Akhirnya pelakon ini pun berceritalah. Bukan dia saja tetapi beberapa pelakon lain dalam produksi itu kebanyakan tidak puas hati dengan produser filem tersebut. Tak macam syarikat lain yang buat filem.
“Aku memang “hangin” betul dengan produser ni. Dia ingat kita orang ni apa? Layan macam “anjing”. Kalau ikut panas baran aku, dah lama dah lebam muka produser ni aku bagi sebiji,” kata pelakon itu.
“Bila kami tanya berapa nak bayar kalau nak sambung penggambaran lagi, dia boleh cakap... nanti-nantilah... Hey... ingat nak tunggu bas ke nak nanti, nanti ni ha!” sergah artis tu.
“Aku bagi peluang sikit saja lagi. Kalau tak boleh tahan juga, aku akan buat pendedahan kepada umum. Tunggu ya...” tambah si artis.
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!