Blogger-Blogger Femes

Tuesday, June 5, 2012

Panas! Artis Wanita Berkucupan Dengan Kekasih Dalam Majlis

Views
KAK NAM- Gosip panas ni dipetik dari keratan akhbar metro hari ini. Sangat mengejutkan bagi Kak Nam bila dapat tahu seorang artis perempuan yang mengada-ngada a.k.a gedik tidak tahu adat langsung. Nak di jadikan cerita, baru-baru ini kakak angkat kepada artis berkenaan telah mengadakan  kenduri kahwin anaknya dan dengan rasa besar hati dia pun jemputlah artis itu menghadiri majlis yang amat meriah itu.


one direction


Sambil meraikan pengantin baru, tetamu yang datang turut beramah mesra dengan artis itu dan mengambil peluang bergambar dengannya. Artis ini memang peramah orangnya jadi dia tidak kekok melayan peminat walaupun tujuannya ke sana untuk makan kenduri.

Kemunculan artis itu sememangnya menarik perhatian ramai kerana dia bukan datang seorang, tetapi dengan buah hatinya iaitu seorang jejaka kacak. Walaupun buah hati artis itu bukanlah daripada kalangan orang seni, tetapi dia nampaknya begitu memahami kerjaya seni kekasihnya itu yang terpaksa melayan peminat walau di mana saja mereka berada.

Dijadikan cerita, bagi memeriahkan lagi majlis kenduri itu, ketika pasangan raja sehari bersanding di pelamin, kakak angkat artis itu dengan rasa gembira dan teruja menjemput adik angkat kesayangannya itu menyanyikan satu dua lagu sebagai hadiah kepada pengantin baru. 

 Lalu artis itu pun bingkas bangun menuju ke pentas yang terletak bersebelahan pelamin, tetapi tiba-tiba artis itu patah balik semula ke tempat duduknya. Ingatkan dia nak cari apa, rupanya dia pergi kepada buah hatinya lalu memberikan kucupan mesra! Kemudian barulah dia menuju ke pentas semula. 

Kebetulan insiden mengada-ngada yang tak kena tempat itu sempat disaksikan kakak angkatnya. Apa lagi, ‘hijau’ terus mukanya. Kalau adik angkatnya itu artis K-Pop yang kini menjadi pujaan di seluruh dunia atau pun dari Hollywood, mungkin kakak angkatnya boleh terima juga, tetapi tidak. Adik angkatnya itu adalah artis Melayu orang Malaysia,

Peliknya, ketika kakak angkat tadi dari muka hijau sudah bertukar menjadi biru kerana sudah malu dengan gelagat adik angkatnya itu, artis itu pula boleh buat muka selamba, macam orang tak bersalah apa-apa. 

Kalau anda nak tahu, artis berkenaan akan berkahwin dengan kekasihnya itu tidak lama lagi.Tetapi janganlah ingat itu semua satu lesen untuk buat sesuka hati. Itu yang kita nampak, kalau tak nampak perangai tak senonoh depan orang. Siapa pun kita, di mana pun kita berada dan siapa pun bakal suami kita, ingat-ingatlah asal keturunan kita. 

Kak Nam rasa ada diantara anda semua dapat meneka dengan tepat siapakah artis yang dimaksudkan itu. Bukan ramai mana pun artis yang akan berkahwin tidak lama lagi dan tidak ramai artis memiliki buah hati bukan golongan artis. So, ada mata pandang, ada akal fikirlah sendiri ye..




0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!