KAK NAM- Seperti yang kita semua tahu bahawa Shila Amzah dan juga pelakon lelaki yang popular Shanaaz kini hangat dilamun cinta. Apa yang menarik tentang mereka, hubungan percintaan mereka tidak disembunyikan seperti artis-artis lain yang hanya ingin berselindung. Bukan tu je, Shila dan Shanaaz bersikap terbuka bila berkata soal hati masing-masing. Mereka juga sungguh romantik bila bersama dan tidak berselindung di mata umum. Jom kita lihat komen mereka..
“Secara jujurnya kami berdua tahu akan batas yang perlu kami patuhi sebagai anak serta artis.“Jadi, sepatutnya tidak timbul isu ini kerana peminat Shila sendiri sebenarnya tidak pernah menyuarakan rasa tidak senang mereka di atas kemesraan yang kami pamerkan,” katanya ketika ditemui pada majlis santai telefilem Patah Seribu lakonannya bersama Sharnaaz.
“Jika ada yang tidak senang dengan hubungan kami, saya minta maaf.
“Mungkin dengan teguran serta nasihat yang diberikan kami berdua akan mendapat hubungan yang direstui,” tambahnya.
“Bukan mudah sebenarnya untuk menjalinkan hubungan ini, tambahan pula dengan gelaran yang dipegang kami berdua.
“Bagaimanapun membawa gelaran sebagai seorang artis tidak bermakna hubungan ini harus dirahsiakan.
“Saya percaya saya juga milik peminat dan mereka mempunyai hak untuk mengetahui mengenai hubungan ini,” katanya.
“Kami tidak pernah keluar berdua bersama. Selalunya saya akan ditemani sama ada oleh ibu atau adik saya.
“Mungkin agak janggal pada yang tidak biasa. Namun bagi saya sendiri, ia merupakan cara terbaik untuk kami berdua malah Sharnaaz sendiri selesa dengan permintaan ini,” jelasnya.
“Satu sikapnya yang membuatkan saya tertarik kepada Sharnaaz adalah cara dia menghormati keluarga saya.
“Selain itu Sharnaaz juga melalui pandangan saya adalah seorang yang bertanggungjawab bukan sahaja terhadap dirinya tetapi juga cara dia menghargai hubungan kami berdua,” jelasnya.
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!