Pasangan itu dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa dengan berwalikan abang sulung Lisa Surihani, Mohamed Azan Mohamed.
Ini merupakan perkahwinan kedua buat Yusry selepas lima tahun menduda manakala yang pertama untuk Lisa Surihani.
Dalam majlis yang bertemakan Winter Garden itu, Lisa Surihani menerima seutas rantai leher platinum sebagai mas kahwin.
Namun, pasangan itu enggan mendedahkan jumlah wang hantaran atas persetujuan kedua-dua belah pihak.
Lisa Surihani yang anggun mengenakan baju kurung moden putih rekaan Cosry kelihatan cukup tenang sepanjang majlis berlangsung.
Majlis yang dihadiri 250 tetamu terdiri daripada kaum keluarga kedua belah pengantin juga menyaksikan Lisa Surihani menerima tujuh dulang hantaran termasuk tepak sirih, cincin, kelengkapan solat, manisan dan kek.
Sebagai balasan, pihak pengantin perempuan membalas dengan sembilan dulang antaranya cincin, bunga rampai, kelengkapan lelaki, keyboard, koleksi lagu-lagu lama The Beatles dan kek berbentuk gramofon.
Pasangan pengantin yang ditemui dalam sidang akhbar selepas majlis berakhir memanjatkan rasa syukur kerana semuanya berjalan seperti yang dirancang.
"Meskipun kami berdua sibuk menjelang majlis perkahwinan, Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar. Mujur ahli keluarga banyak membantu. Insya-Allah kami sudah bersedia untuk membina keluarga secepat mungkin," kata Lisa Surihani sambil dipersetujui suaminya.
Pasangan itu akan berbulan madu di Eropah sebaik sahaja majlis resepsi mereka pada Ahad ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya selesai.
Yusry dan Lisa Surihani mula berkenalan hampir setahun lalu menerusi BlackBerry Messenger (BBM) sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga dalam satu pengumuman hujung tahun lalu.
Sumber : 100% Utusan
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!