Blogger-Blogger Femes

Monday, February 27, 2012

Tasha Masih Pergi Club

Views
KAK NAM- Satu demi satu kontroversi dan gosip yang melanda Tasha Shilla tapi dia hadapi dengan tabah demi kerjayanya dan rezeki yang semakin murah. Sebelum ni keluar pelbagai gsip yang melandanya seperti, dikatakan lesbian,ada sugar dady, sombong dan baru-baru ni isu tarian ghairah plak. Kak Nam tak nak cakap banyak jom kita lihat komen Tasha sendiri..


Tasha Shilla



“Sebelum ini, rekod saya memang bersih daripada kontroversi sedemikian.

Kontroversi itu keluar sebelum saya dicalonkan dalam Top 5, kategori Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011).

“Sebenarnya, saya baru selesai penggambaran dan ke kelab itu dengan ditemani rakan untuk menyambut hari jadi di situ. Bila keluar cerita itu, kawan saya pun bertanya, saya menari di tiang yang mana satu kerana mereka tak nampak pun saya menari ghairah seperti digosip�kan itu,” katanya.


Foto



“Sebelum ini, saya memang pernah ke kelab kerana ada acara di sana. Ada juga gosip tersebar yang mengatakan saya minum arak di kelab lain juga.
“Walaupun gosip itu tersebar, saya masih pergi kelab bersama kawan tapi akan lebih berhati-hati selepas ini kerana tidak mahu dikaitkan dengan gosip liar lagi,” katanya.
“Saya tidak mahu orang kata saya cuba tegakkan benang yang basah pula.
Saya juga dapat komen daripada kelab peminat yang mengikuti cerita itu dan tidak mahu memanjangkannya lagi. Cukuplah dengan apa yang berlaku itu.

“Peminat juga memberi kekuatan dan sokongan padu pada saya untuk berdepan dengan semua ini. Saya percaya bukan semua orang suka pada kita dan saya pula hanya buat yang terbaik untuk diri,” katanya.

Foto

“Sedikit seba�nyak, kontroversi yang melanda menjejaskan nama baik saya sebagai artis. Saya percaya, nama kita boleh naik atau jatuh kerana cerita kontroversi.
“Mula-mula baca gosip itu, saya berasa ‘sakit’ juga. Tapi, saya tidak mahu terlampau fikirkan sangat. Saya perlu melihatnya dari sudut yang positif,” katanya.





Sumber: metro

1 25 komen terhebat!!:

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!