Blogger-Blogger Femes

Sunday, February 26, 2012

Anzalna Kecut Perut

Views
KAK NAM- Pelakon wanita yang semakin meningkat namanya,Anzalna 24 tahun dapat mencuri tumpuan peminat sejak dia masuk ke bidang seni. Anzalna adalah bekas finalis Dewi Remaja bersama Izara Aisha dan Neelofa. Bila orang dah cantik cepat je namanya naik dan dikenali ramai bila pengarah-pengarah tak melepaskan peluang untuk mengambil pelakon dalam filem mereka. Jom kita lihat komen Anzalna kenapa dia kecut perut.


pix_middle


“Sekiranya penonton perasan, pada awal pembabitan saya dalam dunia lakonan, saya lebih banyak memegang watak pembantu. Bagaimanapun populariti drama Ramadan Terakhir mengubah perjalanan kerjaya seni saya. Selain drama, saya juga ditawarkan membintangi filem.“Tidak dinafikan, sewaktu menerima tawaran berlakon filem, saya sangsi dengan kemampuan diri. Takut pun ada. Maklumlah, cabaran untuk berlakon filem lebih besar. Namun kakitangan Produksi PTV yang menerbitkan Sepah The Movie meyakinkan saya. Kata mereka, sebaik-sebaiknya saya bermula dengan watak lebih ringan,” katanya.“Sebagai pendatang baru, apabila ditawarkan berlakon di samping semua aktor hebat sudah tentu membuatkan saya rasa besar hati. Tanpa fikir panjang, saya terus mengatakan iya.
“Saya berlakon Taikun bukan kerana mahu berada di samping mereka sekali gus menumpang populariti. Perkara itu langsung tidak terlintas di fikiran sebalik­nya dalam hati saya berkata, ini peluang terbaik untuk orang baru seperti saya menimba ilmu,” katanya.


pix_topright 


“Bagaimanapun sebaik melangkah masuk ke dalam set dan pengarah menyebut ‘action’ saya sudah gementar lutut. Perkara itu bukan saja disedari pengarah tetapi pelakon terbabit terutamanya Remy.
“Kedudukan mereka yang cukup popular dan bagus apabila beraksi berlegar di kepala membuatkan tumpuan saya terganggu. Saya takut berlaku kesilapan dan dimarahi mereka. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.“Setiap aktor popular terbabit tidak lokek untuk berkongsi ilmu. Malah Remy sendiri yang menyedari saya menggigil berada di sebelahnya mena­sihatkan saya tidak terlalu memikirkan mereka aktor hebat atau popular sebaliknya anggap saja mereka rakan sekerja.
“Lebih daripada itu, Remy turut memberitahu agar saya menganggapnya orang biasa dan bukan siapa-siapa. Cara­nya itu sedikit sebanyak membantu dan lama-kelamaan saya semakin selesa untuk bekerja,” katanya.







Sumber : Metro


0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!