Blogger-Blogger Femes

Tuesday, February 14, 2012

Najwa Latiff Dapat Beli Kereta Myvi Cash

Views
KAK NAM- Pasti ramai yang kenal dengan penyanyi yang cukup muda,Najwa Latiff. Najwa popular dengan lagu Cinta Muka Buku telah melonjak naik namanya di persada seni. Dengan menggunakan laman Youtube dia berjaya memikat hati seorang komposer untuk mejadikan dia seorang penyanyi terkenal. Umur yang baru mencecah 17 tahun dapat membeli kereta Myvi dengan cash hasil rezeki nyanyiannya yang mencurah-curah.Tahniah Kak Nam ucapkan..


“Najwa mampu membeli sebuah kereta Perodua Myvi secara tunai kerana dia mempunyai pendapatan yang tinggi kerana banyak mendapat tawaran menyanyi di merata-rata tempat selepas lagu Cinta Mukabuku ‘meletup’ dalam radio dan televisyen.

“Sebab itu tidak hairanlah, Najwa seperti tidak menang tangan untuk menerima tawaran menyanyi di merata-rata tempat. Itu pun sebab dia masih lagi bersekolah dan akan mengambil peperiksaan SPM pada hujung tahun ini. Kalau tidak dia akan semakin sibuk.

“Saya dapat berita ini daripada pengurus baru Najwa. Sebelum ini, kerjaya Najwa diuruskan oleh kakaknya yang kini sedang belajar di UiTM Shah Alam. Mungkin kakak Najwa sibuk, itu fasal dia ambil pengurus baru,” kata sumber itu panjang lebar. -Via







0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!