Blogger-Blogger Femes

Friday, February 3, 2012

Shahrizal Masih sayangkan Miera

Views
KAK NAM-  Shahz Jaszle, 23, yang kini mahu dikenali sebagai Shahrizal dibelenggu tanda tanya kenapa secara tiba-tiba kekasihnya, Miera Liyana, berubah hati. Miera namanya melonjak naik sejak isu kontroversi dimana dia memakai pakaian yang menampakkan anggota tubuh seolah-olah ingin membuat satu kontroversi tentang hubungan dengan Shahrizal. Takkan popular dengan kontroversi je dik oi...ni bukan kerjaya lakonan namanya. Jom kita baca apa luahan hati Sharizal..


“Satu masalah saya sejak dulu lagi, saya seorang yang pemaaf dan sanggup buat apa saja untuk kekasih yang dicintai. Terus terang, saya memang ada niat untuk ‘settle down’ dan bersedia menjalin hubungan serius menerusi perkahwinan bersama Miera.

“Kehidupan saya, selepas habis kerja, balik rumah berehat. Jika ada kelapangan hujung minggu, saya akan menghabiskan masa bersama Miera, jadi saya fikir lebih baik saya mempunyai keluarga dan dia adalah wanita pertama saya terfikir untuk sehidup semati bersama.


“Miera juga sudah dibawa bertemu ibu bapa saya kerana saya benar-benar ikhlas dengannya. Malah sepanjang kami bercinta, Miera banyak berubah untuk saya.

“Dia tinggalkan kehidupan sosialnya dan itu jugalah salah satu sebab yang membuatkan saya pasti dia adalah wanita sesuai untuk saya jadikan isteri,” 

“Kami bertengkar melalui fon sewaktu saya di Australia. Miera menyerang saya dan menuduh saya yang bukan-bukan. Saya fikirkan pertengkaran itu berakhir setakat itu saja. 


“Selepas tamat penggambaran di Australia beberapa hari lalu, tiba-tiba kecoh hal kami diperkatakan di media. Paling saya kesalkan, Miera boleh memberi kenyataan kepada pihak media sedangkan saya dan dia belum lagi putus.

“Tiada sebarang keputusan rasmi dibuat antara kami, malah saya berharap untuk bertemunya menyelesaikan hal ini secepat mungkin. 

“Saya perlu mendengar daripada mulutnya sendiri sama ada dia masih mahukan saya ataupun tidak. Jika dia mahukan perpisahan, saya reda,” katanya. 


“Seorang daripada bapa saudara saya memaklumkan kenapa hidup saya tidak henti-henti dilanda masalah, salah satu sebabnya kerana nama Shahz Jaszle itu sendiri.

“Lagipun, memang keluarga sarankan menggunakan nama sebenar lebih baik. Kalau ikutkan perkataan Jaszle memang ada dalam surat beranak saja tapi lebih baik guna Shahrizal saya. 

“Sejak bertukar nama maklum balas yang diberikan peminat sangat baik, tetapi saya sendiri tidak merasakan perubahan yang begitu besar kerana sebelum ini pun orang memanggil saya dengan pelbagai gelaran. Ada yang panggil Shah, Shaz dan Jaszle.
    
“Tidak kisahlah, yang pasti saya mengharapkan 2012 memberi sinar untuk saya terus berjaya dalam lakonan dan rezeki bertambah baik. Saya percaya semua ini dicapai bukan kerana terpaksa menukar nama tetapi perlu ada usaha serta keinginan untuk berjaya,” katanya.







Sumber : Metro

0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!