Blogger-Blogger Femes

Thursday, February 2, 2012

Watie Mengaku Sudah Nikah!

Views
KAK NAM- Kontroversi yang hangat mengatakan Watie adalah seorang perampas tidak mematahkan semangat Watie untuk teruskan kerjayanya dalam lakonan. Kononnya menjadi perampas, menyembunyikan perkahwinan bersama pelakon, Joey Daud dan macam-macam lagi. Jelas Watie Sadali, biar teruk dirinya dihentam, namun dia tahu siapa dirinya yang sebenar. Mari kita lihat apa komen Watie.



“Alhamdulillah apa yang pernah diperkatakan itu tidak sekali-kali menjadi kudis. Namun ia membakar jiwa saya untuk terus mencari kebahagiaan. Saya mengaku dan jujurnya mengesahkan yang kini saya sudahpun menjadi isteri kepada Joey. Kami bernikah selepas Aidilfitri tahun lalu dan semuanya berjalan seperti dirancang.

“Bukannya ingin berahsia atau menyembunyikan saat bahagia itu tetapi semuanya adalah permintaan Joey dan keluarganya. Saya harus menghormati dan melihat ikatan yang ada dari satu perspektif yang positif. Apa yang penting, perkara wajib sudahpun kami lakukan. Soal yang lain, biarlah kami fikirkan bersama untuk menyelesaikannya,” katanya.

pix_middle

“Memang sudah lama saya inginkan sebuah perkahwinan semula kerana sebagai wanita, suami atau pasangan hidup itu adalah pelengkap hidup. Mana mungkin saya merasai kebahagiaan jika ia tidak dikongsi dengan pasangan. Lantas saya fikirkan ikatan perkahwinan bersama Joey adalah sesuatu yang saya harapkan sejak awal berkenalan dulu.

“Saya yakin dan percaya dengan kejujuran Joey kerana dia sememangnya seorang lelaki yang bertanggungjawab dan penyayang. Mungkin ramai yang tidak tahu, Joey sebenarnya lelaki yang penuh budi bahasa dan mampu memimpin saya ke fasa yang lebih baik dalam kehidupan. Malah dia juga seorang yang kelakar dan mampu membuatkan saya selalu ketawa.

Foto

“Namun apa yang lebih penting, dia melepasi kriteria utama buat saya apabila Afif Danial menerimanya sebagai seorang ayah. Sejak dulu lagi, Afif bukan mudah menerima orang baru, namun Alhamdulillah Joey mampu menyaya�nginya dengan baik. Mereka sangat akrab dan itulah yang benar-benar mengusik jiwa saya untuk menerimanya sebagai suami,” katanya.

Foto

“Joey melamar saya secara mengejut di depan keluarganya. Saya sendiri tidak mengetahui mengenai majlis itu. Semuanya dirancang Joey dan adik-beradiknya. Kelakarnya, persediaan pun kelam-kabut dan saya hanya sempat untuk menempah nasi beriani di restoran berdekatan rumah saja bagi menjamu tetamu.

Foto

“Apa yang boleh saya katakan, kami sudah selamat dinikahkan. Insya-Allah jika diberi rezeki dan peluang, kami berdua pasti akan melangsungkan majlis resepsi pada tahun ini juga kerana Joey ingin sekali meraikan sahabat-handai dan peminat yang tidak henti menyokong. Tarikh dan lokasi masih belum kami tetapkan namun apa yang pasti, kami akan mengadakannya secepat mungkin.

Foto

“Maklumlah saya sendiri tidak sabar ingin mengandung lagi dan menimang cahaya mata. Sudah lama rasanya saya tidak mempunyai anak kecil. Jadi memang saya merancang untuk sekurang-kurangnya memiliki seorang lagi cahaya mata kami bersama,” katanya yang memberi laluan kepada kerjaya lakonan dan beberapa projek yang masih tertangguh terlebih dulu sebelum memikirkan soal anak.

“Jika difikirkan memang tidak ke mana. Baik saya duduk terperuk di dalam bilik saja kerana terlalu banyak yang sibuk menghakimi. Namun Alhamdulillah, saya punya keluarga dan teman yang tidak henti memberi sokongan buat saya. Malah saya juga dipertemukan de�ngan seorang lelaki yang cukup bertanggungjawab dan penyayang. Begitu juga dengan ibu dan adik-beradiknya yang menyayangi saya seadanya.

Foto

“Justeru, saya kuatkan hati, bangkit dan hanya memikirkan soal masa depan saya dan anak saja,” katanya lagi.

“Ini kali pertama saya melakonkan watak orang tua. Lebih kelakar, saya akan bergandingan dengan Abby Abadi sebagai orang tua dalam drama ini bersama ramai pelakon lain termasuk Betto Khusyairi, Johan Asha’ri dan Nabila Huda. Insya-Allah peminat akan berpeluang melihat satu lagi kelainan daripada saya sebagai seorang pelakon,” katanya.






Sumber : Metro

0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!