KAK NAM-
Pelakon kacak Shahrizal Jasle,24 sudah pun menemui wanita istimewa di dalam hidupnya. Menurut sumber, wanita tersebut adalah kenalan lamanya dahulu. Adakah bekas teman wanita sebelum dia bergelar artis? Wanita tersebut telah berjaya menawan, bukan sahaja hatinya, bahkan hati seluruh keluarganya. Shahrizal secara bersahaja memaklumkan akan merisik buah hatinya, Redzwani Puteri pada 15 Julai ini menerusi laman Instagram miliknya.
"Insya-Allah, 15 Julai ini, keluarga saya akan berjumpa keluarganya untuk merisik. Setakat ini, itu sahaja perancangan yang telah kami buat.
"Saya sudah mengenalinya sejak setahun lalu dan hubungan kami hanya sekadar teman biasa. Namun, ketika saya sedang kecewa selepas putus cinta baru-baru ini, hubungan kami menjadi semakin rapat.
"Istimewanya, dia bukan sahaja berjaya menambat hati saya, malah keluarga saya juga sangat menyukai dia. Keluarga kami merestui hubungan ini dan mereka juga yang cadangkan supaya hubungan kami ini diikatkan," katanya.
"Saya mahu kumpul duit terlebih dahulu. Lagi pun, dia akan tamat pengajian dua tahun lagi. Apa yang pasti, kami tidak ada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat," katanya. -Sinar
Terima Kasih Kerana Sudi Baca Entri Ni..Nak Hadiah, sila Klik Banner Di Bawah.
alhamdulillah semoga berkekalan.....amin
ReplyDeletekita doakan yg terbaik.. :)
Deletex sangka...haha
ReplyDeletenape x sgke??
Delete