Blogger-Blogger Femes

Wednesday, February 22, 2012

Jawapan Sebenar Miera Tentang Hubungannya Dengan Sharizal.

Views
KAK NAM- Isu hubungan antara Miera dan juga Shahrizal nampaknya belum reda lagi. Hari ni di dalam akhbar Berita Harian yang Kak Nam baca memaparkan jawapan Miera yang sebenar tentang hubungan mereka. Pada sidang fotogarafi untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian, wartawan akhbar ini telah menemubual Miera dan iginkan status sebenar hubungan mereka. Jom kita lihat temuramah antara wartawan dan Miera.

Miera Leyana

Hip: Ramai yang ingin tahu apa status terkini Miera. Masih bersama Shahrizal ataupun sudah berpisah?
Miera: Hubungan kami secara rasminya sudah lama berakhir, iaitu sebaik saja dia pulang dari Australia pertengahan bulan lalu, selepas menjayakan penggambaran drama di sana. Saya nekad memutuskan hubungan kerana saya tidak lagi percaya kepadanya. Bayangkan dalam masa dia bercinta dengan saya, ada perempuan lain hadir dalam hidupnya. Perasaan cinta itu hilang sebaik saja dia mengaku berlaku curang di belakang saya. Dalam pertemuan itu, bukan saya dan dia saja yang ada, tetapi perempuan yang didakwa kekasihnya itu juga ada bersama, selain ibu kami, serta pembantu peribadinya.


Hip: Mana satu yang betul? Shahrizal kata kalian masih berpacaran dan mendakwa Miera menafikan ada mengeluarkan kenyataan kalian sudah putus.

Miera: Saya rasa dia memang tak boleh terima hakikat antara kami sudah tiada apa-apa. Sebelum ini pun dia mendakwa yang saya hanya mendengar cakap orang, tanpa selidik betul-betul gosip didengar. Saya bukanlah budak kecil atau bodoh, yang berpandukan cakap orang. Bila saya dengar cerita dia curang, saya siasat. Saya lebih suka melihat dengan mata kepala sendiri. Saya sendiri berjumpa dengan individu yang didakwa kekasihnya. Kami bertanya dari hati ke hati dan dia sendiri mengaku memang menjalinkan hubungan dengan Shahrizal. Sejak itulah saya mengajaknya bersemuka dan akhirnya dia mengaku dia memang bercinta dengan gadis itu.

Hip: Kenapa Miera yang mengalah?

Miera: Sejak peristiwa bersemuka itu, saya akui Shahrizal sentiasa memujuk saya kembali kepadanya. Tapi hati saya masih sakit kerana banyak kali kecurangannya dapat saya hidu. Bukan mudah untuk saya menerima kembali insan yang pernah melukakan hati saya. Kami sudah saling mengenali sejak kami di bangku sekolah lagi. Sejak kami bercinta, saya memang menaruh kepercayaan terhadapnya dan tak sangka dia sanggup mengkhianati cinta saya. 

Hip: Sejujurnya adakah Miera masih sayangkan Shahrizal? Mungkin ada terdetik untuk kembali padanya?

Miera: Bohonglah kalau saya tak sayangkan dia. Terus terang, saya masih mengharapkan agar perhubungan kami kembali terjalin. Cuma pada waktu itu, biarlah dia benar-benar berubah. Buat masa ini saya lebih selesa sendirian. Sama ada saya kembali bercinta, sama ada dengan dia atau pun orang lain, saya serahkan kepada Tuhan. Biarlah Dia menentukannya.

Hip: Orang di luar sana menilai Miera lebih popular kerana kontroversi berbanding kerjaya. Sila komen!

Miera: Saya sedar perkara itu. Sebelum ini pun isu baju saya pernah mencetuskan kontroversi, sekarang pula kes putus cinta. Saya sendiri pun kalau boleh tak mahu terlalu kontroversi sebab ia akan membuatkan orang terlupa pasal kerjaya lakonan saya. Selepas ini, saya harap tidak lagi dikaitkan dengan sebarang cerita sensasi. Saya mahu fokus pada kerjaya lakonan. Saya baru saja menamatkan penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul Mulanya Di Sini, serta terbabit dalam filem Mamat Khalid berjudul Amir Dan Lukman Pergi Ke Laut.







0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!