KAK NAM- Norliyana Samsudin (Yana) berasa sunggu kerdil sekali dan merendah diri apabila namanya terpilih untuk bersaing dalam kelompok wanita yang jelita. Saingan yang membuatkan Yana sangat kerdil ialah Lisa Surihani, Diana Danielle, Maya Karin dan Sharifah Sharizah (Eja). Semuanya terletak pada tangan peminat untuk memilih siapa yang jelita dimata mereka. So, Kak Nam nasihatkan agar Yana tak perlu merasa rendah diri. Semua mahluk yang diciptakan oleh-Nya adalah cantik.
“Saya akui saya tidak popular mana. Disebabkan itu saya berasa cukup terharu mendapat pencalonan ini kerana dalam sering berasa orang tidak kenal tetapi ada juga peminat bersusah payah untuk memastikan saya berada dalam kategori ini.
“Ia sangat bermakna kerana Anugerah Bintang Popular Berita Harian ini menyerahkan sepenuhnya kepercayaan kepada peminat untuk mengundi artis kesayangan mereka.
“Mengundi diri sendiri? Kalau benarlah saya mahu buat begitu, lebih baik saya buat dari dulu. Tapi saya tidak mahu naik dengan cara begitu, saya mahu peminat menghargai bakat saya. Syukur, selepas beberapa kali muncul di layar perak terutama dalam Bini Biniku Gangster, ramai yang mula mengenali saya.
“Perubahannya dapat dirasakan setiap kali saya muncul di khalayak. Mereka datang menegur dan mahu bergambar, tidak kurang memuji hasil kerja. Syukur saya mahu lebih berjaya selepas ini,” katanya
“Penggambaran drama arahan Bob Hashim ini sangat menguji kesabaran bukan disebabkan penat tetapi perkara aneh yang berlaku. Saya ini sudahlah penakut!,” katanya sambil ketawa.
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!