Blogger-Blogger Femes

Friday, June 29, 2012

(Gambar) Lagi Heliza, Yatt, Irma Dan Diana Di Umrah

Views
KAK NAM Penglibatan tiga selebriti menunaikan umrah iaitu Heliza Helmi, Irma Hasmie dan Diana Amir. Ketiga-tiga selebriti ini menunaikan umrah di kota Makkah baru-baru ini temani juga keluarga dan sahabat terdekat. Jom kita lihat umrah mereka...

Neelofa Sambut Hari Lahir Adik- Gambar

Views
KAK NAM- Tidak sangka juga dalam kesibukan masa dalam bidang seni ni, Neelofa masih sempat menyambut hari jadi adiknya Atisha baru-baru ini. Tidak pasti pula Kak Nam berapa umur adiknya itu sekarang. Memang sama cantik dengan kakaknya. Mari kita lihat gambar mereka..

Update- Tahniah Kini Memey Hamil 6 Minggu

Views
KAK NAM- Tahniah Kak Nam ucapkan kepada Memey Suhaiza kerana kini dia sudah pun hamil 2 bulan (6 minggu). Mungkin ramai yang sudah tahu berita menggembirakan ini daripada media-media dan blog-blog hiburan. Menurut sumber, Memey berasa sebak dan gembira apabila diberitahu oleh doktor yang dia kini sudah hamil. Perasaan itu turut dikongsi bersama suami tercintanya Norman Hakim yang turut menemani Memey membuat pemeriksaan. 

(Gambar) Aik, Zizan dan Juliana Evan Pakai Cincin sama??

Views
KAK NAM- Baru-baru ini, Zizan dan Juliana Evan telah menghadiri satu majlis pra tonton filem Mael Lambong. Mereka berdua kelihatan sangat mesra sekali seperti sepasang kekasih. Nak dijadikan cerita, satu sumber lihat cincin yang di pakai oleh Zizan semasa fotoshoot pada majlis tersebut sebijik dengan cincin yang Juliana Evan pakai. Mungkin juga cincin tu sebagai tanda mereka kawan baik ataupun lebih dari tu..jom kita lihat. 

Tuesday, June 26, 2012

Sarimah Ibrahim Waktu Kecil Sangat Comel

Views
KAK NAM- Pengacara dan juga penyanyi terkenal Sarimah Ibrahim mempunyai wajah yang sangat cantik . Sarimah mempunyai darah kacukan memiliki raut wajah yang jelita dan kulit yang gebu membuatkan ramai jejaka-jejaka di luar sana terpaut hati dengannya. Tapi mulut Sarimah boleh tahan juga lantangnya ye tak? Kak Nam nak kongsikan pada anda semua gambar Sarimah masa dia kecil dan remaja. Mari kita lihat...

Monday, June 25, 2012

Datuk Aziz Sattar Terlantar Di Hospital

Views
KAK NAM- Menurut sumber yang Kak Nam perolehi daripada MH online, Datuk Aziz Sattar kini dirawat di Unit Rawatan Jantung (CCU), Hospital Ampang sejak Sabtu lalu setelah mengalami masalah sesak nafas. 

(Gambar) Heliza Pergi Mengerjakan Umrah Bersama Irma & Diana

Views
KAK NAM- Siapa sangka dalam diam-diam seorang demi seorang selebriti tanah air kita telah menjejakkan kaki di tanah suci Makkah untuk mengerjakan Umrah. Lepas balik dari Umrah je, masing-masing telah mendapat Hidayah dan juga pertunjuk. Yang terbaru ini pula, penyanyi dan juga pelakon Heliza telah pergi mengerjakan Umrah bersama dengan Irma dan Diana. Mari kita lihat gambar mereka yang telah di upload dalam twitter Heliza.

(Gambar) Abby Abadi Di Pantai Paka Terengganu Yang Sangat Cantik

Views
KAK NAM- Baru-baru ini Abby Abadi telah pergi bercuti di satu tempat yang sangat cantik permandangannya, Pantai Paka yang terletak di Terengganu. Bila anda lihat gambar permandangan di sana yang telah di upload oleh Abby dalam laman twitternya, keadaan di sana memang sangat cantik dan menyentuh jiwa. Kalau anda tidak percaya, mari kita saksikan gambar di bawah..

(Gambar) Ras Adiba Kini Berkepala Botak

Views
KAK NAM- Baru-baru ini Ras Adiba tampil dengan imej yang baru dengan membotakkan rambutnya. Ras Adiba Radzi rela mengorbankan rambutnya demi kempen Majlis Kanser Nasional (MAKNA). Kempen tersebut yang dinamakan sebagai kempen 'Jom Botak' bertujuan untuk mengumpul dana sejumlah RM50,000 bagi membantu pesakit kanser.

(Gambar) Khairul Fahmi Che Mat Nampak Comel Depan Kamera

Views
KAK NAM- Dengar cerita penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat atau dikenali sebagai Apex sudah bertunang dengan wanita bernama Liuniey (yg digosipkan dengan apex dulu). Tapi Kak Nam tak tahulah sama ada gosip ni benar atau tidak. Persoalan ini timbul apabila baru-baru ini Apex telah upload satu foto dia memakai cinicin. Bila lihat foto tersebut, Apex nampak comel juga. Jom kita lihat...

Friday, June 22, 2012

Gambar Terbaru Adda Butterfly Selepas Bercerai

Views
KAK NAM- Salah seorang ahli kumpulan Butterfly, Adda kini sudah pun bergelar janda selepas dia diceraikan oleh bekas suaminya melalui pesanan SMS. Adda hanya sempat merasai kebahagiaan rumahtangga selama 17 hari sahaja. Hari ini timbul pula kontroversi dimana satu blog telah menyatakan dia bercinta pula dengan pengkid. Bukan itu sahaja,ada pula pihak media mengatakan Adda buat kontroversi palsu untuk mendapatkan gosip murahan. Kak Nam malas nak cerita banyak, jom kita layan gambar terbaru Adda yang mula membuka tudung. 

(Gambar) Ila Damia Dan Wan Sharmila Yang Menggoda

Views
KAK NAM- Pasti ramai yang kenal dengan penyanyi Ila Damia portuge Joe Flizzo semasa rancangan Mentor...kalau anda nak tahu, Ila Damia kini berada di negeri Melaka sehingga hari Ahad untuk menjayakan aktiviti "Jelajah janji Ditepati" bersama Perdana Menteri kita. bagi orang-orang Melaka, jangan lepaskan peluang unutk bertemu dengan PM kita dan juga artis-artis undangan. Tanpa membuang masa, mari kita lihat gambar Ila Damia dan juga Wan Sharmila...

Almy Nadia Dimasukkan Ke Dalam Hospital

Views
KAK NAM-  Pelakon yang cantik dan suka tersenyum, Almy Nadia kini sudah sembuh dari melakukan pembedahan di bahagian perut. Mungkin ramai peminat Almy di luar sana yang sudah pun mengetahui bahawa Almy mengidap menyakit apendiks dan telah melakukan pembedahan pada bulan lepas. Sebelum mengetahui punca penyakit yang di alami oleh Almy sebelum ini, ramai pihak mengatakan yang Almy terkena buatan orang. Sudah memang sikap manusia sebegitu, bila artis jatuh sakit mulalah memberikan pelbagai spekulasi yang tidak masuk di akal. 

Tasha Shila Jadi Ikan Duyung?

Views
KAK NAM- Tidak lama lagi, akan keluar satu drama terbaru Tasha Shila yang bertajuk Duyung. Sebelum ni kita hanya lihat Maya Karin je yang pernah menjadi duyung. Gambar ini Kak Nam ambil dari laman twitter Tasha Shila sendiri.Pasti anda ingin lihat macam mana agaknya rupa Tasha bila menjadi duyung..jom lihat seterusnya.

Wednesday, June 20, 2012

Gambar Zahid AF Masa Kecil Sangat Comel

Views
KAK NAM- Bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-2, Zahid mempunyai riak wajah yang comel semasa kecil. Tidak sangka pula Kak Nam yang karekter Zahid seorang yang kuat ketawa dan boleh juga dikatakan pelawak, sudah sebati sejak dari dia kecil lagi. Mari kita saksikan beberapa keping foto Zahit yang lucu dan comel...

(Gambar) Adira AF Semakin Putih Gebu

Views
KAK NAM- Penyanyi yang lahir dari rancangan realiti tv Akademi Fantasia, Adira kini semakin meningkat naik namanya sejak lagu Ombak Rindu banyak ke udara di corong-corong radio. Baru-baru ini Adira telah mengadakan persembahan untuk program tv di NTV7, walaupun di bawah cahaya matahari yang terik kulit Adirah tetap kelihatan putih gebu dan menawan. Mari kita lihat gambar ini..

Shahrizal Jaszle Bakal Mendirikan Rumahtangga

Views
KAK NAM- Pelakon kacak Shahrizal Jasle,24 sudah pun menemui wanita istimewa di dalam hidupnya. Menurut sumber, wanita tersebut adalah kenalan lamanya dahulu. Adakah bekas teman wanita sebelum dia bergelar artis? Wanita tersebut telah berjaya menawan, bukan sahaja hatinya, bahkan hati seluruh keluarganya. Shahrizal secara bersahaja memaklumkan akan merisik buah hatinya, Redzwani Puteri pada 15 Julai ini menerusi laman Instagram miliknya.

Isu Tatu- Kini Awi Rafael Dah Bartaubat Dan Ustaz Pujinya

Views
KAK NAMPendakwah bebas, Ustaz Zahazan Mohamed berkata, tindakan Awi yang tidak malu untuk mendedahkan rasa kesalnya secara umum adalah satu perbuatan terpuji dan harus dijadikan contoh oleh semua pihak agar tidak meniru perbuatan bertatu tersebut. Awi Rafael, 26, yang melukis tatu pada badannya akan diampunkan oleh Allah sekiranya dia benar-benar bertaubat dan menyesali perbuatannya itu.

Remy Ishak Masih Hidup

Views
KAK NAM Remy yang menjadi bahan bualan di laman twitter, semalam selepas ada pihak menyebarkan fitnah kononnya pelakon berkenaan dikatakan meninggal dunia. Menurut Remy, penyebaran dakwaan itu bermula daripada laporan sebuah stesen radio tempatan yang dikatakan menyiarkan berita kematian seorang lelaki menyamai namanya sehinggakan perkara itu terus dikaitkan dengan dirinya.

Monday, June 18, 2012

(Gambar) Rita Rudaini Dan Anak Di Umrah

Views
KAK NAM- Akhirnya pelakon yang terkenal dengan kontroversi rumahtangga cerai dan rujuk, Rita Rudaini kini sudah selamat mengerjakan Umrah. Lepas mengerjakan Umrah Rita teruskan kes cerainya di mahkamah. Kak Nam harap Rita dan juga suami menemui jalan penyelesaian yang terbaik untuk rumahtangga. Mari kita lihat beberapa keping gambar Rita dan juga anaknya..

Selebriti Terlantar Akibat Santau

Views
KAK NAM- Bekas peserta Mentor musim ketiga, Suriana Ab Wahab atau Keena ketika menceritakan pengalaman hitamnya dipercayai disantau tiga kali sepanjang tiga tahun bergelar artis. Penyanyi berusia 25 tahun itu menyatakan pertama kali dia terkena buatan orang dua minggu selepas program realiti TV itu berakhir menyebabkan berat badannya turun secara mendadak dan hilang selera makan.

Blog Kak Nam Kena Remove Dan Di Delete

Views
KAK NAM- Hai semua pembaca blog Kak Nam Kepoh!!. Hari ini Kak Nam nak luahkan perasaan sikitlah sebelum nak update entri gosip. Korang nak tahu tak..pagi-pagi tadi Kak Nam nak check email..tekan punya tekan paswood Kak Nam tak boleh masuk. Hati Kak Nam punya geram jangan cakap la..dah mendidih je ni. Lepas tu Kak Nam terus buka blog. Buka-buka blog je tengok dah kena delete. Pergghhhh..bukan tahap mendidih je ni, dah tahap nak meletup.

Friday, June 15, 2012

Razak Ahmad Didenda RM2900 Kes Khalwat

Views
KAK NAMPelakon Razak Ahmad pada Khamis dijatuhkan hukuman denda RM2,900 atau setahun penjara oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini selepas dipadati bersalah berkhakwat dengan seorang ahli perniagaan berstatus isteri orang, enam tahun lalu. Hakime Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah.

Perompak Ikat, Ugut Bunuh Andy (Estranged)

Views
KAK NAMPemain dram kumpulan Estranged iaitu Andy, 28, berhadapan dengan maut apabila diikat oleh empat orang perompak yang memecah masuk rumah didiaminya bersama keluarga di Kota Damansara dekat sini pada Ahad lalu. Kata Andy,perompak-perompak yang menutup wajah dengan topeng itu telah mengugut untuk membunuh jika dia atau ahli keluarga lain cuba untuk melawan.

Remy Ishak Kena Jangkitan Paru-Paru

Views
KAK NAM- Menurut sumber akhbar Mstar hari ini, pelakon Remy Ishak, 30, menerima nasib malang apabila paru-parunya dijangkiti virus atau pneumonia sehingga terpaksa di tahan di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang dekat sini. Hal tersebut membuatkan dia terpaksa ditahan di hospital berkenaan sejak Isnin lalu dan perlu mendapatkan pemantauan daripada pihak doktor setiap masa.

(Gambar) Siti Sarah Makin Cantik Lepas Kahwin & Fobia Dengan Amah

Views
KAK NAM- Penyanyi dan juga pelakon terkenal Siti Sarah Raisudin telah memberi kenyataan bahawa dia fobia apabila orang gajinya meninggalkan rumah secara tiba-tiba sejak seminggu lalu tanpa sebab ataupun sebarang notis. Sarah atau nama sebenarnya Siti Sarah Raisuddin Hamzah, 28, berkata pelbagai urusan harian terutamanya melibatkan hal penjagaan anaknya Uwais Alqarni yang berusia enam bulan, terjejas ekoran ‘kehilangan’ secara mengejut amah dari Indonesia itu.

(Gambar) Farah Fauzana Menggayakan Tudung Di China

Views
KAK NAM- Baru-baru ini, pengacara dan penyampai radio terkenal Farah Fauzana telah pergi ke Guangzhou, China atas urusan kerja. Farah juga singgah kedai jualan tudung di sana dan sempat menggayakan beberapa jenis tudung. Mungkin juga Farah sedang menjinak-jinak diri untuk berhijab. Dengar kata, farah ingin membuat bisness jualan tudung dan akan memborong tudung di China. Mudah-mudahan hajat Farah akan tercapai..

Kuasa Make Up- Mampu mengubah seorang lelaki kepada gadis jelita WOW!

Views
KAK NAM- Setiap wanita mempunyai keinginan untuk kelihatan cantik di mata semua orang yang melihat. Oleh itu, pelbagai cara make up yang dikenakakan untuk membuatkan diri berasa yakin dan anggun. Bukan sahaja kaum wanita, tetapi kaum lelaki juga ada yang mempunyai keinginan seperti wanita untuk memuaskan hati  dengan minat mereka. Mari kita lihat gambar di bawah yang dikirim oleh pembaca Kak Nam iaitu Kak Lin, betapa berkuasanya penangan make up.

Thursday, June 14, 2012

Foto Terbaru Scha Alyahya Selepas Kahwin

Views
KAK NAM- Kalau anda ingin tahu, pelakon yang paling Kak Nam minati dan boleh juga dikatakan idola Kak Nam adalah Scha Alyahya. Dengan cara percakapan dan juga sikapnya yang sempoi membuatkan Kak Nam rasa sangat kagum kerana dia tidak berpura-pura. Kini Scha tampil dengan imej yang terbaru dengan potongan rambut yang sesuai dengan wajahnya yang cantik. Mari kita saksikan..

Scha Dengan Penampilan Rambut Baru

Views
KAK NAM- Sejak mendirikan rumahtangga dengan pelakon lelaki yang macho Awal, Scha kini semakin pandai memasak dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan baik. Baru-baru ini, Scha telah memuat turun gambar terbarunya di laman sosial facebook. Dengan  gaya rambut yang baru membuatkan muka Scha semakin comel. Apa yang Kak Nam dengar, suaminya Awal tidak mahu mengongkong bagaimana cara penampilan Scha. Mudah-mudahan Scha ingin tampil dengan berhijab satu hari nanti. 

(Gambar) Serina Sambut Hari Jadi Dengan Anak-Anak

Views
KAK NAM- Baru-baru ini anak kepada Chef Wan,Serina telah menyambut hari jadinya di sebuah restoran terkenal. Serina bersama dengan anak-anaknya yang sangat comel, Isabella Saffiya dan anak keduanya. Memeriahkan lagi hari jadi Serina, suami tercinta turut menemaninya. 

(Gambar) Intan Ladyana Dan Sahezy Sam Selamat Mendirikan Rumahtangga

Views
KAK NAM- Pelakon wanita popular, Intan Ladyana telah pun selamat mendirikan rumahtangga dengan seorang pelakon lelaki yang cukup popular Sahezy Sam. Setelah lama mereka menjalinkan hubungan cinta dengan pelbagai dugaan yang mereka hadapi, akhirnya mereka dapat juga bersama. Itulah serba sedikit penghujung cerita dalam Adnan Sempit 3 yang akan ditayangkan nanti. Nantikan penampilan mereka dalam Adnan Sempit 3 di pawagam terdekat anda.

(Gambar) Misha Omar kini Semakin Cun!!

Views
KAK NAM- Penyanyi yang popular dengan lagu Bunga-Bunga Cinta kini sedang menunggu detik bahagia untuk mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihan hatinya. Misha Omar kini sudah mula membuat persediaan untuk majlis gilang gemilang itu nanti. Apabila hendak mendirikan rumahtangga sudah tentu air muka pun menjadi berseri-seri. Jom kita lihat gambar cun Misha Omar...

Wednesday, June 13, 2012

(Gambar) Artis Bollywood Aishwarya Rai Kini Semakin Gemok

Views
KAK NAM- Terima kasih Kak Nam ucapkan kepada salah seorang pembaca tetap Kak Nam, Kak Lin kerana sudi kongsikan gambar Aishawarya Rai ini. Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa pelakon popular dari Bollywood ini semakin berisi selepas dia melahirkan anak sulungnya. Menurut komen Aishawarya, dia tidak kisah dengan berat badan yang mendadak sekarang malah dia berasa sangat gembira. Bagi yang belum melihat lagi gambar terbaru pelakon tersebut, mari kita saksikan. 

(Gambar) Awan Pelik Yang Muncul Di Langit

Views
KAK NAM- Pada 12 Jun 2012 lalu, telah menggemparkan penduduk di Malaysia kerana munculnya awan pelik di langit yang menakutkan ramai orang. Menurut sumber, fenomena kejadian tersebut berlaku di sebahagian besar negeri Sabah. Semasa gambar ini di ambil, keadaan cuaca stabil dan baik. Tetapi bila menjelang tengahari angin kencang mula datang disertakan dengan ribut petir. 

(Gambar) Catriona Ross Hamil Kini Tunggu Masa Bersalin

Views
KAK NAM- Pelakon Catriona Ross yang sarat hanya menunggu masa untuk melahirkan anak keduanya. Lebih memudahkan Catriona, beliau baru sahaja tamat menjalani penggambaran drama 'Andai Ku Tahu' bersama Natasha Hudson. Anak Sulung kepada Catriona, Sephia Rania juga seolah-olah tidak sabar menunggu kelahiran adiknya. Sama-samalah kita doakan agar Catriona bersalin dengan selamat dan proses tersebut berjalan lancar.

Remy Ishak & Nabila Huda "Sound" Blog Gosip Popular

Views
KAK NAM-  Mengikut apa yang telah Kak Nam baca dalam satu blog hiburan popular, pelakon lelaki popular Remy Ishak telah dimasukkan ke dalam hospital atas sebab kesihatan yang tidak mengizinkan. Oleh itu, Remy Ishak telah mengadu nasib  di akaun twitternya mengenai kekasih hatinya Tiz Zaqyah yang melayannya seperti sampah. Oleh itu, pihak blog gosip tersebut telah mengambil kesempatan di atas status Remy Ishak unutk dijadikan bahan gosip. Mari kita lihat..

(Gambar) Fazurina Selesa Dengan Imej Bertudung

Views
KAK NAM- Lagi wanita bertudung iaitu seorang pelakon wanita yang popular dengan lakonannya dalam Dunia Anita, Fazurina kini tampil dengan imej yang terbaru. Menurut sumber, Fazurina mula memakai hijab selepas menyambut ulang tahunnya yang ke 30, pada 9 Jun lalu. Keputusan itu tidak dipaksa oleh sesiapa sebaliknya ia datang ikhlas daripada hatinya sendiri dan telah lama berniat untuk berbuat demikian.

Tuesday, June 12, 2012

UPDATE - (Gambar) Ezad Exist Kini Tunangan Orang

Views
KAK NAM- Rasanya belum terlambat lagi untuk Kak Nam ucapkan tahniah kepada bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad kerana sudah berstatus tunangan orang. Kalau anda semua ingin tahu, tunang Ezad adalah PA ( pengurus) dia sendiri. Wah! kira untunglah Ezad sebab lepas ni lebih mudah dia ingin berurusan tentang kerja.

(Gambar) Isteri Dr. Fazley Kini Bartudung

Views
KAK NAM- Mungkin ramai yang belum tahu lagi bahawa isteri kepada penyanyi popular,Dr. Fazkey kini sudah mengenakan imej baru dengan bertudung. Memang nampak ayu dan cantik sekali bila Azrene bertudung. Azrene mula berhijab sejak dikurnikan cahaya mata. Mari kita lihat gambar yang menarik ini.

Tasha Shila, Anzalna & Neelofa Terima Padah Jika Terus Bergaduh

Views
KAK NAMSikap tiga orang artis iaitu Tasha Shila, Anzalna dan Neelofa yang bertelagah akan memakan diri apabila tawaran berlakon ke atas mereka disekat sekiranya didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin yang bakal ditubuhkan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).Presidennya Zed Zaidi berkata, menerusi jawatankuasa tersebut, pihaknya akan memanggil mereka untuk menyiasat apakah punca sebenar mereka bertelagah yang secara langsung mencemarkan nama baik dunia artis tempatan.

Osman Kering Belum Meninggal, Masih Kritikal Di ICU

Views
KAK NAM-  Seorang pelawak, Osman Kering atau nama sebenarnya Osman kassim, 58, sedang dirawat di Hospital Universiti kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini, Isnin. Anak kedua Osman iaitu Mohd Al Amin, 27, mengesahkan perkara itu dan menolak khabar angin bapanya sudah meninggal dunia sekitar pukul 7 malam Isnin.

Segmen Tambah Follower dan Rakan Blogger

Views
KAK NAM-  Selamat pagi semua..hari ini Kak Nam nak join satu lagi segmen yang dibuat oleh rakan blogger kita, Hasrul hassan. Selalunya setiap pagi Kak Nam akan membuat entri gosip tentang artis, tapi hari kak Nam buat entri untuk segmen ni dulu. Bagi siapa yang berhasrat untuk join segmen menarik ni, korang boleh klik je dekat banner awesome di bawah ni. 


1. Nama blog - Kak Nam Kepoh!!


3. Mula berblogging - 14/ 11 /2011

4. Kak Nam berblogging sebab cita-cita saya ingin menjadi seorang wartawan dan ingin berkongsi semua cerita.

5. Sebenarnya semua blogger yang awesome dan entri-entri yng menarik adalah idola Kak Nam termasuklah Hasrul. Tapi kebanyakkannya Kak Nam selalu membaca entri Lyssa Secret, dia salah seorang idola Kak Nam.



*p/s- Harap lepas ni follower Kak Nam bertambah la yek ..hik!!



Monday, June 11, 2012

Segmen - Team Follow Back By AmerConer

Views
KAK NAM- Tiba-tiba rasa macam nak join je segmen dari AmerConer ni. Bila kak Nam baca semua syarat-syarat yang diletakkan oleh Amer, rasa macam tertarik nk join. Maklumlah follower Kak Nam pun bukannya ramai sangat so nak jugalah tingkatkan. Kak Nam harap lepas join segmen ni adalah blogger-blogger yang nak follow Kak Nam balik.

kalau korang nak join klik banner kat atas 

Lagi ramai yang join lagi meriah segmen ni kan..so, Kak Nam nak tag pada


Sekarang follower Kak Nam baru mencecah 425..

Syarat yang terakhir bagi blogger yang sporting korang bolehlah:-


Apa peserta perlu buat adalah , sila ke blog peserta lain yang join segment ni dan follow blog mereka dan tinggalkan komen di blog mereka bersertakan link entry korang. 
Ingat TINGGALKAN JEJAK DI RUANGAN COMMENT SAHAJA. (friendly reminded)

tarikh tutup segment 30.june.2012
Hadiah2 untuk peserta yang mengumpul paling banyak follower akan memenangi. 

3 peserta dipilih ...
1. Domain for one year. 
2. Topup Rm10 
3. Topup Rm10





(Gambar) Elyanan & Suami Yang Terbaru Makan Sakan

Views
KAK NAM- Sudah lama rasanya kita tidak dengar suara merdu penyanyi Elyana. Sejak mendirikan rumahtangga Elyana sudah mula kurang berlakon dan juga menyanyi. Baru-baru ini, Elyana dan suaminya makan sakan di Dulang Kg. Baru. Kalau korang lihat mereka makan memang menyelerakan. Mari kita lihat..

Bapa Datuk Lee Chong Wei Terjun Jambatan Ingin Bunuh Diri

Views
KAK NAM- Hari ini kecoh di semua akhbar dan juga corong radio mengenai seorang bapa pemain badminton negara Datuk Lee Chong ingin membunuh diri dengan terjun di jambatan Pulau Pinang. Bapa pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei berjaya diselamatkan daripada cubaan untuk terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 2, menghala tanah besar di sini, awal pagi semalam.

Friday, June 8, 2012

Johan As'ari pilih calon isteri yang bau wangi je!!

Views
KAK NAM- Pelakon lelaki popular, Johan As'ari membuat sebanyak 10 syarat untuk calon isterinya. Bukan sedikit taw syarat yang diberi tetapi 10. Adakah 10 syarat mesti ada pada wanita tersebut?? Bagi Kak Nam bukan mudah unutk mencari wanita yang memenuhi syarat-syarat yang di minta. Dalam 10 syarat itu wanita yang digemarinya ialah individu yang mempunyai penampilan menarik terutama sekali berbadan harum dan juga menghormati orang tua.

(Gambar) Farah Fauzana Anggun Bertudung

Views
KAK NAM- Rasanya sudah lama kita tidak dengar cerita tentang Dj radio terkenal, Farah Fauzana. Maklumlah orang sedang sibuk dengan kerjaya. Kak Nam respek jugalah dengan Farah ni sebab walaupun dia popular dia jarang dilanda kontroversi. Bilalah agaknya dia ingin mendirikan rumahtangga dan siapa agaknya jejaka yang telah mencuri hati Farah? Sama-samalah kita tunggu..korang nak lihat tak macam mana muka Farah bila pakai tudung? Jom terjah..

Thursday, June 7, 2012

NIKON GIVEAWAY BY Ieqah Blog Gajah

Views

Saya join NIKON GIVEAWAY BY Ieqah Blog Gajah kerana nak cuba nasib mana lah tahu Kak Nam boleh dapat NIKON tu..hehehe..lagi pun Kak Nam jarang join segmen-segmen Giveaway ni. 

Kalau korang nak join segmen ni korang klik je banner cantik kat atas tu ye..lagi ramai yang join lagi bagus..kita lihat siapa yang dapat NIKON!!




(Gambar) Fasha Sandha Semasa Zaman Kanak-Kanak

Views
KAK NAM- Ramai di antara kita yang masih simpan lagu foto-foto semasa kecil untuk dijadikan kenangan pada masa depan. Begitu jugalah dengan pelakon yang popular Fasha Sandha ada menyimpan fotonya sejak bayi lagi. Kak Nam ingin mengambil kesempatan untuk kongsikan foto itu pada anda semua yang di petik dari twitter Fasha. Tidak banyak beza pun wajahnya dari kecil..jom sama-sama kita lihat.

(Gambar) Tahniah! Nurul Kini Sah Bergelar Isteri Depp

Views
KAK NAM- Kini penyanyi hitam manis Nurul Wahab bekas isteri kepada seorang komposer terkenal Ajai, telah pun sah bergelar isteri kepada seorang jejaka France Eric Deep. Nurul Wahab telah selamat diijab kabulkan dengan Eric Depp dalam upacara akad nikah serba ringkas yang telah diadakan di Dutches Place, Jalan Ampang, semalam.Dengan hanya sekali lafaz berwalikan hakim, majlis akad nikah telah disempurnakan oleh kadi dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ustaz Azizan Othman bersama mas kahwin sebanyak RM80 dan hantaran Euro 5,000 atau RM20,000.

Wednesday, June 6, 2012

Contest : Blog Paling AWESOME

Views
KAK NAM- Terkejutkan tiba-tiba je Kak Nam boleh join contest ni. Hahaha..kalau anda nak tahu, inilah pertama kalinya Kak Nam try masuk contest. Disebabkan Apis telah invite Kak Nam dan suruh Kak Nam try, so terbukalah pintu hati ni nak cuba juga.. hehehehe. Kak Nam tak pandai sangat nak join benda ni semua melainkan buat gosip artis je. Tapi tak apalah "Im try my best"..Oh my english..hahahaha

Bekas Awek Mamat Sepah Sudah Bercerai

Views
KAK NAM- Bila seorang naik pelamin semua nak naik pelamin, ini pula kisah cerai. Lepas ni ada jugalah artis yang akan ikut jejak Adda bekas kekasih kepada Mamat Sepah. Bukan Kak Nam ingin mendoakan yang tidak baik, tapi anda sendiri boleh lihat yang isu kahwin cerai artis ni sudah menjadi satu trend ataupun ikut musim. Kalau seorang buat semua hendak ikut. Kisah Adda anggota kumpulan Butterfly ini pula, dengar cerita dia hanya sempat bergelar isteri selama 17 hari sahaja. 

Nyawa Almy Nadia Hampir Melayang

Views
KAK NAM- Menurut sumber yang Kak Nam perolehi daripada Mstar Online, Almy Nadia nyaris meninggal dunia gara-gara apendiks. Almy bernasib baik kerana terselamat semasa proses pembedahan pembuangan apendik pada tahap kritikal dilakukan. Kata Almy, apendiknya itu sudah menanah dan jika dia tidak dirawat dengan cepat kemungkinan boleh merebak dan membawa maut. 

Tuesday, June 5, 2012

Panas! Artis Wanita Berkucupan Dengan Kekasih Dalam Majlis

Views
KAK NAM- Gosip panas ni dipetik dari keratan akhbar metro hari ini. Sangat mengejutkan bagi Kak Nam bila dapat tahu seorang artis perempuan yang mengada-ngada a.k.a gedik tidak tahu adat langsung. Nak di jadikan cerita, baru-baru ini kakak angkat kepada artis berkenaan telah mengadakan  kenduri kahwin anaknya dan dengan rasa besar hati dia pun jemputlah artis itu menghadiri majlis yang amat meriah itu.