“Saya menjadi fobia dengan insiden kehilangan pembantu rumah secara mengejut. Pada satu petang kira-kira seminggu yang lalu dia tidak pulang ke rumah selepas keluar bersiar-siar.
“Ketika dihubungi, dia kata ada urusan yang perlu diselesaikan dan langsung tidak pulang semula sejak itu.
“Saya agak ‘patah kaki’ kerana terpaksa meninggalkan Uwais di pusat asuhan kanak-kanak apabila hendak keluar bekerja,” katanya
“Saya tidak pernah memarahi dia apatah lagi untuk memukul atau bertindak kasar. Dia bekerja dengan baik dan mengasuh anak saya dengan penuh kasih sayang. Malah, suami (Shuib) juga senang dengan tugasannya.
“Saya sendiri terkejut dan hairan dengan apa yang berlaku kerana dia tidak pernah melakukan sebarang perbuatan khianat atau mencurigakan ketika di rumah,” ujarnya.
“Memang susah apabila tiada pembantu rumah kerana saya terpaksa melakukan segala urusan di rumah sendiri terutamanya hal mengasuh anak.
“Saya sudah membuat laporan kepada ejen berkenaan dan sedang menunggu amah yang baru sebagai pengganti,” jelasnya.
“Saya perlu berhati-hati dalam pergerakan walaupun sudah habis tempoh berpantang bagi mengelakkan kemudaratan kepada kesan jahitan daripada pembedahan melahirkan Uwais.
“Saya melahirkannya melalui pembedahan, jadi saya tidak boleh lasak ketika bersenam. Sebab itu, saya mendapatkan khidmat jurulatih ketika di gimnasium,” katanya -MStar online
Terima Kasih Kerana Sudi Baca Entri Ni..Nak Hadiah, sila Klik Banner Di Bawah.!
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!