seksi nanti tak glamor sebab tak ada job yang nak panggil dorang. Betul ke komen yang dorang bagi tu?? Kalu nak glamor bukan pada keseksian wahai artis sekalian oi..tapi pada bakat tersendiri. Malas nak cakap banyak jom kita lihat..

Foto Mesra Johan As'ari & Anak Nabila

Views
KAK NAM- Hero dan juga heroin terkenal dalam drama Pelangi Kasih Johan As'ari dan Nabila Huda kini semakin mesra bersama. Oklah tukan..Nabila pun single boleh apa kalau korang couple tak ada masalah kot. Tapi bila lihat foto mesra dorang dalam twitter Nabila, Kak Nam tak pasti sama ada mereka betul-betul couple atau sekadar kawan rapat. Tentang tu kena tunggu dari mulut dorang sendirilah ye...Kak Nam tak berani nak komen. Jom kita lihat foto yang nampak kemesraan mereka...

Tuesday, February 21, 2012

Jawatan Kosong Terkini

Views
KAK NAM- Bagi siapa yang nak cari jawatan kosong dalam kerajaan korang bolehlah lihat kat dalam blog kak nam ni. Kak Nam akan update jawatan kosong kalau ada kekosongan nanti. So, hari ni kak nam akan update dulu jawatan kosong yang ada ok. Tapi sebelum tu korang keba lihat dulu tarikh tutupnya bila. Takut nanti korang dah submit tiba-tiba tarikh dah tutup. Ok..semoga berjaya.

Almy Nadia Terkena 'Air Kencing Puntianak'

Views
KAK NAM- Pelakon Almy Nadia mendakwa bahawa dia telah terkena air kencing puntianak semasa dia membuat mengambaran drama Cinta Buat Elmelda dan membuatkan mukanya menjadi bengkak dan menggerutu. Sampai macam tu sekali jadinya..menurut dari sumber mStar yang Kak Nam baca, Almy terkena kejadian tersebut semasa dia melakonkan babak dikafankan. Apabila dia mencuci make up dimuka,dia terkejut kerana mukanya berubah.

Ziana Zain Belum Rasa Nak Pakai Tudung

Views
KAK NAM- Menurut sumber yang kata baca dari akhbar metro, Ziana Zain yang berusia 34 tahun masih lagi mengancam seperti anak dara sunti. Itulah yang dikatakan oleh Ziana Zain bila bergelar artis semestinya  kelihatan cantik dimata peminat. Jom kita lihat foto dan komen Ziana Zain sendiri semasa sidang akhbar metro.

Monday, February 20, 2012

PANAS!!! Penyanyi Kumpulan Hip Hop Rogol Anak Tiri

Views
KAK NAM- Pagi ni Kak Nam terkejut bila terbaca dimuka depan akhbar metro yang menyatakan seorang penyanyi kumpulan hip hop telah didakwa merogol anak tirinya yang berusia 14 tahun. Kini penyanyi kumpulan yang popular itu telah ditahan polis di Gombak Jaya semalam. Menurut dari sumber,penyanyi popular yang berusia 37 tahun itu pernah berlakon filem dan telah ditahan selepas anak tirinya membuat laporan polis di Balai Polis Gombak pukul 11 malam semalam. 

Sunday, February 19, 2012

Foto Juliana Banos Waktu Kecil

Views
KAK NAM- Pasti ramai peminat kepada pelakon Juliana Banos yang merindui lakonannya. Sekarng ni kita pun dah jarang lihat Juliana Banos keluar dikaca Tv. Mungkin dia sibuk dengan bisnesnya kot..Kak Nam ada paparkan foto Juliana masa dia kecil kat bawah ni. So,kalau korang teringin nak lihat bolehlah lihat ok..enjoy!!!

Gosip Hangat - Suami Artis Popular Macam "Adik-Adik"

Views
KAK NAM- Ada satu gosip yang hangat Kak Nam dapat dari satu sumber tentang suami seorang artis yang lahir dari program uji bakat. Artis wanita tersebut nak dikatakan popularlah juga sampai media senang nak temuramah. Khabarnya, suami artis wanita itu masa lampaunya pernah tertarik dengan kegiatan seks kaum sejenis. Sejauh mana kebenaran gosip ini, Wallahualam.

Saturday, February 18, 2012

Foto Tiz Zaqyah Waktu Sekolah

Views
KAK NAM- Mesti korang semua nak lihat wajah Tiz Zaqyah masa dia remaja dan waktu sekolahkan? Tak banyak beza pun wajah Tiz antara dulu dan juga sekarang..Bagi peminat Tiz Zaqyah yang belum lihat lagi foto Tiz masa zaman sekolah jom kita sama-sama kita lihat.

Gosip Hangat - Seorang Pengarah Sentap

Views
KAK NAM- Seorang pengarah lelaki yang dikatakan sangat berbakat besar dan boleh jugalah Kak Nam katakan dia agak popular dan karyanya boleh pergi jauh. kebanyakkan cerita yang diarakan mempunyai kelainan dan pembaharuan. Kalau korang semua nak tahu,rupa-rupanya pengarah ni cepat sentap dan sensitif dengan media bila karyanya dikritik. 

Friday, February 17, 2012

Foto Farah Asyikin Bertudung

Views
KAK NAM- Tentu ramai peminat Farah Ashikin yang rindukan suara merdunya. Kak Nam pun dah lama tak dengar Farah Asyikin menyanyi. Sekarang pun dia dah senyap dan kuarng keluar di kaca tv. Kak Nam dapat tahu dia sekarang dah ubah imej bertudung. Kenapa sebabnya Kak Nam tak tahulah..mungkin dah terbuka pintu hatinya. Kak Nam tumpang gembira dan bersyukur sangat sebab artis kita sekarang seorang demi seorang dah mula bertudung. Mari kita lihat foto Farah Asyikin ....

Zul Hanya Seorang Pembancuh Kopi Sebelum Berlakon

Views
KAK NAM- Siapa yang tidak kenal dengan pelakon lelaki yang agak kacak,Zul Ariffin dan telah digosipkan dengan Abby Abadi dimana mereka telah berpisah tetapi dalam hati masing-masing masih mencintai. Zul akan muncul dalam filem Penanggal tak lama lagi dan tanpa menoleh kebelakang dia terus berusaha untuk menjadi pelakon yang hebat. Jom kita lihat kisah peribadi Zul Ariffin..

FOTO LUCU ERIN MALEK

Views
KAK NAM- Mungkin ramai yang kenal dengan pelakon remaja yang agak popular,Erin Malek. Kalau korang tonton drama Ashiteru di Tv9 mesti korang kenal punyalah dengan pelakon yang semakin naik ni. Hari ni Kak Nam nak paparkan foto lucu Erin yang agak sempoi dan cute dari Twitternya. Bagi siapa yang berminat nak lihat foto tersebut silakan....

Thursday, February 16, 2012

Luahan Hati Seorang Pembaca Kepada Dang Suria

Views
KAK NAM- Ini ialah satu email panjang lebar yang  Kak Nam nak paparkan untuk semua dari portul Beutifulnara . Senang cerita, email ini meluahkan rasa tidak puas hati seorang pembaca kepada Dang Suria yang bersikap agak biadap di matanya ketika rancangan OnAir malam tadi. Baca dan hayati luahan hatinya yang sungguh padu ini.

FIFFY NATASYA: 'BUKA TUDUNG' UNTUK GLAMOR??

Views
KAK NAM- Kalau korang tengok drama Vanilla Coklat mesti korang kenal siapa Fiffy Natasha ni. Yelah..kalau sebut nama mesti korang tertanya-tanya siapakan..so, Kak Nam akan paparkan foto dia. Dalam drama Vanilla Coklat dia memegang watak jadi sahabat karib Izara. Kalau korang semua nak tahu, Fiffy ni dulu seorang penyanyi nasyid kanak-kanak. So, nak glamor punya pasal dia sanggup buka tudung..jom sama-sama lihat foto Fiffy.

Foto Shanie Semasa Kecil

Views
KAK NAM- Mesti korang nak tahu macam manalah agaknya wajah Shanie semasa kecil..adakah saiz badannya sama dengan sekarang ataupun masa kecil dia kurus je. Hari ni Kak Nam nak paparkan foto Shanie semasa dia kecil. Memang comel sangat. Jom sama- sama kita lihat..

Foto Selebriti Di Sidang Media Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011

Views
KAK NAM- Sumber yang Kak Nam dapat dari portal selebriti sensasi  budiey telah memaparkan foto-foto selebriti terkenal tanahair di sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 pada petang semalam. Tujuan sidang media diadakan adalah untuk mengumumkan barisan pengacara, tema penganjuran, senarai artis yang akan buat persembahan dan juga selebriti yang akan menyampaikan anugerah di malam berprestij itu. Jom kita lihat foto-foto artis yang menarik.

Wednesday, February 15, 2012

Saiful Apek Positif Dadah

Views
KAK NAM- Pagi ni di muka depan metro tajuk utama, Urin Apek positif dadah. Terkejut Kak Nam dibuatnya..rasa Kak Nam dah banyak kali Apek kena tangkap tapi tak serik-serik lagi ke? Itulah kena tangkap pastu pihak polis lepaskan dengan ikat jamin mana manusia nak insaf dengan benda ni semua. Sepatutnya dengan kesalahan besar macam ni mereka diberi hukuman penjara beberapa tahun sepaya mereka boleh meninggalkan najis dadah ni. 

Tuesday, February 14, 2012

Foto Pertunangan Farhan Bekas Pelajar AF

Views
KAK NAM- Farhan dan tunangnya Ahmad Rashdan telah selamat bertunang pada pukiul 3.30 ptg semalam di The Flora, Ampwalk, Kuala Lumpur. Hasil persahabatan mereka selama 3 tahun telah membuatkan hati mereka untuk bersatu dan bersetuju untuk mengikat tali pertunangan. Pihak lelaki telah membawa 5 dulang hantaran iaitu kek cawan,buah anggur, bunga rampai, cincin pertunangan bersama wang pembuka hantaran, dan sirih junjung. Pemberian ini dibalas dengan tujuh dulang hantaran oleh pihak perempuan. Farhan menghadiahkan dua naskah Al-Quran, sejadah, coklat, kek cawan, kek, buah-buahan dan Sirih Junjung.

Najwa Latiff Dapat Beli Kereta Myvi Cash

Views
KAK NAM- Pasti ramai yang kenal dengan penyanyi yang cukup muda,Najwa Latiff. Najwa popular dengan lagu Cinta Muka Buku telah melonjak naik namanya di persada seni. Dengan menggunakan laman Youtube dia berjaya memikat hati seorang komposer untuk mejadikan dia seorang penyanyi terkenal. Umur yang baru mencecah 17 tahun dapat membeli kereta Myvi dengan cash hasil rezeki nyanyiannya yang mencurah-curah.Tahniah Kak Nam ucapkan..

Pejabat Khairul Fahmi Disimbah Cat Hitam.

Views
KAK NAM- Pagi ni dalam metro Kak Nam baca terdapat satu isu yang menggemparkan tentang Khairul Fahmi Che Mat (Apex). Menurut akhbar tersebut, pejabat Apex telah disimbah dengan cat hitam oleh orang yang tak berperikemanusiaan. Kak Nam rasa Apex mungkin ada musuh dengan kerjayanya yang sekarang ni makin menaik dan kontroversi yang semakin meletop. Ntah lah kak Nam pin tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Jom kita baca penjelasan yang sebenar...

Monday, February 13, 2012

Gambar Ika Nabila Minum Arak Di Pusat Karaoke

Views
KAK NAM- Belum reda lagi kontroversi Ika tentang hubungannya sejenisnya,kini dia dilanda dengan kontroversi lagi dimana fotonya yang sedang memegang segelas minuman keras telah tersebar. Nak tahu betul ke tidak jom kita lihat gambar Ika dan apa penjelasan yang diberikan. 

Kulit Nita Semakin Hitam Macam Dayang Senandung

Views
KAK NAM- Nita bekas kekasih kepada Zahid kini berkulit terlalu gelap dan hitam macam Dayang Senandung. Bila Kak Nam lihat foto terbaru Nita,dah tak macam orang Malaysia. Macam orang negro pun ada..kenapalah dia nak hitamkan kulit ye tak?Kalu korang nak tahu kenapa kulitnya semakin hitam disebabkan dia sering melakukan aktiviti lasak. Kalau ye pun tak kan hitam sampai macam ni sekali..kalau korang tak percaya apa yang Kak Nam cakap jom lihat foto dia kat bawah ni...

Foto Yusry Dan Lisa Surihani Test Makanan Kahwin

Views
KAK NAM- Menurut sumber dari mediamalaya, Yusry dan juga Lisa telah membuat "food testing" untuk majlis perkahwinan mereka nanti. Yelah,takut plak nanti timbul gosip yang mengatakan makanan majlis kahwin artis tak sedap. Bila dah jadi artis semua yang kita buat mesti nak yang terbaik untuk semua takot jadi kontroversi. jom kita saksikan foto mereka..

Saturday, February 11, 2012

Gosip Hangat- Pelakon Naik Angin Hanya Makan Nasi & Lauk Kari

Views
KAK NAM- Gosip ni Kak Nam dapat tahu dari portal hiburan sensasi mStar. Menurut portal tersebut,pada 5 Februari 2012 sumber tersebut telah menerima satu panggilan dari seorang pelakon lelaki yang popular. Pelakon lelaki ni sudah pun berkahwin dan isterinya pun artis juga. Nak dijadikan cerita, sumber tersebut tengah lepak-lepak kat rumah tiba-tiba dia terima satu panggilan telefon. Lepas tu pelakon ni pun ceritalah apa yang dia tak puas hati dengan seorang produser.

Friday, February 10, 2012

Foto Aliff Aziz Buat Perkara Tidak Senonoh Dengan Zarina Anjoulie

Views
KAK NAM- Tiada petir dan ribut, tiba-tiba aktres kontroversi Zarina Anjoulie menyuarakan rasa kemarahannya terhadap penyanyi, Aliff Aziz atas sebab yang tidak diketahui. Zarina menyebut bahawa Aliff Aziz telah kantol menipu dan meminta agar penyanyi berwarganegara Singapura itu meminta maaf daripadanya secara peribadi. Zarina turut menyebut bahawa dia tidak teragak-agak untuk membongkarkan kejadian yang berlaku pada ‘malam tertentu’ kepada pihak media, sekiranya Aliff Aziz tidak memberikan sebarang respon. Situasi tegang itu sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi dan tanggapan liar orang ramai terhadap mereka berdua.

Akhirnya Sharnaaz Dan Shila Amzah Mengaku Bercinta

Views
KAK NAM- Kisah cinta antara Sharnaaz dan juga Shila kini terjawab apabila mereka sendiri membuat pengakuan. Sharnaaz berkata, mereka sebenarnya masih lagi baru bercinta secara rasminya sebelum Anugerah Juara Lagu (AJL) selepas merasakan masing-masing memiliki keserasian dalam sesebuah perhubungan.

Aril AF7 Susah Lupakan Arawah Abang

Views
KAK NAM- Bekas pelajar Af7,Aril mengaku bahawa dia susah nak lupakan arwah abangnya ,Izwan Pilus yang telah meninggal dunia pada bulan lepas. Kak Nam dapat tahu cite ni dari sumber mStar. Aril kata dia memang akrab dengan arwah sampai dia tak dapat nak lupakan kenangan-kenangan bersama dengan arwah. Jom kita lihat apa isi hati Aril.

Video Dato' Siti Nurhaliza Berlatih Menembak

Views
KAK NAM- Pagi ni bila Kak Nam buka metro, Kak Nam lihat ada video Dato' Siti Nurhaliza berlatih menembak. Denagn Pakaian askarnya dia tetap nampak comel dan cantik. Mana taknye ..dah nama pun cantik tak make up pun cantik. Kak Nam malas nak citer banyak jom kita sama-sama lihat video kat bawah ni..

Thursday, February 9, 2012

Video - "Tanjat Maimon" Akan Dijadikan Filem

Views
KAK NAM- Menurut Afdlin ekoran populariti Datin Maimon yang dilakonkannya dalam sketsa-sketsa sewaktu bertanding dalam Maharaja Lawak menyebabkan dia kini sedang dalam persiapan untuk menghasilkan sebuah filem tentang karekter itu yang lucu dan diminati ramai. Jom kita lihat video masa Afdlin menjadi "Datin Maimon" dalam Maharajalawak Mega.

Foto Hero Vanilla Amir Dengan Kekasih

Views
KAK NAM- Kepada yang tak tahu, Aiman adalah hero dalam drama bersiri bertajuk Vanilla Coklat dan digandingkan bersama Izara Aishah pada setiap malam Selasa. Mungkin sebelum ini ramai wanita yang mengidamkan teman lelaki seperti Seth Tan, tapi kali ini watak yang dibawa oleh Aiman Hakim sebagai Amir dalam drama Vanilla Coklat pula semakin memikat para wanita diluar sana.

Foto Bakal Suami Lena AF9

Views
KAK NAM- Bekas pelajar Af9,Lena dikatakan akan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang jejaka yang bolehlah Kak Nam katakan kacak juga dari Sabah. Lena pun orang Sabah bah kan so, oklah tu dekat sikit nak balik raya ke. Kak Nam dapat tahu dari sumber OHbulan mengatakan yang Lena akan bernikah pada 3 Mac ni. Kalau betul tahniah Kak Nam ucapkan pada Lena.

Wednesday, February 8, 2012

Panas- Pekerja KFC Belasah Customer

Views
KAK NAM - Kepada semua yang setia singgah blog Kak Nam, terima kasihlah banyak-banyak ye. Blog Kak Nam ni tak adalah populat mana pun macam portal-portal hiburan yang dah sensasi tu.Oklah Kak Nam malas nak berleteh banyak-banyak..post Kak Nam kali ni tak ada gosip tentang artis. Asyik tentang artis je bosan juga. Balik-balik artis yang sama je buat kontroversi. Gosip kali ni pasal pekerja KfC yang agak kurang ajar jugalah. 

Tuesday, February 7, 2012

Foto Terbaru Memey Dan Norman

Views
KAK NAM-Gambar dibawah adalah gambar Memey Suhaiza hadir bersama suami tersayang Norman Hakim ke majlis anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan 2011/12 yang berlangsung minggu lalu. Nak kata Memey cantik Kak Nam rasa tak adalah kot..Abby Abadi lagi cantik. Tapi mungkin sifat Memey yang manja membuatkan Norman jatuh hati dengannya. Jangan rumahtangga ada orang ketiga lepas ni sudahlah ye Norman..jom kita lihat foto mereka.

Foto Awek Baru Hafiz

Views
KAK NAM- Sebelum Hafiz penyanyi lagu Awan Nano bercinta dengan Adira tetapi hubungan merela hanya sekerat jalan. Kini timbul plak gosip terbaru dimana Hafiz telah bertemu dengan kekasih hati yang baru. Cepat betul Hafiz dapat peganti yek? Bila dah macam ni Kak Nam rasa Hafiz dan Adira putus sebab orang ketiga kot. Apa yang Kak Nam dapat tahu dari sumber Ohbulan, kekasih baru Hafiz namanya Zahira Radzi. Kak Nam malas nak cakap banyak korang tengoklah sendiri foto kat bawah ni..

Foto Adira Peluk Anjing - Mohon Maaf

Views
KAK NAM- Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 22, berkata anjing yang dipeluk itu bukan miliknya tetapi kepunyaan ibu mertua kepada kakaknya yang berbangsa Cina di Sabah. Kalau ye pun tu bukan anjing sendiri kenapa mesti nak pegang. Kak Nam peliklah orang sekarang ni.yang islam pun dah jadi macam bukan Islam.

Ibrahim Ubati Rindu Ziela Pada Arwah Suami

Views
KAK NAM- Ziela Jalil seorang pelakon yang dulu cukup popular dengan lakonannya yang mantap dan muka yang manis. Kini namanya hampir pudar di persada seni. Bila dah kurang belakon,masa lapang lebih banyak dekat rumah. Bila dah sunyi tanpa kerja dan ktiadaan arwah suami. Ziela Jalil telah mengambil anak angkat
lelaki yang diberi nama Ibrahim Junid Abdullah sebagai pengubat rindunya kepada arwah suami, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.

Kisah Sebenar Tentang Kontroversi Apex

Views
KAK NAM- Sebelum ni kita digemparkan dengan kontroversi dimana Khairul Fahmi Che Mat bercinta dengan sorang perempuan yang cantik,Lieuniey. Oleh itu,semalam Lieuniey telah tampil membuat penjelasan yang kontroversi tersebut tidak benar sama sekali. Malah menurut Leuniey,dia tak penah bercakap pun dengan Apex ni kan pula berjumpa dan nak bercinta. Kak Nam pun pelik juga macam mana boleh dikaitkan antara Apex dan dia. 

Monday, February 6, 2012

Foto Dato' Siti Nurhaliza Bertudung Dulu Dan Sekarang

Views
KAK NAM- Dato' Siti Nurhaliza memang ramai yang tahu dia sangat cantik dan ayu. Walaupun tanpa make up Siti masih nampak manis. Bila Kak Nam lihat wajah Siti bertudung jauh lebih ayu dari wajah pakai tudung. So, apa kata Siti terus pakai tudung dengan cara yang betul. Bukan dengan cara sekarang yang hanya tutup rambut belakang, rambut depan di keluarkan. Jom sama-sama kita lihat foto tersebut..Kak Nam harap korang selesa ok.

Hans Dan Neelofa Makin Mesra

Views
KAK NAM- Dulu kita ada dengar gosip dimana Hans bercakap loghat kelantan. Hans cakap masa tu dia tersasul bukan sebab dia bercinta dengan Neelofa. Tak tahulah kalau komen tu nak sorokkan hubungan mereka.  Gosip yang terbaru ni plak Kak Nam dapat tahu dari sumber metro yang mengatakan melihat Hans dan Neelofa bersama masa malam pertama Lawak Ke, Der? di Istana Budaya.

Bapa Apex Kecewa

Views
KAK NAM- Khairul Fahmi Che Mat dilanda pelbagai kontroversi yang kebanyakkannya membabitkan hubungannya dengan perempuan.Kini kontroversinya telah membuatkan hati bapa kepada Apex,Che Mat terguris. Kalau dah membabitkan hati keluarga ni dah kira kes berat. Jom kita lihat kenapa hati bapa Apex terguris.

Sunday, February 5, 2012

Foto Seksi Chomel Fana

Views
KAK NAM- Pelakon dan pengacara Chomel Fana mengakui tidak lagi menjalinkan hubungan istimewa dengan Naib Presiden Produksi KRU Media, Russell Mark. Chomel berkata hubungan selama empat bulan itu hanya sebagai teman rapat. Hakikatnya dia menghormati lelaki kacukan Australia-Portugis itu sebagai ketua di bahagian penerbitan program yang di acarakannya iaitu Carta Blockbuster di KRU TV.
Kalau bab cinta, tak perlu lah kita persoalkan, memang banyak penafian daripada kejujuran. Hehe. Apa-apa pun kita enjoy dulu gambar Chomel dibawah ni.

Gosip Hangat - Ada Selebriti Goda Majikan

Views
KAK NAM- Nak tahu, Kak Nam dengar cerita ada seorang artis ni dia sanggup besarkan payu daranya untuk menggoda majikannya sendiri. Apa lagi,bila majikan tu dah digoda senang le kerja selebriti murahan ni mendapat nama dan pujian. Wah! zaman sekarang memang sanggup nak gadai maruah untuk popular. Kalau macam ni habis rosaklah semua gadis-gadis tempatan kita.

Gosip Hangat - Wajah masam mencuka tak dipanggil Datuk

Views
KAK NAM- Baru-baru ini, artis yang menjadi pujaan seantero Malaya ini menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk. Gembira sungguh artis itu kerana ramai kawannya yang lain pun sudah bergelar Datuk.Sesungguhnya Kak Nam tumpang bangga dan bahagia apabila artis turut dipandang tinggi masyarakat sehingga melayakkan mereka mendapat penghormatan yang sebegitu rupa.Selepas tahu yang artis itu baru saja memegang status baru, media telah mengaturkan janji temu dengannya untuk mengetahui perancangan kerjayanya sempena 2012 ini kerana artis ini sentiasa muncul dengan projek yang gempak.

Saturday, February 4, 2012

Johan As'ari Dan Nabila Huda Tengok Wayang

Views
KAK NAM- Sejak Nabila Huda dan Johan As'ari diganding bersama dalam drama Pelangi Kasih mereka sudah semakin rapat dan mesra. Sampai tengok wayang pun mereka pergi berdua. Oh! ini berita baik..manalah tahu mereka berdua ada jodoh ye tak? Bila Kak Nam lihat foto mereka semasa di pawagam untuk menonton wayang, mereka nampak sangat mesra seperti sepasang kekasih. Takkan bawa watak dalm Pelangi Kasih sampai ke luar lokasi kot. 

Artis Gile Meroyan Dengan Kekasih Lama

Views
KAK NAM- Sekarang ni dah banyak kita sengar cerita pasal artis yang baru ni lupa diri dan daratan. Masa mula-mula nak naik dulu,bukan main baik lagi. Senyum tak penah lekang dari bibirlah kata orang. Tapi bila dah popular,bukan kata senyum nak pandang kita pun sebelah mata je. Itu namanya artis yang tak sedar diri.Jom kita tengok siapa plak artis yang gile meroyan tu..macam-macam hal artis sekarang ni bila tak berapa nak laku yek..

Gosip Hangat - Artis Sombong Bodoh

Views
KAK NAM- Isu tentang artis yang lupa daratan ni dah banyak kali kita dengar. Tapi bila kita tak nak dengar diri kita ni masih sibuk nak tahu apa perkembangan artis tu. Kak Nam tak sangka plak yang ada seorang artis ni berubah tingkah laku. Nak kata artis ni terkena kejutan budaya tak juga sebab artis ni bukan baru nak hidup dalam industri hiburan.Kalau korang nak tahu artis ni baru menang satu pertandingan.

Friday, February 3, 2012

Khairul Fahmi Bercinta Dengan Tunang Orang

Views
KAK NAM- Lepas satu persatu kontroversi menimpa Khairul Fahmi Che Mat penjaga gol Malaysia yang cekap. Hari ni Kak Nam dapat tahu dari satu portul hiburan Ohbulan yang mengatakan Khairul Fahmi sedang hangat bercinta dengan tunang orang. Ops! betul ke apa yang Kak Nam tahu ni..Ntah la kita lihat apa ceritanya.Menurut sumber yang telah membuat akaun Twitter bernama @MahsiH2 telah menghebahkan pelbagai cerita mengenai Apex di laman Twitter-nya sejak semalam. Antara tuduhan yang dibuat ialah Apex telah memutuskan hubungan dengan Dahlia Teck dan kini bercinta dengan seorang gadis bernama Leuniey.

Tahniah! Mawi Bakal Bergelar Bapa

Views
KAK NAM- Mawi mengesahkan isterinya Ekin bakal melahirkan anak sulungnya pada hujung Februari ini. Kak Nam ucapkan tahniah kepada Ekin dan juga Mawi.Sekarang Ekin telah sarat mengandung 9 bulan dan menuggu masa untuk bersalin Akhirnya tercapai juga hajat mereka untuk menimang cahaya mata. Kak Nam doakan semoga Ekin selamat bersalin dan mendapat seorang anak yang soleh dan soleha.

Foto Pra Perkahwinan Fasha Sandha

Views
KAK NAM- Mesti ramai yang nantikan tarikh perkahwinan artis yang penuh dengan kontroversi,Fasha Sandha. Dulu dia menafikan yang kononnya dia tidak bercinta dengan Jejai. Tup..tup..Kak Nam dengar dia nak kahwin rupanya. Siap dengan foto pra perkahwinan gitu. Kenapa mesti nak sorok sesuatu hubungan tu. Bila dah terbongkar rahsia mulalah nak gelabah dan tuduh media macam-macam. Artis sekarang ni susah nak percaya sangat..

Safee Bergelar Jutawan Bola Sepak

Views
KAK NAM- Safee Sali hari ini telah menandatangani kontrak selama 2 tahun bersama Pelita Jaya.
Pengurusnya, Zakaria Rahim mengumumkan bahawa kontrak itu termasuk pakej bernilai lebih RM2juta untuk selama 2 tahun termasuk pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai dibayar oleh kelab dan tiket pergi balik ke Kuala Lumpur yang disediakan oleh Kelab dan penghormatan sebagai Ketua Pasukan Pelita Jaya FC.

Foto Terbaru Vanida Imran

Views
KAK NAM- Vanida Imran bekas pengacara Nona merasa gementar kerana digandingkan dengan suaminya,Rashidi  dalam filem Untuk 3 Hari arahan Afdlin Shauki yang diadaptasi daripada novel popular Ahadiat Akashah. Lebih menarik, pasangan suami isteri itu juga melakonkan watak sepasang kekasih dalam filem terbitan Tarantella Pictures yang pernah mencetuskan fenomena menerusi filem Ombak Rindu karya Osman Ali, sebelum ini. Jom kita lihat foro Vanida yang sentiasa ayu ini..

Shahrizal Masih sayangkan Miera

Views
KAK NAM-  Shahz Jaszle, 23, yang kini mahu dikenali sebagai Shahrizal dibelenggu tanda tanya kenapa secara tiba-tiba kekasihnya, Miera Liyana, berubah hati. Miera namanya melonjak naik sejak isu kontroversi dimana dia memakai pakaian yang menampakkan anggota tubuh seolah-olah ingin membuat satu kontroversi tentang hubungan dengan Shahrizal. Takkan popular dengan kontroversi je dik oi...ni bukan kerjaya lakonan namanya. Jom kita baca apa luahan hati Sharizal..

Thursday, February 2, 2012

Update - Peminat Tuduh Shila Amzah Pembunuh!

Views
KAK NAM- Seorang peminat yang menggunakan nama samaran @kami_anti (kami anti Shilaamzah) menimbulkan kekecohan di lama sosial twitter apabila menuduh penyanyi jelita, Shila Amzah sebagai pembunuh.Menurut pemilik akaun Twitter tersebut, dia membuka akaun itu semata-mata mahu meluahkan perasaannya dan serta merta menuduh Shila Amzah sebagai penyebab kematian rakannya.

Foto Bakal Suami Ana Rafali

Views
KAK NAM- Penyanyi yang popular dengan lagu "Kalau Berpacaran",Ana Rafali 26 tahun telah mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga dengan kawan baiknya sendiri yang dikenali sejak tujuh tahun lalu. Jejaka  bertuah yang berjaya memikat hati Ana Rafali ialah Ahmad Aznaim Abdullah (Naim), 29 seorang jurugambar bebas. Perkenalan mereka bermula ketika Ana masih belajar di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. Naim sering memuatkan gambar yang dirakam dalam laman webnya.

Watie Mengaku Sudah Nikah!

Views
KAK NAM- Kontroversi yang hangat mengatakan Watie adalah seorang perampas tidak mematahkan semangat Watie untuk teruskan kerjayanya dalam lakonan. Kononnya menjadi perampas, menyembunyikan perkahwinan bersama pelakon, Joey Daud dan macam-macam lagi. Jelas Watie Sadali, biar teruk dirinya dihentam, namun dia tahu siapa dirinya yang sebenar. Mari kita lihat apa komen Watie.

Foto Selebriti Lelaki Dulu Dan Sekarang

Views
KAK NAM- Sebelum ni Kak Nam ada paparkan gambar selebriti wanita sebelum dan selepas bergelar artis. Asyik foto artis wanita je..so,hari ini kak nam nak kongsi dengan korang semua perbezaan wajah artis lelaki yang mungkin adalah jejaka idaman korang. kalau muka kacak siapa yang tak nak. Kalau perempuan plak tak cantik pun tak apa janji poket penuh. huhuhuhu...tanpa buang masa jom sama-sama kita lihat yok!!

Yana Terasa Keldil Dan Rendah Diri

Views
KAK NAM- Norliyana Samsudin (Yana) berasa sunggu kerdil sekali dan merendah diri apabila namanya terpilih untuk bersaing dalam kelompok wanita yang jelita. Saingan yang membuatkan Yana sangat kerdil ialah Lisa Surihani, Diana Danielle, Maya Karin dan Sharifah Sharizah (Eja). Semuanya terletak pada tangan peminat untuk memilih siapa yang jelita dimata mereka. So, Kak Nam nasihatkan agar Yana tak perlu merasa rendah diri. Semua mahluk yang diciptakan oleh-Nya adalah cantik.

Wednesday, February 1, 2012

Foto Terbaru Liyana Jasmay

Views
KAK NAM- Siapa yang tidak kenal dengan Liyana Jasmay? Kak Nam rasa pasti ramai peminat Liyana Jasmay yang sentiasa ingin mengambil tahu perkembangan Liyana. Liyana Jasmay yang dulu meningkat naik dengan lakonannya di dalam filem Castello telah membuatkan ramai peminat mengenalinya lebih dekat. Sekarang umurnya sudah mencecah 24 tahun dan telah berkecimpung dalam dunia anak seni hampir 9 tahun. Syabas Kak Nam ucapkan kerana Liyana masih bertahan sampai sekarang. Bagi peminat Liyana Jasmay yang rindukannya bolehlah lihat foto yang Kak Nam paparkan...

Hantu Kak Limah Kena Samun

Views
KAK NAM- Pelakon yang popular namanya bila memegang watak Hantu Kak Limah dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah,Dalimawati Ismail cedera di lengan kiri kerana disamun oleh 2 orang yang tak dikenali. Kira penyamun tu hantu jugalah. Menurut pelakon tersebut.kejadian tersebut berlaku di lampu isyarat berhampiran Stadium Bukit Jalil.Kejadian berlaku pada jam 8.30 malam ketika aktres berusia 55 tahun itu memandu Toyota Vios bersendirian untuk pulang ke rumahnya di Puchong selepas tamat sesi penggambaran di Gombak.

Bob AF Tukar Nama Baru Kepada Bob Yusof

Views
KAK NAM- Bob Af bekas pelajar dari rancangan mencari penyanyi.Akademi Fantasia musin ke-2 telah mengambil keputusan untuk menukar namanya kepada Bob Yusof. Ai..dah macam Shila Amzah plak. Dulu nama Shila dekenali dengan Shila One Million. Tak kisahlah nama apa pun kita nak pakai janji kerjaya kita mestilah mantap! Setakat nama je nak cantik tapi kerjaya hancus nak buat apa. Kak Nam malas nak membebel banyak lagi,jom kita lihat komen Bob..

Foto Anak Sazzy Falak Yang Terbaru

Views
KAK NAM- Sazzy Falak telah melahirkan anak kembar perempuan yang sangat comel. Bila lihat muka anak Sazzy Falak kan,Kak Nam lihat iras dengan muka Sazzy Falak. Yelah,nampak sangat anak mama yek. Hari ni Kak Nam nak paparkan foto terbaru anak-anak Sazzy semasa pergi bersiar-siar. Anak kembar Sazzy Falak, yang bernama Iman Lilly dan Tiara Rose kini dah menjangkau usia setahun.