Blogger-Blogger Femes

Thursday, February 9, 2012

Video - "Tanjat Maimon" Akan Dijadikan Filem

Views
KAK NAM- Menurut Afdlin ekoran populariti Datin Maimon yang dilakonkannya dalam sketsa-sketsa sewaktu bertanding dalam Maharaja Lawak menyebabkan dia kini sedang dalam persiapan untuk menghasilkan sebuah filem tentang karekter itu yang lucu dan diminati ramai. Jom kita lihat video masa Afdlin menjadi "Datin Maimon" dalam Maharajalawak Mega.

Afdlin Shauki Mahu Bikin Filem Tanjat Maimon

“Saya sedang dalam perancangan mahu menerbit dan mengarahkan sebuah filem yang bertajuk Tanjat Maimon iaitu sebuah filem yang berkisar tentang lanjutan watak Datin Maimon yang saya bawakan sewaktu menjayakan Maharaja Lawak Mega dan Lawak Ke Der?


“Watak Datin Maimon itu akan saya kembangkan dalam filem bersama watak Datin Sardin yang juga dilakonkan oleh Harun Salim Bachik dalam Maharaja Lawak Mega dan Lawak Ke Der? Ini adalah projek terbaru yang akan saya lakukan untuk tahun 2012 ini,” ujarnya.


“Selain Tanjat Maimon saya juga bercadang untuk mengarahkan filem berjudul Boboi Vs Osbon yang akan menggabungkan kumpulan Osbon yang dianggotai oleh Os dan Abon berdasarkan karekter-karekter yang kami bawakan dalam Maharaja Lawak Mega,” jelasnya lagi.






0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!