KAK NAM- Sekarang ni dah banyak kita sengar cerita pasal artis yang baru ni lupa diri dan daratan. Masa mula-mula nak naik dulu,bukan main baik lagi. Senyum tak penah lekang dari bibirlah kata orang. Tapi bila dah popular,bukan kata senyum nak pandang kita pun sebelah mata je. Itu namanya artis yang tak sedar diri.Jom kita tengok siapa plak artis yang gile meroyan tu..macam-macam hal artis sekarang ni bila tak berapa nak laku yek..
Dengar kata bila artis ni dah popular,pengorbanan bekas kekasihnya tu dilupakan selepas berjumpa dengan anak orang ternama. Memang artis tu berkahwin dengan anak orang ternama tu tapi rumahtangga mereka tak kekal lama.
Selepas solo semula, pelakon tadi menghubungi kembali bekas kekasihnya itu.Maklumlah, cinta pertama sukar dilupakan. Bukan main lagi si pelakon cantik tadi ‘mengganggu’ hidup bekas kekasihnya ini kononnya untuk meluahkan perasaan dan rasa kecewanya selepas diceraikan. Tapi sayang,artis tersebut tidak dilayan oleh bekas kekasihnya. Kesian Kak Nam tengok. Itulah lain kali jangan permainkan perasaan orang. Bila dah jadi macam ni baru nak terhegeh-hegeh.
Bayangkan, sehingga kini artis cantik seksi itu tidak berhenti menghubungi kekasih lamanya. Kononnya ingin bersemuka dan menjelaskan perkara sebenar .Namun mengenangkan pelakon jelita tadi memang suka berdrama dan pandai pujuk rayu, bekas kekasihnya tidak mahu lagi berjumpa dengannya kerana dia pun sedang sibuk membuat persiapan perkahwinannya tidak lama lagi.
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!