KAK NAM- Bila seorang naik pelamin semua nak naik pelamin, ini pula kisah cerai. Lepas ni ada jugalah artis yang akan ikut jejak Adda bekas kekasih kepada Mamat Sepah. Bukan Kak Nam ingin mendoakan yang tidak baik, tapi anda sendiri boleh lihat yang isu kahwin cerai artis ni sudah menjadi satu trend ataupun ikut musim. Kalau seorang buat semua hendak ikut. Kisah Adda anggota kumpulan Butterfly ini pula, dengar cerita dia hanya sempat bergelar isteri selama 17 hari sahaja.
Kalau anda ingin tahu, Adda ini adalah adik kepada salah seorang kumpulan Kristal isitu Rodi.
Ketika berita perkahwinannya tersebar, bekas suami terpaksa mengaku yang dia berstatus duda sedangkan ketika itu dia memang suami orang.
“Ya, saya telah bercerai selepas rumah tangga kami tidak dapat diselamatkan lagi. Jujurnya, saya sendiri belum merasa nikmat bergelar isteri melainkan ketika di hari persandingan sahaja,” ujar Adda dipetik sebagai berkata.
“Mengeruhkan lagi keadaan apabila isterinya mengetahui perkahwinan kami. Sejak hari itu, hubungan kami jadi porak peranda dan dia keluar rumah akibat tekanan,” tambah Adda kepada media.- Dipetik
kesian gak tgk artis ni ...kawen bagai nak rak, tp tak bertahan lama
ReplyDeleteape blh buat der..jodoh x pnjang..
Delete