Blogger-Blogger Femes

Wednesday, June 6, 2012

Nyawa Almy Nadia Hampir Melayang

Views
KAK NAM- Menurut sumber yang Kak Nam perolehi daripada Mstar Online, Almy Nadia nyaris meninggal dunia gara-gara apendiks. Almy bernasib baik kerana terselamat semasa proses pembedahan pembuangan apendik pada tahap kritikal dilakukan. Kata Almy, apendiknya itu sudah menanah dan jika dia tidak dirawat dengan cepat kemungkinan boleh merebak dan membawa maut. 


“Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Pada malam 23 Mei lalu saya alami sakit perut yang teruk sehingga memaksa saya mendapatkan rawatan di KJMC. Tak sangka pula selepas pemeriksaan, doktor kata apendiks saya sudah bernanah teruk.
“Saya juga sudah berada di ambang maut kerana apendiks itu hampir pecah jika saya lewat sehari ke hospital. Mujurlah semuanya sudah selamat dan kini keadaan beransur sembuh selepas hampir dua minggu pembedahan,” katanya
“Doktor kata saya kena berpantang selama tiga minggu kerana luka pembedahan itu agak teruk. Tetapi ibu nasihatkan agar saya berpantang selama tiga bulan bagi memastikan luka dalam perut sembuh sepenuhnya.
“Sekarang, saya sangat menekankan pengambilan makanan yang tidak pedas selain memilih makanan berkhasiat. Paling penting saya kena kawal pergerakan agar tidak lasak sebab maklumlah saya ini tidak boleh duduk diam.
“Saya sangat trauma dan sakit akibat pembedahan itu tetapi keadaan beransur pulih. Walau sakit dan sukar mana sekalipun pergerakan saya, kerja kena diteruskan kerana saya anak sulung yang perlu menyara keluarga di kampung,” katanya.
“Saya percaya segala musibah yang datang kepada saya adalah dugaan daripada Allah untuk menghapuskan pelbagai dosa yang pernah saya lakukan,” jelasnya.




0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!