Blogger-Blogger Femes

Friday, June 15, 2012

Remy Ishak Kena Jangkitan Paru-Paru

Views
KAK NAM- Menurut sumber akhbar Mstar hari ini, pelakon Remy Ishak, 30, menerima nasib malang apabila paru-parunya dijangkiti virus atau pneumonia sehingga terpaksa di tahan di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang dekat sini. Hal tersebut membuatkan dia terpaksa ditahan di hospital berkenaan sejak Isnin lalu dan perlu mendapatkan pemantauan daripada pihak doktor setiap masa.


"Saya perlu membuat pemeriksaan secara terperinci dan berehat secukupnya sebelum dibenarkan pulang.

"Mujur saya buat pemeriksaan doktor apabila berasa tidak sedap badan. Penyakit ini menyedarkan saya, sesibuk mana sekalipun, saya perlu meluangkan sedikit masa untuk berehat.

"Doktor kata, ini semua berpunca daripada tidak cukup tidur, kurang rehat dan terlalu bekerja keras sehingga membuatkan antibodi saya menjadi lemah," katanya

"Ini satu pengajaran buat saya dan ingin menasihatkan kepada semua supaya jagalah kesihatan sebaik mungkin. Terlalu kuat bekerja membuatkan kita lebih mudah untuk dapat penyakit.

"Saya tidak kesal dengan apa yang telah berlaku pada diri ini kerana ia sebenarnya memberi peringatan kepada saya supaya menjaga diri dengan baik," ujarnya.

Sementara itu, ditanya mengenai status Twitter Remy yang merajuk apabila tidak diberi perhatian oleh kekasihnya, Tiz Zaqyah,ketika dia terlantar sakit, pelakon itu enggan memberi komen tentang hal berkenaan.

"Tak ada apa yang perlu dinyatakan tentang hal itu, saya tak mahu komen," ujarnya.





Terima Kasih Kerana Sudi Baca Entri Ni..Nak Hadiah, sila Klik Banner Di Bawah.

0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!