KAK NAM- Ika Nabila,23 yang dulu dicungkil bakatnya dalam program realiti tv Akademi Fantasi 6 kini semakin meningkat naik dengan lakonanya yang mantap. Dalam kerjaya seni tidak sah kalau tiada kontroversi yang melanda. Ika yang akrab dengan wanita kental dikatakan seorang lesbian. Betul ke tidak Kak Nam tak boleh nak bagi penjelasan. Kalau korang nak tahu kisah sebenar baca komen Ika sendiri..
“Mungkin Ika dikelilingi golongan seperti itu. Pergi lokasi penggambaran atau ke mana-mana sering ditemani ‘perempuan ganas.’ Sebelum ini Ika pernah ada pembantu peribadi perempuan, tetapi disebabkan Ika pula jenis kasar orangnya, buat Ika jadi rimas bila dia pula yang kena bertindak dan berfikir dalam banyak hal.
“Kalau ambil pembantu peribadi lelaki lagi susah dan takut sekali gus boleh mendedahkan diri dengan pelbagai fitnah. Jadi Ika fikir-fikir eloklah ditemani ‘perempuan-perempuan ganas’ sebabnya mereka ini sedikit kental
“Walaupun hakikat sebenarnya mereka tetap wanita namun personaliti mereka yang sebegitu (seperti lelaki) buat Ika rasa sedikit terjamin dari segi keselamatan,” katanya.
“Keluarga Ika tahu dengan siapa saya berkawan. Emak ayah kenal dengan Adlin juga pembantu peribadi saya, Faza yang beberapa kali pernah ke rumah selain kenal dengan ahli keluarga Ika.“Ketika gosip lesbian dipaparkan dalam ruangan gosip sebuah akhbar, ayah Ika yang baca dan dia yang maklumkan kepada Ika. Kita minta pendapat dia apa yang harus Ika buat. Ayah cakap kakak tenang saja, kalau tidak salah buat apa nak takut.“Bila ayah kata begitu, Ika pun tenang saja bila berdepan dengan orang ramai. Tapi yang tak ‘suka’ bila di lokasi penggambaran ada yang tanya betulkah Ika ini lesbian?
“Kadang-kadang Ika malas hendak jawab, sebabnya kalau tidak mengaku sekalipun mereka anggap gosip itu benar. Ika diam dan tidak memberi sebarang reaksi pun tetap juga orang bercakap,” katanya.“Gambar itu adalah gambar ‘profil’ BBM (Blackberry Messenger) Ika. Kalau betullah gambar itu gambar arak, takkanlah Ika ini bijak sangat sampai meletakkan ia sebagai gambar ‘profil’ BBM. Buat apa Ika hendak mengaibkan diri sendiri, betul tak?“Apapun Ika minta maaf kalau gambar itu menyentuh sensitiviti sesetengah pihak. Walaupun gambar itu bukanlah gambar arak seperti didakwa tetapi Ika setuju sekeping gambar boleh membawa seribu spekulasi.
“Ika tidak salahkan sesiapa. Ika minta maaf kerana Ika sepatutnya lebih peka dengan keadaan sekeliling. Ika janji lebih berhati-hati lepas ini dan ‘no more ridiculous pictures’, insya-Allah,” katanya.
Sumber : Metro
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!