Blogger-Blogger Femes

Thursday, February 23, 2012

Anak Amir Ukay’s meninggal dunia

Views
KAK NAM- Takziah Kak Nam ucapkan kepada keluarga Amir Ukay's kerana telah kehilangan seorang insan kecil yang bernama Muhammad Imran,15 yang mengidapi masalah jantung sejak kecil. Arwah menghembuskan nafas terakhir waktu magrib semalam semasa perjalanan ke hospital. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah semoga rohnya dicucuri Rahmat. Kita lihat ulasan Amir sendiri...

Anak Amir Ukay’s meninggal dunia

“Saya tidak sangka dengan apa yang berlaku. Bagaimanapun saya redha dengan pemergiannya," katanya.

Jelas Amir, Imran menetap bersama ibu mertuanya sejak dia bercerai dengan isterinya pada 2006.

“Kali terakhir saya berhubung dengan arwah, empat hari lalu.

"Ketika itu Imran ingin memberi tahu nombor telefon bimbitnya yang baru,” katanya.

“Setiap tiga bulan sekali dia akan menjalani pemeriksaan doktor. Saya dan bekas isteri sentiasa berusaha memberikan yang terbaik buatnya tetapi apakan daya, semuanya bergantung pada kuasa Tuhan,” ujarnya yang turut memberitahu bekas isterinya berada di London di saat putera kesayangan mereka meninggal









0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!