Blogger-Blogger Femes

Friday, February 10, 2012

Akhirnya Sharnaaz Dan Shila Amzah Mengaku Bercinta

Views
KAK NAM- Kisah cinta antara Sharnaaz dan juga Shila kini terjawab apabila mereka sendiri membuat pengakuan. Sharnaaz berkata, mereka sebenarnya masih lagi baru bercinta secara rasminya sebelum Anugerah Juara Lagu (AJL) selepas merasakan masing-masing memiliki keserasian dalam sesebuah perhubungan.


"Benar, kami sedang bercinta dan proses hubungan ini baru sahaja bermula. Shila seorang yang sangat memahami diri saya.

"Selain itu dia sering memberi sokongan dalam setiap perkara yang saya lakukan. Paling penting dia mampu membuat saya berasa tenang dalam apa jua keadaan," katanya.

"Saya sudah berumur 27 tahun dan sudah tentu ada terfikir untuk berkahwin tapi perlu diingat, berkahwin ini bukan perkara main-main. Kami masih dalam proses saling mengenali.


"Tetapi saya tidak memberi tekanan kepada diri mahupun Shila tentang hal ini. Begitu juga dengan keluarga kami, mereka tidak pernah mendesak," ujar Sharnaaz.

"Perkahwinan adalah satu tanggungjawab yang cukup besar dan kalau boleh saya mahu mempersiapkan diri untuk menempuh fasa itu kerana ingin memberikan yang terbaik sebagai seorang isteri.

"Biarlah kami betul-betul bersedia. Doakan agar perhubungan kami berkekalan dan menuju ke arah kebaikan,” tutur Shila.







Sumber : mStar

0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!